Pink Lady, untuk masa ini saya suka kan warna cerah terutama Pink light |
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca Blog saya yang tersayang.
Makan tahun saya menulis di Blog ini dan semakin hari saya berjumpa pelbagai komen di Facebook dan Group membicarakan Blog Keep Walking sebagai sumber rujukan.
Saya kira ia sebagai penghargaan untuk setiap artikel di Blog ini dan pastinya semua itu datang dari Allah baik ilham dan bakat penulisan jika ada pada saya pastinya 100% milik Allah jua yang diberikan sebagai anugerah untuk saya berkongsi dengan anda.
Berbalik kepada Blog Keep Walking ini yang sekejap aktif sekejap tidak, saya pasti anda faham ketiadaan idea dan mood menyebabkan tiada artikel perkongsian, maka saya mohon doa anda untuk mendoakan saya sentiasa sihat dan di beri ilham serta idea dan ilmu untuk terus merakamkan ia disini untuk tujuan kita bersama dan golongan yang memerlukan.
Menyentuh mengenai artikel dan cara hidup saya semenjak kebelakangan ini yang mencabar, asyik menikmati makanan di luar segera, manis, trans fat dan sebagainya.
Saya memahami perasaan sesetengah pembaca terutama yang agak straight tentang pemakanan sihat yang menjadikan Blog Keep Walking Antara blog favourite pasti ada sedikit rasa terkilan. Sebagai manusia biasa, inilah realiti hidup, terbabas dari niat itu memang biasa. Tidak dapat mengawal nafsu juga biasa. Harus di tekankan ke sekian kali, jika anda melihat ke belakang, selama 35 tahun saya menikmati makanan luar ikut suka tanpa pantang dan menikmati makanan di luar dan makanan baru adalah kegemaran dan hobi saya.
Agak sukar mencari Cafe vegetarian di Kuantan juga tempat lain kecuali anda berada di Kuala Lumpur di kawasan tertentu maka tentu sekali tempat persinggahan saya adalah restoran dan Cafe sama sekali tidak sihat.
Mengetahui sebagai manusia biasa saya perlukan motivasi maka satu lagi kategori atau label akan di perkenalkan di Blog ini iaitu kategori Eat Clean. Ia sekaligus sebagai menghargai pembaca yang akan singgah di Blog ini membaca motivasi untuk menikmati diet Eat Clean yang semakin popular di Barat.
Khas untuk anda, kategori Eat Clean ini akan mensasarkan menu sihat untuk Budget rendah dan berkhasiat serta cepat siap.
Bukan itu sahaja kategori Cucuk Tanam dan DIY juga akan di perkenalkan dalam waktu paling singkat ini.
Anda nantikan sahaja.
Motivasi dalam menulis di Blog untuk saya selain komen anda yang memberi semangat dan kegembiraan di mana-mana sahaja sama ada di Blog, email, what apps, Facebook, instagram, mulut ke mulut, mahupun Group, amat saya hargai.
Atas penghargaan itu saya akan cuba untuk menulis setiap artikel yang bermanfaat untuk kita bersama. Insyallah.
Salam sayang dari saya untuk anda.
Teruskan memotivasikan diri.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan