Ahad, 5 Januari 2020

CERITA CRYPTO CURRENCY ( Mata wang Digital) Bitcoin dan Ethereum





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.


Tahun 2019 hanya 3 artikel ditulis di blog ini, tahun 2020 insyaallah blog ini akan kembali aktif.

Mengenangkan bermulanya abad 2020, untuk artikel pertama tahun ini blog ini akan membicarakan mengenai crypto currency, yang lebih dikenali sebagai mata wang digital.

Pernahkah anda mendengar mengenai bitcoin?.

Dua, tiga tahun kebelakangan ini, kisah bitcoin, crypto currency, mata wang digital, Ethereum di bincang hebat oleh kalangan pemain crypto. Ada yang lebih senang memanggil crypto sebagai bitcoin sedangkan bitcoin dan crypto adalah sesuatu yang berbeza. Bitcoin adalah crypto, namun crypto bukan bitcoin.

Crypto terdiri dari pelbagai digital currency atau crypto currency itu sendiri. Antara crypto currency yang paling popular didunia ketika ini ialah bitcoin, Ethereum, XRP yang dikeluarkan oleh Ripple dan lite coin.

Malah facebook ketika ini juga sedang dalam perancangan mengeluarkan crypto currency sendiri yang bakal di panggil LIBRA. Tiada maklumat tepat bila pelancaran LIBRA namun kini ura-ura pelbagai kerjasama antara LIBRA dan syarikat besar mengenai digital sedang diusahakan.

Terdapat 2 pendapat terkuat mengenai pendapat berbeza mengenai crypto currency.

Pendapat pertama golongan kuat yang mengelarkan crypto currency sebagai mata wang digital.

Pendapat kedua golongan pemain crypto currency yang mengelarkan crypto currency sebagai asset digital.

Namun di tengah kedua-dua pendapat ini, tentu sahaja semua harus akui mata wang atau wang juga adalah di bawah asset semasa atau asset cair yang juga turut boleh di panggil asset.

Apa sahaja gelaran dan pendapat, adalah dipercayai crypto currency atau mata wang digital ini akan mula diguna pakai seluruh dunia dalam tahun 2022. Pakar pelaburan Warren Buffet menulis (tweet) di twitter pada 26/6/2018, yang bermaksud mereka yang mempunyai bitcoin akan menjadi jutawan pada tahun 2022. Sama ada ramalan ini benar atau tidak, kita hanya akan tahu apabila masa itu tiba nanti.

Pada ketika ini crypto currency atau mata wang digital ini telah di guna pakai dalam pelbagai urusniaga. Kini terdapat kad VISA Bitcoin dan Ethereum yang boleh digunakan di atm, pelbagai Ewallet, juga exchanger yang melakukan urusniaga dalam traksaksi jual beli bitcoin atau Ethereum tanpa menggunakan tunai.

Buat masa ini ramai yang keliru mengapa harus di tukarkan crypto currency seperti bitcoin atau Ethereum ke bentuk tunai ketika berurus niaga. Harus ditekankan disini, ini hanya untuk sementara kerana kegunaan crypto currency masih belum menyeluruh. Seperti anda harus menukarkan saham dan emas kepada tunai begitu juga crypto (asset).

Pada pemikiran pemain crypto ketika ini adalah antara waktu paling tepat untuk mempelajari mengenai crypto currency dan mula menyimpan crypto currency sebagai asset masa hadapan.

Sebagai salah satu cabang instrument pelaburan, crypto currency ( mata wang digital) turut mengalami harga turun dan naik. Seperti pelaburan lain, crypto currency juga mempunyai risiko. Ketika anda melakukan pelaburan pastikan anda sanggup menghadapi risiko turun naik nilai pelaburan anda. Tiada jaminan harga crypto currency ( mata wang digital ) akan terus naik dan kekal tinggi.

Dalam keghairahan dunia crypto currency atau mata wang digital ini, wujud golongan scammer yang memburukkan crypto currency dalam nama bitcoin dan Ethereum ini. Terlalu ramai golongan scammer ini, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.


Untuk mengelakkan terjebak dalam golongan scammer ini ada pelbagai butiran yang harus diambil kira bagi memastikan sama ada golongan ini adalah golongan pemain crypto currency atau mata wang digital yang genuine (sah) atau tidak. Butiran penting ini akan diterangkan secara terperinci dalam artikel seterusnya selepas ini.



Terima kasih.



Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...