Mata wang kripto / matawang
digital seperti Bitcoin, Ethereum, litecoin, dogecoin, ripple menggunakan
internet untuk dikirimkan ke pemilik lain di seluruh dunia tanpa menggunakan
bank dan tanpa perlu mengisi maklumat diri.
Di anggarkan 600 juta ke 1
trillion wang di pindahkan ke seluruh dunia setiap tahun menggunakan
remittance,perkhidmatan bank, paypal , western union dan money gram. Setiap
urusan pemindahan melalui perkhidmatan ini memakan caj yang banyak dari 5%
sehingga 30%, sama ada dari caj perkhidmatan juga pertukaran mata wang. Dimana
kos ini jika dikira adalah dalam 60 juta ke 100 juta setahun.
Dengan bitcoin, pemindahan
wang ini hanya memakan kos yang amat rendah. Ada info mengatakan bahawa hanya
dalam 2.5 sen buat masa ini terpulang kepada mata wang kripto yang digunakan.
Jika dahulu internet hanya
beberapa orang sahaja yang mampu menggunakannya, kini kebanyakan Negara dan
manusia mempunyai talian internet hatta di telefon bimbit yang boleh di bawa kemana
sahaja.
Tentu anda boleh imbas pada
tahun 1999 dahulu berapa orang sahaja yang mempunyai talian internet di rumah
dan perlu pergi ke cyber café atau pusat computer berbayar untuk menggunakan
perkhidmatan internet.
Kini internet boleh di dapati
di mana sahaja. Malah secara percuma jika ada tallian perkhimatan wifi percuma
yang disediakan oleh kerajaan khususnya.
Atas wujudnya kemudahan
internet inilah, manusia hanya duduk dirumah atau di mana sahaja menjalankan
perniagaan dan transaksi dan tahu pelbagai info melalui google, boleh berhubung
dan menjalinkan persahabatan melalui facebook termasuk mencari sahabat yang
hilang, berhubung dan menelefon dengan kos yang murah melalui whatapps, membina
kelompok dan kumpulan di whatapps dan facebook, menonton video dan berkongsi
video melalui youtube, mengakses akaun bank melalui telefon bimbit dan pelbagai
perubahan teknologi lagi sehingga menaiki kenderaan seperti grab dan order
makanan juga melalui grabfood.
Malah teknologi ini juga memudahkan kita
mengakses portal penghantaran barang seperti pos laju dan j&t kita tahu
barang kita berada dimana dan sudah sampai di mana. Malah lebih canggih lagi
kita boleh menerima sms memberitahu runner dari ninja van dalam perjalanan
untuk menghantar barang kepada kita.
Begitu canggihnya teknologi.
Sebagaimana banyak barangan
di dunia dalam bentuk digital seperti surat bertukar kepada email, rakan pena
kepada rakan facebook, majalah dan suratkhabar kepada website atau portal,
album gambar juga kepada digital begitulah juga yang akan berlaku kepada wang.
Mata wang kripto ialah satu
medium pertukaran yang sama dikeluarkan oleh kerajaan, yang membezakan mata
wang kripto tidak dikeluarkan oleh kerajaan. Seperti mana sesiapa sahaja boleh
membuat laman web sendiri, mana-mana individu juga boleh membuat mata wang
sendiri. Semua orang boleh melakukannya.
Dalam bidang ekonomi dan kewangan
, sesuatu itu dianggap sebagai wang apabila mempunyai 3 fungsi berikut :-
1. Boleh menyimpan kekayaan
2. Satu medium pertukaran
3. Unit akaun
Secara asasnya wang
mempunyai nilai apabila kita bersetuju ia mempunyai nilai.
Anda tahu sesuatu akaun
instagram itu mempunyai nilai apabila ia mempunyai ramai follower setia dan
anda sanggup membeli atau membayar pemilik akaun instagram itu untuk
mengiklankan perkhidmatan dan perniagaan anda.
Begitu juga dengan akaun
facebook anda tahu ia mempunyai nilai apabila ia punyai ratusan kawan dan
follower, komen yang banyak, share yang banyak dan facebook live yang ramai
tontonan. Anda tahu satu akaun facebook itu amat bernilai dari ciri-ciri diatas
yang boleh menghasilkan jualan kepada perniagaan anda.
