Isnin, 18 Ogos 2014

ANTARA CINTA , OBSESI DAN SEPI ....








Assalammualaikum wbt.. dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang… semoga hari ini membawa keindahan dalam hidup anda sekalian...so hari ini kita menyentuh tentang bab cinta dan hubungan lagi.. bulan ini bulan 'kenduri kahwin'.. so. .saya rasa sesuai untuk saya mengketengahkan entry berunsur cinta...heheheheh ...

Baiklah... Mungkin ada antara anda yang tidak tahu perasaan apa yang sedang anda alami.. juga tindakan yang sedang anda lakukan dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang… melambangkan anda sedang dilamun cinta atau perasaan lain?....

So atas segala pembacaan, ini antara maksud dan kelakuan atau tindakan anda yang membezakan antara samaada anda sedang dilamuh  cinta, dilanda obsesi atau sebenarnya sepi….




CINTA

1. Masih ada perasaan malu..bila ingin memulakan apa-apa tindakan…walaupun sekadar sms “assalammualaikum @ hai”…

2. Tiada paksaan dalam hubungan.. kerana anda ingin sidia mencintai anda kerana diri anda.. terpulang pada pilihan hati sidia..

3. Perasaan yang cukup mendalam dan ikhlas.. ingin segala yang terbaik untuk dirinya…

4. Tidak sampai hati meluahkan segala masalah anda. .kerana tidak ingin menyusahkan “sidia”.

5. Tidak pernah meletakkan “syarat & criteria” sidia idaman.. jatuh hati. ..kerana hati anda yang memilih walau jauh dari criteria yang anda cari….

6. Sidia adalah pilihan hati untuk anda hidup bersama…jika jodoh itu terbaik untuk anda.. dan sebolehnya anda ingin membahagiakannya… jika anda tahu ada sesuatu pada diri anda yang tidak boleh “membahagiakannya”.. anda sanggup undur diri…

7. Anda boleh membezakan apa yang sidia lakukan itu betul atau tidak… otak anda masih dibawah paras sedar walau cinta anda mendalam sebanyak manapun.. jika sidia melakukan perkara yang salah andalah orang pertama yang menegurnya kerana anda tidak mahu sidia yang tersayang.. melakukan kesilapan yang merugikan dirinya…dan mahukan yang terbaik untuk sidia tersayang.

8. Tiada sifat ‘selfish’ atau pentingkan  diri dalam hubungan . .atau perasaan anda terhadap sidia…

9. Anda masih boleh bersifat ‘normal’ jika berpisah dengan telefon dengan sidia selama satu ke hari ke tiga… kerana memahami kesibukan dan ‘hal’ yang mungkin menyebabkan sidia tiada masa membalas telefon atau mesej anda.

10. Ketika anda keluar bersama.. ..anda sedaya upaya menjaga tertib dan adab serta hati masing-masing.. langsung tidak teringat kepada xbf @ xgf anda.. dan merasakan seolah-olah itu first time anda bercinta… dan first time dating.. walau itu adalah kali ke10 anda berjumpa…

11. Anda berperasaan yang ingin serius ke “syurga” dalam perhubungan dan perasaan anda.. ada rasa ingin bertanggungjawab keatas sidia dan memang berfikir kehadapan untuk hubungan anda dan seboleh-bolehnya ingin hubungan mendapat restu semua pihak dan direstui Illahi…

Anda yang betul-betul jatuh cinta biasanya menerima segala kekurangan pasangan malah boleh berfikir secara waras dan lebih percaya kepada jodoh serta biasanya bersama-sama cuba menjaga hubungan dan mengetepikan ego dan kepentingan masing-masing... kira cukup mudah mengalah.. asalkan ia membawa kepentingan kepada semua orang.






OBSESI

1. Tiada perasaan malu.. yang penting anda boleh bercakap, berjumpa , mesej dia dan sebagainya setiap saat dan jam…tiada istilah cinta anda ditolak walau berjuta kali sekalipun.. .anda tetap bersungguh dan mendesak sidia untuk terima anda…dan lansung tiada tanda-tanda bakal putus asa…

2. Nak tak nak.. sidia kena juga membalas perasaan anda…kalau tidak mahu berjumpa atau reply mesej dan sebagainya.. tindakan anda lebih kepada “mendesak”@ mengugut sidia…

3. Perasaan yang hanya “nak dia seorang” .. tak nak orang lain… tak nak sesiapa cuba dekati sidia… kalau tidak perasaan anda akan “meroyan”…malah anda sanggup sidia “hilang” didunia dari orang lain yang dapat sidia…

4. Kalau anda tidak ada masalah pun , anda ‘sanggup’ buat-buat dan ‘create problem’.. demi untuk mendapat perhatian sidia atau dapat mengdekati sidia…

5. Suka segala-gala yang ada pada sidia.. memang taste anda.. obsesi anda… dialah yang paling hensem.. paling baik dan paling segalanya… sampai jika orang bangkang pendapat anda tentang sidia, anda boleh “ugut bunuh lagi” pasal sidia…

6.Sidia wajib menerima lamaran anda… anda sanggup melakukan apa saja termasuk paksaan asalkan sidia bersetuju memilih anda… hatta dengan cara menipu, kasar, cara jahat dan sebagainya… anda lansung tidak mengikut pendapat orang lain walaupun terang-terang sidia menolak cinta anda… atau tidak baik@ sesuai untuk anda…

7. Apa saja tindakan sidia walau salah dan tidak bertanggungjawab atau jahat.. anda tetap menyokongnya dan menpersetujuinya.. malah siap menolong dan bersekongkol lagi… paling sedih sanggup pula menanggung kesalahan yang sidia lakukan walau anda tidak melakukan kesalahan tersebut…malah anda sanggup ‘dipergunakan’ secukupnya oleh sidia dan keluarga serta saudaramara malah sahabat handai sidia…walaupun anda sedar ia merugikan dan menyusahkan anda.

8. Anda amat ‘selfish’ didalam hubungan… anda seorang sahaja yang boleh ‘mengontrol’ hubungan tersebut… walau anda sedaya upaya mengikut semua kata sidia….supaya sidia ‘melekat’ dengan anda.

9. Jika sidia lambat balas mesej 5minit pun anda dah ‘meroyan’.. apalagi jika sidia tidak membalas dan mengangkat telefon lebih satu hari… anda sudah tidak tentu hala dan mengganggu ketenteraman orang lain terutama kawan-kawan dan keluarga sidia… apalagi sidia…silap haribulan dengan bos-bos dan satu department office  sidia pun anda ganggu…

10. Yang penting anda hanya ingin memiliki dia seorang.. tidak ingin sharing sidia dengan dunia.. kalau boleh nak sidia deactive fb, intagram segala… whatapp handphone semua setiap hari anda wajib check.. siapa saja yang tidak merestui hatta ibu bapa pun anda tidak kisah.. anda sanggup bawa lari sidia @ ikut sidia kahwin lari.. janji dapat hidup bersama.. walau duit dalam kocek anda atau sidia rm200 pun tak sampai…untuk berkahwin disempadan siam…dah kahwin kat sempadan siam pun.. kalau boleh pergi kerja pun nak sidia tak payah mandi comot segala supaya tiada siapa pandang dan terpikat…. Iskhhhh!!!

11. Obsesi juga boleh menjadikan anda mudah sangat tertekan dan mula mengugut melakukan sesuatu jika anda tidak dapat sebarang respond dari sidia yang dihajati…anda sanggup mencederakan diri anda sendiri atau sidia atau sesiapa yang terdekat dengan sidia…terutama sekali jika sidia sudah ada gadis @ jejaka pilihan hati…

****Obsesi adalah satu perasaan yang membahayakan dan susah dikawal.. so, jika sudah ada tanda-tanda awal.. sila cuba hentikannya.. sebelum ia menjadi parah…





SEPI


1. Malu tak malu kemudian hal.. yang penting anda sedang bosan dan perlukan teman…tindakan anda berpandu pada perasaan anda ketika itu…

2. Sidia balas sms @ call atau tidak terpulang… jika balas.. anda akan melayannya.. jika tidak balas anda akan terfikir alangkah indahnya jika ada “sidia” yang ke2 atau yang lain… atau anda terus mula ‘searching @ find’ yang lain…dan cari backup-backup anda yang lain…NEXT.. .kata hati anda….

3. Tidak apa jika sidia tidak layan anda atau tidak terima cinta anda.. janji anda sudah anda pengganti yang boleh mengantikan sidia.. .kerana anda memang wajib “berteman “…jika tidak anda pengganti sidia yang anda mula rasa “sakit”…

4. Selalu meluahkan masalah… kesunyian kepada sidia… tulis mesej panjang-panjang.. bergayut ditelefon pun lama-lama kerana boring.. keluar pun kalau boleh nak lama-lama kerana bosan pulang kerumah… kerana anda jenis orang yang wajib “berteman”.

5. Tidaklah suka sangat… tetapi coz tiada orang yang boleh dibuat teman keluar. .berborak.. bermesej ketika ini… so, anda memang dengan sidia.. tetapi jika ada orang lebih baik dari sidia.. memang anda akan tinggalkan dia bila-bila masa…

6. Jika sidia menolak cinta anda.. semestinya anda akan rasa sepi sangat… dan kecewa jika masih tiada pengganti buat pelepas sepi… tetapi jika sudah anda pengganti.. perasaan kecewa itu adalah “nothing”….

7. Anda tidak kisah apa saja tindakan yang sidia lakukan betul atau salah… jika ia melibatkan kerugian anda.. awal-awal lagi anda akan “melarikan” diri.. jika sidia melakukan perkara baik yang menguntungkan anda.. anda tumpang sekali.. .anda setakat memberi teguran sekali dua@ just syarat.. untuk setiap kesalahan atau perkara yang akan merugikannya…kerana bagi anda itu adalah hal sidia.. tiada kena mengena dengan anda.. asalkan tidak menyusahkan diri anda…

8. Anda tidaklah selfish sangat… asalkan sudah tersedia calon pengganti…. Asalkan ‘kesepian’ anda hilang dengan melakukan aktiviti. .anda tidak kisah sangat….

9. Apabila sidia tidak membalas mesej atau telefon dan melayan anda seolah acuh tidak acuh anda segera berfikir.. mesti cari lain.. @ pengganti secepat mungkin…asalkan anda ada teman dan boleh menghilangkan boring dan masa anda…

10. Bila anda keluar dengan sidia.. anda tetap berasa hati anda sepi dan bosan… dan sering membezakan sidia dengan xbf@xgf anda… dan membezakan dengan pasangan bercinta yang lain di sekeliling anda…

11. Sebenarnya sidia bukan taste anda… anda sekadar ingin berkawan dan menunggu sidia yang memenuhi kriteria anda atau yang lebih baik dari sidia yang sedia ada… dan anda memang tahu… anda takkan mungkin ingin bersama sidia untuk hubungan yang serius….

Jenis kategori 'sepi' biasanya menjadikan orang lain sekadar 'pelepas sepi'.. orang bercinta dia pun nak bercinta... tidak boleh hidup sorang-sorang.. .kurang keyakinan diri dan biasanya kekurangan perhatian dan kasih sayang dari orang sekeliling... so seboleh-bolehnya elakkan perkara ini berlaku pada anda dan cuba melakukan aktiviti berfaedah dan memberi keuntungan daripada mempermainkan perasaan orang dan memberi harapan... akhirnya anda sendiri yang rugi...

Baiklah sekian sahaja untuk entry kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss…

*** semua imej diatas diambil dari google... terima kasih..


Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...