Selasa, 25 Julai 2017

Tempat Makan Best Di Melaka Part 10 :- Molten Chocolate Cafe


Saya bersama hidangan Molten Chocolate Cafe 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link ini 


Jika anda peminat cokelat @ coklat anda boleh ke Cafe ini. 

Bahagian dalam Molten Chocolate Cafe 
Molten Chocolate Cafe ini adalah antara salah sebuah cawangan yang terdapat di Melaka.  Cawangan lain terdapat di Kuala Lumpur. 

Molten Chocolate Cafe Melaka ini berada di Dataran Pahlawan Melaka berdekatan Secret Resepi atau MC Donald. 

Kusyuk memilih menu pilihan di Molten Chocolate Cafe Melaka
Ketika kami tiba Cafe ini masih lenggang,  banyak meja masih kosong,  maka mudah untuk kami mendapatkan meja. 

Untuk Info anda Molten Chocolate Cafe Ini adalah Cafe coklat ala-ala Dip &  Dip. 

Antara Menu Molten Chocolate Cafe Melaka
Terdapat pelbagai pilihan menu coklat dari air,  crepe,  buah bersalut coklat,  pancake,  Brownies dan sebagainya. 

Harga makanan di sini dalam area Rm15 ke RM70 mengikut pilihan anda. 

Ruangan Molten Chocolate Cafe yang berhias cantik 
Sesuai dengan status Cafe coklat mewah,  ruangan Cafe ini berhias cantik dan ruang antara meja juga luas.

Anak Saudara saya sempat memanjat sofa sebelum ditegur oleh kami untuk turun dan duduk memilih menu bersama.

Selfie dulu sebelum makanan lain sampai
Seperti biasa sebelum makanan tiba,  kami sekeluarga berselfie dahulu untuk mengabadikan gambar dalam instagram. 

Servis disini cepat dan makanan dan minuman juga tiba cepat.  Mungkin atas alasan tidak ramai pelanggan ketika kami tiba.


Menu pilihan Molten Chocolate Cafe kami
Tidak sampai 20 minit kami menunggu semua menu yang kami pesan tiba. 

Ia dihidangkan cantik dan menarik dan cukup menggiurkan. 
Sebelum menikmati makanan saya sempat mengambil beberapa keping gambar yang ada, maklumlah anak saudara saya sudah tidak sabar menikmati hidangan. 

Irfan berdoa dan mengambil gambar sebelum menikmati Molten Chocolate Cafe menu pilihan 
Bagi pendapat kami rasa Molten Chocolate Cafe ini manis berbanding Dip &  Dip. 

Rasa manis lebih mengatasi rasa coklat di setiap menu. 

Jika tanya selera kami lebih kepada rasa coklat yang lebih pekat. 

Oleh kerana rasa manis yang agak kuat,  rasa menu yang kami pilih cepat muak. 

Jika ditanya pendapat peribadi kami jauh lebih menggemari Dip &  Dip berbanding Molten Chocolate Cafe. 

Jika di Dip &  Dip kebiasaan menu di sana kami akan habis makan dan mungkin akan tambah lagi namun berlainan disini. 

Namun jika anda sukakan rasa manis berbanding coklat anda boleh mencuba Molten Chocolate Cafe ini. 


Jumlah bil menu kami di sini 
Selesai menikmati menu disini masa untuk membayar.

Jumlah keseluruhan menu dalam RM177 termasuk tax.

Tunggu apa lagi,  jika anda berada di Melaka dan inginkan menu berasaskan coklat dan manis.

Anda boleh ke Molten Chocolate Cafe.


Terima kasih.

Ini link sambungan artikel seterusnya

Tempat Makan Best Di Melaka Part 11




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...