Bergambar di Majlis Perkahwinan adik lelaki saya baru-baru |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Makeup dan wanita sukar dipisahkan. Ia umpama sahabat karib. Jika tiada lipstik atau Makeup penuh kata orang sekurang-kurangnya ada bedak di pipi juga pelembap bibir.
Itu kata-kata yang sering dibaca di mana sahaja.
Sebagai insan yang pernah menjalani pengalaman Topical Steroid Withdrawal (TSW) yang sering saya kongsikan di Blog ini, saya akui Makeup komersial mengandung kesan sampingan sendiri kepada tubuh dan tidak digalakkan untuk di guna pakai setiap hari.
Ingin saya tegaskan disini. Pengalaman saya bekerja dan sebelum melalui proses TSW saya memang seorang yang rajin bermakeup dan mencantikkan diri.
Itu hobi dan kegemaran saya. Namun tidaklah setiap hari saya bermakeup kecuali untuk perjumpaan bersama pelanggan atau event dan mesyuarat tertentu.
Terkenal suka bergaya itu memang sifat semula jadi saya, namun saya tetap menyesuaikan tempat dan pakaian sesuai atur cara yang saya pergi. Ada waktunya ke pejabat saya hanya memakai pelembap bibir dan cermin mata sahaja dan ada waktunya jika saya bermakeup saya hanya bermakeup nipis sahaja kecuali ia memerlukan saya untuk bermakeup lebih tebal.
Kembali kepada tajuk asal, terutama kepada anda pembaca yang mengikuti Blog ini sebagai follower saya yang setia mengikuti kategori ekzema atau TSW di Blog ini.
Untuk info anda kebanyakan gambar dan wajah saya memang langsung tanpa Makeup termasuk pelembap bibir.
Saya memang telah lama meninggal semua itu.
Malah ketika mengambil gambar dalam mempromosikan tempat Makan Best kebanyakan wajah saya 100% bersih tanpa solekan malah tanpa pelembap bibir.
Seingat saya hanya untuk artikel tajaan tempat Makan Best Di Kuantan untuk Rimbunan Oriental Cafe sahaja saya bermakeup sedikit tanpa Foundation bagi menghidupkan keceriaan untuk artikel tajaan tersebut.
Namun sebagai manusia biasa minat dan kecintaan itu sukar untuk padam.
High heel dan pelbagai jenis kasut adalah kegemaran saya semenjak kecil.
Maka tidak pelik ia kekal antara kegemaran saya ke hari ini termasuk accessories.
Anda tidak perlu pelik, jika anda lihat beberapa artikel ke belakang, saya pernah menulis ketika menyambut Aidilfitri pada tahun 2014 dan 2015 saya kekal bermakeup walaupun ketika itu saya sedang menjalani TSW pada stage pertama di 2014 dan 2015 saya dalam proses untuk sembuh sepenuhnya.
Sebagai antara rujukan pengalaman TSW untuk Blog, saya bukan idol Perfect untuk itu.
Qisya Khadeeja tak akan mungkin akan menjadi sempurna untuk selamanya.
Ia hanya kekal menjadi diri sendiri dan tentu sekali berazam untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari tanpa paksaan dan kerelaan diri.
Jika anda inginkan idol dan motivasi, anda harus cari insan yang boleh memotivasikan anda.
Saya berada di track saya sendiri dan jalan pilihan sendiri.
Pandangan dan prinsip saya tak akan mungkin sama dengan insan lain.
Sebagai Blogger anda boleh membaca Blog saya pada bila-bila masa, dan sebagai manusia yang dianugerahkan pemikiran oleh Allah, pilih sahaja yang baik untuk di ikuti.
Selamat Hari Raya dan selamat menunaikan puasa sunat Syawal dari saya untuk anda.
Ingat tiada sesiapa memaksa anda untuk memilih, anda sendiri yang memilih.
Jangan salahkan insan lain terutama anak, atau suami mahupun keluarga atas apa keputusan anda.
Apalagi menyalahkan Blogger atau insan lain yang berkongsi ilmu dan pengalaman di Facebook dan Group.
Terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan