Jumaat, 8 Ogos 2014

Rezeki Menjadi Famous Blogger : BEN ASHAARI




ada iraskan ben ashaari dan aaron ? -imej ini diambil dari link ini http://wancikgumuzik.blogspot.com/2011/06/iisshhhkkk-ben-ashaari-vs-aaron-aziz.html





Assalammualaikum wbt... dan hai untuk semua pembaca blog saya  yang tesayang...

Salam Jumaat yang berkah... hari ini walaupun saya tiada mood dan idea untuk menulis blog.. tetapi memikirkan saya masih punyai masa untuk menulis.. jadi saya ingin 'sharing' tentang famous blogger yang saya ikuti membaca blognya.. iaitu Ben Ashaari.

Walaupun kebanyakan entry blog yang saya ikuti saya 'skip'... Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, saya bukan peminat blog.. blogger pun tidak ramai saya kenali.. tetapi entah bagaimana.. saya boleh 'terfolow' Ben Ashaari ini pun saya tidak pasti.. heheheh... yang saya ingat ialah saya ternampak namanya ketika membuat carian google 'tempat makan best di Kuantan'.. begitu juga ketika membuat carian  google 'buat duit dengan Nuffnang' .ini link entrynya.. cara-dapat-menjana-duit-dari-nuffnang , dan seriusly amat menarik cara penceritaannya. Entry nuffnang ini pun ditulis oleh beliau pada tahun 2010 lagi.. .4 tahun lepas ok... .

For info saya baru follow Ben Ashaari ini tidak sampai 2 bulan ye... reason saya follow beliau adalah kerana saya terbaca pesanan beliau bila menulis blog..' tulislah dari hati.'.. heheheh... saya memang suka statment itu. .kerana setiap kali saya menulis blog... memang saya menulis dari hati.. hahahaha... oleh kerana saya memang jenis kuat 'perasan'.. kerana pesanan Ben Ashaari ini adalah ayat yang saya pakai untuk diri saya ... so .. teruslah saya tekan butang 'follow' Ben Ashaari di google... (actually , dulu saya pelik kerana yang follow Ben Ashaari ni digoogle setakat 1k lebih sahaja.. sedangkan kadang-kadang blogger yang tidak famous pun lebih 3k atau 4k lebih ye follower tetapi viewer blog Ben Ashaari lebih dari 16 juta.. sedangkan blogger yang ramai follower tu pun kadang-kadang 1 juta pun tidak sampai blog viewernya... so ramai follower tidak bermaksud blog anda itu tinggi viewernya ... harap maklum)

Istimewa tentang blog Ben Ashaari , beliau tidak kedekut berkongsi ilmu walaupun beliau semakin famous... Ben Ashaari memang banyak dijemput oleh majalah, rancangan television dan sebagainya... antara entry beliau yang bagus untuk dibaca terutama untuk mereka-mereka yang berminat berniaga mengikut blog ialah entry ini kesilapan-bila-berniaga-online , banyak yang anda boleh pelajari dari entry ini..sebelum memulakan perniagaan online anda... dan bila ingin memulakan menulis blog berkaitan perniagaan online...




selalu terrpilih menghiasi majalah



Apabila saya follow sahaja blogger , latest entry mereka akan dipaparkan di dashboard blogger saya... so, ... jika tajuk entry itu menarik minat saya...saya akan bacanya.. jika tidak, saya memang 'skip' sahaja.. tetapi .. kebanyakan entry Ben Ashaari memang ber'inspirasi' ...dan saya memang jarang 'skip' membaca penulisan entry beliau... murah betul rezeki beliau sebagai famous blogger.. bayangkan.. tidak sampai 2 bulan saya mengikuti beliau... entry beliau kebanyakannya menceritakan betapa murahnya rezeki beliau.. antaranya :-

Dapat peluang pergi Perancis  dan disponsor http://www.benashaari.com/2014/08/akhirnya-aku-ada-passport.html

Wau! stroller rm2999-rm3999 dan disponsor tu  http://www.benashaari.com/2014/08/awas-jangan-biarkan-anak-anda-kelaparan.html

Menulis entry dan buat review dan sponsor entry serta dapat smartband sony free http://www.benashaari.com/2014/07/logkan-aktiviti-anda-dengan-sony.html


Itu antara entry yang saya sempat 'terbaca'... bayangkan entry-entry lepas dan entry terbaru yang saya terlepas baca?... fuhhh!! murah betul rezeki beliau.. 

Saya mendoakan semoga beliau terus berjaya... yelah.. sebagai blogger yang tidak kedekut ilmu dan rajin.. memang patut dia dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.. .actually ramai lagi blogger-blogger berjaya dan kaya serta membeli banyak asset hanya dengan menulis blog.. malah ada blogger yang siap jadi model dan celebriti lagi... "Tuah ayam nampak di kaki. .tuah manusia siapa yang tahu"... 

By the way untuk mereka yang ingin meniaga 'online' .. walaupun maybe perancangan dimasa akan datang.. rasanya anda boleh menulis blog dari sekarang.. kerana ramai sangat blogger yang famous sekarang ini ramai yang berniaga online dan siap buka butik fizikal dan produk kecantikan sendiri lagi... walaupun asalnya bermula dari blog sahaja.... saya pun berharap dan berdoa.. semoga saya juga ada rezeki berniaga online dan perniagaan sendiri suatu hari nanti..insyaalah.. & aaminnn....so, sama-samalah kita semua berusaha dan mengejar impian ye...

Terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya... love , huge & kiss... 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...