Rabu, 8 Januari 2020

BAGAIMANA WUJUD TEKNOLOGI DAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (KECERDIKAN BUATAN)






Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sebelum kita teruskan tajuk lebih mendalam mengenai wang kripto atau cryptocurrency (contoh popular BITCOIN, ETHEREUM, litecoin, XRP (Ripple), tether). 

Kita soroti bagaimana kehidupan di zaman nenek moyang kita sehingga memasuki zaman teknologi, bermula dari teknologi mesin, ke teknologi robotik dan kini kearah teknologi ARTIFICIAL INTELLIGENCE (KECERDIKAN BUATAN).

Kita imbas kembali bagaimana zaman nenek moyang kita dahulu, membasuh baju di sungai. Terpaksa berjalan jauh membawa besin basuh baju dan membasuh baju beramai-ramai.

Kemudian dari membasuh baju di sungai, membasuh baju di rumah dengan menggunakan air kolah. Rendam lama di dalam besen dan guna timba untuk mengambil air kolah.

Kemudian teknologi mesin datang iaitu mesin basuh. Ketika ini tidak perlu lagi ke sungai atau membasuh tangan, semua menggunakan mesin baju untuk membasuh baju. Selepas spin baju terus jemur di ampaian.


Teknologi mesin basuh bertukar lagi, kali ini dengan adanya mesin pengering dan dobi. Baju tidak perlu dijemur terus dikeringkan dan dilipat. Jika suatu masa dahulu tiada manusia terfikir di Malaysia yang bercuaca panas mesin pengering baju di perlukan, kini mesin pengering baju tidak asing lagi di rumah urban Malaysia dan di dobi-dobi seluruh Negara.

Bagaimana mesin basuh, pengering baju segera dan dobi ini di terima?.

Ia adalah kerana ia diterima pakai dengan senang hati oleh setiap individu yang menggunakannya. Pengalaman menggunakan yang menyenangkan kerja dan mengembirakan akhirnya diterima seluruh dunia. Inilah yang di panggil User Experience dalam bahasa dunia teknologi korporat. 

Apabila user experience itu bagus, ia akan menggantikan cara penggunaan sesuatu barang dengan yang lebih baik. Mesin basuh separa automatic bagus, namun mesin automatic lebih bagus. Maka mesin basuh automatic lebih digemari dan laku kerana menjimatkan masa dan tak perlu di monitor seperti mesin basuh separa automatic.

Dari zaman teknologi mesin dan robot akhirnnya kita sampai ke zaman ARTIFICIAL INTELLIGENCE (KECERDIKAN BUATAN).

Antara teknologi paling popular dalam penggunaan AI (ARTIFICIAL INTELLIGENCE / TEKNOLOGI BUATAN) ialah penggunaan AI dalam teknologi pembuatan telefon pintar.

Seperti lahirnya mesin basuh dari basuh baju di sungai. Telefon pintar juga asalnya bermula dari telefon awam dimana anda harus berjalan jauh dan mencari telefon awam jika ingin menghubungi seseorang, kemudian wujud telefon rumah atau pejabat , datang pengenalan ke telefon bimbit yang hanya boleh telefon dan mesej, kemudian wujud telefon pintar yang jauh lebih canggih. Telefon pintar yang boleh whatapps, main media sosial, camera dengan mega pixel yang bagus sekaligus boleh terus disambung dengan internet yang memudahkan gaya hidup.

Pengalaman penggunaan telefon pintar yang semakin menyeronokkan dan meluas akhirnya menenggelamkan telefon bimbit biasa jenama nokia yang cukup kukuh dan popular suatu masa dahulu. Siapa sangka NOKIA akhirnya dikalahkan oleh perubahan teknologi yang ketika itu di ambil alih oleh Android dan Ios.


Jenis dan model telefon pintar juga bertukar pantas seiring zaman dan antara paling popular ialah perisian ios dan teknologi Artificial Inteligience / kecerdikan buatan

Bagaimana perubahan teknologi perisian Android dan IOS yang diterima pakai oleh User Experience dan user interface ini yang mengembirakan ramai masyarakat, akhirnya dunia menerimanya. Tenggelamlah telefon bimbit jenama Nokia dan Motorola menjadi sejarah.

Kesimpulan yang boleh di terjemahkan dalam bahasa ringkas disini. Apa sahaja teknologi dan perubahan itu diterima apabila ia melahirkan perasaan gembira dan menyenangkan. Itulah yang terjadi pada teknologi ARTIFICIAL INTELLIGENCE / KECERDIKAN BUATAN, pengguna gembira dan berbangga dengan kehadiran teknologi AI ini sekaligus teknologi AI digambarkan akan terus berkembang menjadi teknologi masa hadapan.

Apakah kaitan antara Artificial Intelligence (kecerdikan buatan) dengan blockchain juga cryptocurrency / mata wang digital seperti bitcoin, ethereum, XRP, tether dan sebagainya?.

Semua ini akan diterangkan satu persatu dalam artikel seterusnya.

Diharapkan artikel ini boleh menjelaskan dengan terang bagaimana perjalanan sesuatu teknologi atau perubahan berkembang. Apabila pengalaman itu menyeronokkan dan mengembirakan, automatic teknologi itu diterima dan diguna pakai seluruh dunia. Begitulah yang diramalkan untuk teknologi AI, Blockchain dan penggunaan crypto currency / mata wang digital.

Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...