Buah-buahan tempatan dan oren yang enak |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kata bijaksana jika kita bersyukur dengan apa yang sedikit maka yang besar akan menyusul.
Kebahagiaan dan rasa gembira bukan datang dari insan lain dan harta benda namun datang dari hati.
Namun ada kajian mengatakan makanan dan warna juga mampu membuatkan anda lebih bahagia.
Jika anda stress dan tertekan tentu anda inginkan coklat, kek atau desert, dengan kata lain benda manis dan menarik hati.
Ada sesetengah individu ketika stress inginkan benda masam atau pedas. Ini berpandukan pada kegemaran masing-masing.
Namun ada sesetengah individu ketika stress mereka inginkan buah-buahan segar dan semangkuk salad penuh warna warni.
Lebih-lebih lagi jika anda telah lama tidak menikmatinya.
Sepanjang melayari setiap muka buku membaca perkongsian status dan ilmu yang di baca.
Jika anda masih bujang, amat penting untuk anda menitik beratkan persefahaman termasuk dari segi cara masakan kegemaran.
Ia beriman dan bertanggungjawab itu sudah tentu.
Namun bayangkan jika anda seorang yang berusaha keras untuk berdiet dan si dia seorang yang suka makan namun kurus dan sering terasa apabila anda tidak menikmati makanan ketika menemaninya.
Membaca keluhan beberapa isteri yang tertekan terpaksa memasak masakan suami dan tidak larat lagi untuk memasak masakan untuk diri sendiri yang lebih sihat, akhirnya terpaksa makan masakan menu kegemaran suami antara perkara sukar untuk beliau kekal menjaga diet dan kesihatan.
Itu belum kira niat mendidik bakal anak yang bakal lahir dalam ilmu pemakanan terutama suami kegemarannya makanan segera sama ada di luar mahu pun masakan di rumah. (tidak termasuk segala sos, kicap dan MSG).
Ingatlah bercinta dan berkahwin amat berbeza.
Terasa kuat stress itu apabila membaca setiap keluhan masing-masing baik lelaki mahupun wanita.
Sebagai manusia biasa, ada perkara yang anda sendiri harus tahu utamakan mana yang paling penting dan mana yang boleh dididik.
Jika anda masih dalam peringkat perkenalan atau sedang bercinta lebih baik anda berterus terang dari awal supaya ini tidak menjadi isu.
Bahagia boleh di pupuk walaupun pada berlainan bangsa dan jenis menu makanan sekali pun.
Buang ego anda. Buang kedegilan anda walaupun apa yang anda pertahankan itu betul.
Cuma kuatkan semangat anda untuk kekal dalam trek anda.
Ia agak tertekan melihat muka pasangan anda yang muncung dan masam apabila anda tidak ingin turut serta menjamah makanan kegemaran mereka.
Namun tentu anda cukup bijak dalam menangani isu ini.
Masih dalam mood ingin berpuasa sunat Syawal, saya mengucapkan selamat berpuasa juga pada anda.
Jangan lupa doa banyak-banyak.
Pada yang bujang dan belum berpunya, ini masanya untuk anda masukkan doa antaranya seperti mengelakkan isu diatas.
Jangan lupa doa banyak-banyak.
Pada yang bujang dan belum berpunya, ini masanya untuk anda masukkan doa antaranya seperti mengelakkan isu diatas.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan