Rabu, 11 Mac 2020

BAGAIMANA MATA WANG KRIPTO AKAN MENGAMBIL ALIH MATA WANG FIAT DI DUNIA?



WHO mengatakan bahawa mata wang fiat mungkin boleh menyebarkan coronavirus, ia amat membimbangkan terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah yang menggunakannya hampir setiap hari

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Agak lama saya tidak menulis mengenai mata wang digital. Sebenarnya agak sukar bagi memahamkan orang biasa yang tidak pernah melakukan kajian dan banyak pembacaan mengenai mata wang digital atau mata wang kripto.

Ramai bertanya mengapa harus ada wang kripto sedangkan wang fiat juga boleh dijadikan wang digital melalui perbankan dalam talian, pembelian dalam talian, debit card, E wallet dan sebagainya.

Anda harus faham kenapa wang kripto di perkenalkan.

Salah satu fungsi wang kripto ialah ia kalis inflasi, ia kalis factor politik dan Negara. Ia tidak di kawal oleh mana-mana Negara atau mana-mana kerajaan. Andaikan kerajaan itu menghadapi masalah dan mata wangnya jatuh, buatnya kerajaan itu tidak cukup masalah ekonomi, hadapi pula masalah politik makin teruk mata wang tersebut jatuh.

Ini berbeza dengan mata wang kripto perkara ini tidak menjejaskan nilai mata wang tersebut kerana ia tidak bergantung kepada Negara atau kerajaan mana-mana Negara. Ia di tentukan oleh semua masyarakat dunia yang memiliki dan menggunakannnya. Bukankah ini lebih adil?

Jika ekonomi dunia menggunakan formula

Harga minyak naik, harga emas turun.
Harga minyak turun, harga emas naik.


Bagaimana pula dengan mata wang kripto?.
Sila baca artikel BAGAIMANA WANG KRIPTO MENDAPAT NILAI? untuk penjelasan ringkas.

Kenapa anda harus percaya mata wang kripto adalah mata wang masa hadapan?.

Banyak perkara yang berlaku didunia pada hari ini seolah di rancang. Itu kata mereka yang percaya kepada freemason dan illuminati. Kita abaikan sahaja pendapat ini atas alasan tidak semua percaya perkara ini.


Kita kembali kepada asas paling logic.

Kita gunakan keadaan semasa hari ini untuk lebih mudah faham.

Kita tidak perlu gunakan kes ketidakstabilan politik yang berlaku di beberapa Negara di dunia.

Kita gunakan kes corona virus atau covid19 sebagai contoh paling mudah kerana kes COVID19 merupakan ancaman besar dunia pada ketika ini.

Jika ketidakstabilan politik dan ekonomi yang merundum menyebabkan mata wang Negara jatuh, covid19 juga menyebabkan mata wang Negara tersebut jatuh kerana ia bersangkut paut dengan ekonomi.

Lagi tinggi kes covid19 di Negara tersebut, lagi kesan mendalam dari sudut ekonomi, perlancongan dan politik di Negara tersebut akan tinggi maka mata wang Negara tersebut akan terus rendah. Adilkah kepada rakyat Negara tersebut yang menggunakan mata wang tersebut kerana nilai mata wang tersebut adalah bergantung kepada keadaan Negara itu.

Kita pergi kepada kes yang lebih mendalam. Andaikan Negara A berperang.

Terdapat segelintir rakyat Negara A akan menjadi pelarian. Nilai mata wang Negara A sudah tidak laku. Jika ada rakyat Negara A menyimpan emas dan membawa emas tulen dalam bentuk bar (bukan 916), mungkin ia boleh digunakan di Negara lain kerana nilai emas itu, namun risiko emas itu hilang dan di curi tetap ada dalam waktu pelarian tersebut.

Andai kata rakyat Negara A menumpang di Negara B, rakyat B mengatakan itu adalah emas beliau dan memberitahu polis rakyat Negara A mencuri emas, lain peristiwa yang akan berlaku.

Sekarang kembali kepada tajuk utama bagaimana wang kripto menggantikan wang fiat.

Wang fiat ketika ini dikaitkan oleh WHO (World Health Organization) sebagai salah satu alat yang boleh menyebarkan Covid19.

Bagaimana ini boleh terjadi?.

Duit kertas atau duit syiling berubah dari tangan ke tangan. Dari pelancong ke pelancong , dari pelancong ke orang tempatan, dari ibu ke anak, dari anak ke murid lain, dan seterusnya. Bayangkan jika ada duit kertas atau duit tersebut ada kesan bersin, sentuhan dari pesakit covid19?. Bayangkan yang pegang duit fizikal ini ialah golongan tua, kanak-kanak atau mereka yang berpenyakit dan imunisasi rendah?.

Baik kita faham, masa untuk menggunakan sepenuhnya bayaran online,  E wallet dan beli belah online.  Pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah mungkin selepas ini boleh menggunakan Ewallet untuk membayar segala harga makanan di kantik sekolah.

Bagaimana dengan nilai mata wang fiat yang kian merosot akibat dari corona virus dan covid19?.  Bersediakah setiap rakyat merasai nilai mata wang Negara mereka terus menjunam. Andai kata kes covid19 selesai, adakah jaminan tiada virus lain akan muncul atau jaminan sepuluh tahun lagi Negara itu akan aman dari virus lain pula?.

Mata wang digital tidak dipengaruhi oleh factor Negara, kerajaan atau di kawal oleh mana-mana bank pusat dunia atau di kawal oleh Negara terbesar . Mata wang kripto ini dikawal oleh seluruh pemilik mereka di dunia. Ia jauh lebih adil dari mata wang fiat.


Realitinya seluruh masyarakat di dunia mampu memiliki bitcoin. Contoh memiliki 0.00000001 btc yang mungkin boleh dibeli dengan harga RM1 sahaja- IMEJ DARI INSTAGRAM DAN DI EDIT

Sebagai contoh mata wang kripto paling popular bitcoin. Bitcoin hanya terdapat 21 juta sahaja di dunia ini. Ia tidak boleh ditambah dan cetak dengan mudah seperti wang fiat. Ia dari hasil kerja mesin yang menyelesaikan permasalahan rumit matematik.

1 bitcoin bersamaan 100 juta satoshi . Sebagai contoh 1 satoshi bersamaan 0.00000001 btc.

Anda boleh memiliki 0.00000001 btc mungkin dengan serendah rm1 ketika ini. Anda tidak perlu memiliki 1 bitcoin jika anda tidak mampu. Harga 1 bitcoin ketika ini dalam RM38,000. Jika anda ada RM38000 anda boleh miliki 1 bitcoin bersamaan 100 juta satoshi. Jika anda ada RM100 untuk membeli bitcoin mungkin anda boleh mendapatkan 0.003 satoshi.

Ini menunjukkan bahawa semua individu di dunia ini berpeluang memiliki, membeli dan menjual bitcoin tidak kira berapa wang yang mereka miliki.

Mata wang kripto / digital ini bukan sahaja bitcoin, ada ethereum, ripple yang jauh lebih murah dari bitcoin. Jika anda tidak mampu membeli atau memiliki 1 bitcoin, anda tetap ada peluang memiliki satu ethereum yang harganya tidak sampai RM1,000 ketika ini. Ripple juga jauh lebih murah yang harganya kurang dari USD1 atau RM4, selain 3 mata wang kripto ini, terdapat juga mata wang kripto baru yang lebih murah dan mampu pergi jauh. 

Paling penting anda harus tahu membezakan kegunaan mata wang kripto ini dan asas wang kripto.

Terlalu banyak lagi info yang ingin dikongsikan bersama anda. Namun biar ia ditulis dan di fahami dengan jelas.

Semoga penjelasan ringkas ini lebih mudah difahami oleh mereka yang masih keliru bagaimana mata wang digital atau kripto berfungsi juga menambah ilmu dan minat anda kepada wang kripto.



Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...