Selasa, 18 Julai 2017

Masih lagi Cheat Diet


Hari minggu hari makan-makan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Benarlah kata orang,  jangan sesekali mencuba,  dah tercuba pasti ingin lagi dan susah tinggal. 

Begitu juga saya insan lemah ini sekali tercheat diet asyik Cheat sahaja. 

Maka jika anda masih kekal dalam diet sihat mohon jangan senangnya termakan makanan tidak sihat. 

Ini atas alasan sekali cuba memang payah tinggal.  Lebih-lebih lagi jika anda dah terlalu asyik dengan makanan mudah dapat dan enak. 

Hari Sabtu baru-baru ini saya seperti biasa pada hari minggu ialah hari bersukaria bersama keluarga. 

Dari menikmati sarapan pagi lewat di The Coffee Bean &  Tea Leaf Di East Coast Mall,  kami menikmati makanan tengah hari di Pizza Hut  dan kemudian manisan tu Tong Fak Fu. 

Tidak cukup kek,  Ice blended manis berkrim turut saya nikmati. 

Balik rumah masakan ibu pula saya makan dengan puas. 

Hari ini saya berpuasa Syawal untuk hari ke 5, insyallah jika berjaya habiskan puasa ini pada hari ini tinggal satu hari untuk puasa sunat Syawal yang masih berbaki. 

Ketika ini beratur penuh promosi makanan dari Secret Resepi buy 3 cake Rm20 sempena ulang tahun ke 20 Secret Resepi pada 20 Julai ini,  tidak cukup itu Pizza Hut dan Domino's juga membuat promosi Pizza diskaun besar-besaran.  

Namun yang tidak sabar di tunggu bermula hari ini The Fish Manhattan turut membuat promosi untuk Fish and chips serta grill fish menu utama mereka. 

Saya dan adik saya sudah berkira-kira untuk ke The Fish Manhattan. 

Minggu ini juga penuh open house dan destinasi makan bersama keluarga akan saya tujui. 

Harapan dan doa moga selepas Syawal diet sihat saya lebih tegas dan menjadi. 

Jika anda juga sama seperti saya,  marilah kita mula bina kesedaran,  maklumlah berapa tahun sahaja lagi usia mula memasuki 40an,  sudah masa untuk menjaga kesihatan terutama dalam pemakanan seharian. 

Untuk mereka yang masih mengharungi proses TSW atau Topical Steroid Withdrawal,  mohon bersabar.  Jika anda semakin sembuh dan pulih jangan ambil kesempatan menikmati makanan tidak sihat dengan mudah.  Bimbang susah untuk anda berhenti dan kembali ke pangkal jalan nanti. 

Selamat berpuasa sunat untuk anda yang berpuasa. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...