Begitu juga dengan akaun
youtube, anda tentu tahu saluran youtube tv3, awani, kesihatan yang punyai
jutaan pengikut adalah satu akaun yang bernilai.
Begitu juga dengan akaun
shopee, lazada, sesuatu perniagaan yang mudah mendapat pelanggan dari portal
ini akan tahu bernilainya akaun shopee mall mereka di sini. SHOPEE itu sendiri
adalah aplikasi bernilai yang mempunyai billion data pembeli dan penjual.
Dari sini anda tahu, sesuatu
yang bernilai ada harga dan akan dibeli dan dilawati pengguna. Seperti bernilainya
instagram yang mempunyai jutaan pengikut, facebook yang mempunyai kawan dan
pengikut setia, akaun shopee yang terus dilawati setiap saat untuk jual beli,
pemilik akaun ini atau kita sendiri faham akaun instagram, facebook page atau
akaun facebook, applikasi seperti shopee adalah antara aset digital yang amat
bernilai kepada pemiliknya kerana ia menghasilkan pendapatan.
Akaun seperti ini adalah
bentuk aset digital dimana ia bermula dari pelaburan kecil membina satu akaun
dan akhirnya terjalin hubungan dengan pengikut dan rakan-rakan akhirnya berlaku
perniagaan jual beli disitu.
Inilah aset digital, selain blog,
akaun instagram, akaun facebook, akaun youtube, aplikasi shopee atau lazada,
mata wang digital / mata wang kripto juga adalah aset digital.
Mata wang kripto / mata wang
digital ini dikira sebagai aset kerana ia ada masa naik dan turun. Ada waktu
ramai membeli mata wang kripto ini, ada juga waktu mata wang digital ini kurang
pembeli.
Buat masa ini ramai
mengangap mata wang digital ini sebagai ganti wang. Ia terpulang apa pendapat
anda, namun harus diakui wang juga berbentuk aset.
Mata wang kripto atau mata
wang digital ini sebenarnya adalah aset kripto. Ia bukan hari ini anda beli,
esok dijamin harga ia akan naik. Mata
wang kripto sama seperti pelaburan lain seperti emas, saham atau rumah yang
turut dikategorikan sebagai aset. Ada waktu emas, saham dan rumah itu sendiri
ada masa harga turun ada masa harga naik.
Rumah akan turun harga jika
tiba-tiba kawasan itu kawasan banjir besar atau ada berita lif rosak sehingga
terhempas dan pengurusan tidak bagus. Begitu juga emas dan saham, bila mana
wujud spekulasi akan terjejaslah harga emas dan saham.
Aset digital atau wang
kripto ini juga sama. Apabila banyak permintaan akan naiklah ia, apabila wujud
spekulasi akan turunlah harga wang kripto atau aset digital ini.
Berikut ialah Analisa
pembangunan Cryptocurrency
-Bitcoin
2009, dalam masa 8 tahun meningkat 26,000,000 kali ganda
-Ethereum
2014, dalam masa 3 tahun meningkat 5,000kali ganda.
-Litecoin 2011, meningkat 7500 kali ganda.
-Ripple 2013, meningkat 2500 kali ganda.
-Dogecoin 2013, meningkat 1000 kali ganda.
Sebagaimana anda melihat
meningkatnya pengguna whatapps, pengguna facebook dan instagram, juga pembeli
dan penjual atas talian, janganlah terkejut apabila melihat peningkatan harga
dan pemilik mata wang kripto atau cryptocurrency ini.
Adalah lebih logik untuk
mengangap mata wang kripto atau mata wang digital ini sebagai aset digital. Ia
adalah pelaburan digital yang tetap punyai risiko sendiri. Kita semua Cuma harus
bijak memilih mata wang kripto mana untuk dibeli dan disimpan sebagai aset
digital.
Cuma satu harus
dipersetujui, akan datang mata wang kripto ini akan terus diterima baik dan
digunakan oleh masyarakat dunia seperti mana teknologi lain yang dibawa oleh
internet yang terus berkembang pesat.
Diharap artikel ini Berjaya menjelaskan
mengapa cryptocurrency atau mata wang kripto ini kini di gelar Aset Digital di
kalangan pemain senior cryptocurency (pioneer).
Terima kasih.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan