Jumaat, 31 Januari 2020

Bagaimana Mata Wang Kripto / Digital (Aset Digital) mendapat nilai? Naik harga dan turun harga?



Antara logo mata wang digital / kripto popular - imej dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Artikel ini akan menerangkan dengan lebih mendalam apa itu mata wang digital / kripto dan bagaimana ia boleh berubah menjadi aset digital.

Apa itu crypto currency / mata wang kripto / digital?.

Mata wang kripto ini adalah aset / harta.

Aset terbahagi kepada 2 :-
Fizikal aset (rumah, kereta, tanah)
Digital Aset (mata wang digital / kripto, akaun instagram, FB Pages, blog, youtube chanel, kedai di mall online seperti Shopee, Lazada)

Dalam perniagaan atau ekonomi, aset ialah :-
Capital gain (nilai makin tinggi) contoh rumah, asalnya tiada stesen lrt, tiba-tiba di bina stesen lrt, ia naik harga tinggi selepas 5 tahun.

Capital lost (nilai semakin berkurang atau rugi) contoh kereta lama, bukan kereta antik. Kereta lama yang enjin kerap bermasalah akan berkurangan nilainya dari tahun ke tahun.

Mata wang kripto / digital (crypto currency), juga ada nilai capital gain dan capital lost. Contoh seperti mata wang digital Ripple, XRP. Ia mempunyai aplikasi yang menyokong teknologi perbankan seperti remittance (pemindahan wang ke luar Negara). Maka nilai Ripple, XRP ini makin naik (capital gain).

Seperti kenaikan harga rumah yang di sokong oleh meningkatnya kemudahan pengangkutan awam, tempat beli belah dan sebagainya. Mata wang digital / kripto pula di sokong oleh aplikasi yang memudahkan penggunaan kripto dan komunitinya.


aset digital - imej dari google

Bagaimana aset mendapat nilai / dinilaikan (value)?.

Sekali lagi kita ambil rumah sebagai contoh.

Developer rumah meletakkan harga DARI RM300,000 (belum ada nilai / value). Harga iklan, ini hanya harga offer (iklan) belum  menjadi harga value (nilai).

Harga aset adalah kepada transaksi pembelian terakhir. Iaitu harga value (nilai sekarang). Harga terakhir transaksi rumah yang dibeli ialah harga sekarang.

Untuk mata wang digital/ kripto (crypto currency). Harga permulaan ditetapkan oleh syarikat mata wang digital yang di panggil ICO (initial coin offering).

Harga terakhir pembelian adalah harga terkini (nilai/ value) untuk mata wang kripto tersebut.

Harga pembelian terakhir / nilai terkini boleh di lihat di laman web https://coinmarketcap.com/.

Aset digital seperti kripto juga tidak lari dari spekulasi dan berita ekonomi dan kewangan. Spekulasi ini juga boleh menjejaskan nilai turun naik sesuatu mata wang kripto itu sendiri.

Dunia mata wang kripto kini di hujani dengan ratusan jenis dan nama wang kripto. Terdapat banyak mata wang kripto yang di gelar mata wang kripto ‘sampah’ yang lansung tidak mempunyai nilai hatta ia adalah mata wang kripto tulen.

Selain perlu memastikan wang kripto itu adalah tulen dengan menggunakan blockhain tulen, banyak lagi perkara yang perlu dititik beratkan dalam memilih mata wang kripto yang berpotensi untuk naik dan membina komuniti sendiri, sekaligus mempunyai nilai (value). Contoh wang kripto yang kuat komunitinya ialah Ethereum. Ethereum membina komuniti dengan membuka ruang kepada mata wang digital lain untuk menggunakan platform mereka. Selain itu Ethereum juga di sokong oleh aplikasi hebat yang dinamakan ‘smart contract’.

Mata wang digital seperti Ripple, XRP dahulunya turut menjadi mangsa, di gelar mata wang kripto ‘sampah’ yang tidak mempunyai nilai.  Namun hari ini Ripple, XRP muncul antara 5 mata wang digital paling berpengaruh di dunia.

Ada banyak lagi perkara mengenai wang kripto yang perlu di jelaskan dengan terperinci. Oleh kerana mata wang digital / kripto ini masih terlalu baru di popularkan di dunia luar, ia agak sukar di fahami oleh mereka yang tidak biasa dengan dunia pengaturcaraan dan bahasa computer juga dunia mata wang kripto itu sendiri.

Harus diingatkan artikel ini hanya menerangkan dengan cara paling mudah untuk mata wang digital / kripto ini difahami.

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...