Isnin, 25 Ogos 2014

Perjalanan Ini masih Jauh...







Assalammualaikum wbt… dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang…diharap walau apa pun jua dugaan mendatang.. kita semua tabah menghadapinya serta bersyukur dengan apa saja yang dihadiahkan-NYA kepada kita hamba yang hina lagi lemah ini….

Dihari Jumaat yang berkah ini… (ketika saya menulis entry ini).. saya merasakan… perjalanan saya dalam bidang perniagaan yang masih baru sesangat ini… takaful saya…MLM saya masih jauh… baru bermula… saya sendiri tidak tahu bakal onak duri yang bakal saya hadapi… ketika ini pun saya masih seperti bayi yang baru merangkak.. yang cepat letih.. tapi cepat bangun kembali… ia sebagai manusia biasa… setiap waktu dan saat kita diuji-NYA. . .sekejap semangat itu datang melonjak-lonjak.. sekejap ia menurun… sekejap rezeki melimpah ruah.. sekejap rezeki ditarik balik.. sekejap rezeki sukar… sekejap rezeki sikit.. sekejap datang rezeki yang tidak disangka-sangka…

Memulakan dan memperkenalkan perniagaan yang baru bukan semudah yang disangka.. .hatta, perniagaan itu bermula dengan modal yang kecil… even dalam bidang takaful yang baru saya ceburi ini juga tidak semudah disangka… still banyak cabaran dan dugaan serta benda baru yang saya pelajari.. .still banyak ilmu yang belum saya ketahui.. .walau saya telah lama dalam bidang insurance… tetapi bagi saya walau pun ramai berkata insurance dan takaful adalah sama… tetapi bagi saya tetap tidak serupa.. banyak benda yang membezakan antara kedua-duanya.. dan sungguh. .sikit benar ilmu saya yang saya ketahui tentang kedua-duanya… lagi banyak yang saya tahu…lagi saya sedar lagi banyak yang saya tidak tahu.. rupanya bertapa kurangnya ilmu saya…..





Diuji dengan dugaan yang pelbagai… kekadang melemahkan saya sebagai insan biasa.. tetapi sebagai manusia yang pernah jatuh… dan bangkit kembali. .. jatuh lagi.. saya percaya setiap kejatuhan itu adalah kerana ALLAH ingin memberikan saya kedudukan dan impian yang lebih mencabar dan tinggi lagi… saya selalu berfikir untuk menjadi seperti burung PHOENIX.. .yang selepas ia jatuh tersembam dan mati dibumi akan bangkit.. menjadi lebih hebat lagi… .itu sebabnya kenapa M.Nasir sendiri mereka lagu PHOENIX Bangkit yang menceritakan tentang sikap tidak putus asa dan kekuatan burung phoenix… yang harus kita contohi walau ia sekadar.. lagenda yang entah betul entahkan tidak…

Saya amat pasti saya akan melalui lebih banyak liku-liku,cabaran yang menduga kesabaran dan kekuatan saya.. lebih-lebih lagi pada awal-awal penglibatan saya dalam bidang baru ini… saya percaya.. saya tentu seperti insan lain juga… yang senang berubah-rubah emosi.. cepat down dan cepat up… tetapi saya harap saya tidak down lama.. dan bangkit dengan idea-idea dan semangat yang lebih tinggi lagi… saya berdoa saya sentiasa dikurniakan sokongan yang tidak putus-putus  dan bertambah-tambah dan semangat yang kuat dari ibu bapa dan keluarga saya yang tersayang…dari sahabat-sahabat saya, kawan-kawan tersayang saya…. Pelangan-pelangan saya .. pembaca-pembaca blog saya yang budiman dan sesiapa sahaja yang akan datang dan pergi dari hidup saya….





Saya berharap semangat saya dan azam saya bukan hanya diperingkat permulaan saja.. saya juga berharap untuk kali ini… segala tindakan dan apa yang saya pilih direstui kedua-dua ibu bapa dan keluarga saya.. tentunya… dan saya juga berharap dengan jalan yang telah dipilih oleh saya untuk hidup saya ini.. membawa saya menjadi insan yang lebih beriman dan jauh baik dari dulu dan dari semasa ke semasa….


Saya memohon sejuta kemaafan kepada mereka yang mengenali saya… mereka yang pernah saya sakiti secara sengaja atau tidak.. mereka yang telah saya beri harapan secara sengaja atau tidak… mereka yang pernah saya kecewakan secara sengaja atau tidak.. mereka yang secara tidak sedar saya teraniaya atau tidak.. untuk setiap makhluk ciptaan ALLAH SWT.. maafkan segala kata-kata dan tindakan saya.. semenjak saya lahir.. sehinggalah ajal menjemput saya….

Dikesempatan akhir Syawal yang indah ini.. saya mendoakan kepada seluruh umat manusia didunia ini semoga diberi hidayah dan dirahmatinya… jika saya menjadi semakin ‘teruk’ doakan saya semakin sembuh dan baik… dan jika saya semakin baik doakan semoga saya terus istiqamah dan menjadi lebih baik.. izinkan saya menjadi diri saya sendiri dengan cara sendiri.. ..dan doakan dengan menjadi diri saya sendiri saya tidak terpesong dari landasan akhlak dan akidah seorang muslim…. Doa kalian amat saya harap dan dambakan…doakan perniagaan dan apa yang saya pilih menjadikan hidup saya bertambah cemerlang dunia dan akhirat….

Sekian sahaja untuk entry saya ini.. MAAF ZAHIR DAN BATIN ….terima kasih tidak terhingga kerana membaca luahan saya ini… salam sayang dari saya.. .love , huge & kiss….

*** images from http://despreneur.com/top-20-most-inspiring-quotes-from-world-business-icons/



Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...