Sabtu, 14 Mac 2020

MASA UNTUK BELI & BELI BITCOIN & WANG DIGITAL / KRIPTO


GRAFF MERAH menunjukkan penurunan, dalam pelaburan saham, mata wang digital, hartanah atau apa sahaja berbentuk pelaburan, ketika graph merah adalah waktu paling sesuai untuk mula membeli dan melabur

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ketika ini anda akan melihat graph saham atau pasaran saham melalui penurunan yang ketara terutama bidang penerbangan dan hotel serta industri yang melibatkan pelancongan. Ini adalah kesan sampingan dari virus yang sedang menyerang dunia iaitu CORONA VIRUS dan COVID19.

Graph yang menunjukkan penurunan ini berwarna merah, lebih teruk turun selama beberapa hari dan minggu, graph ini akan menjadi lebih merah warnanya. Malah anda boleh lihat keseluruhannya menjadi merah.

Ada juga graph yang menunjukkan keseluruhan berwarna hijau, ini menunjukkan graph tersebut menunjukkan kenaikan berterusan. Warna hijau menunjukkan waktu yang amat sesuai untuk menjual.

Ketika kemelut Covid19 ini, ramai yang mula menjual pemilikan saham masing-masing. Pelabur yang pakar biasanya menunggu saat ini, ketika graph saham menunjukkan penurunan ketara (warna merah menyala), mereka akan membeli saham murah ini sebagai pelaburan akan datang.

Sebagai contoh mudah saham syarikat penerbangan seperti Air Asia, contoh jenama popular syarikat penerbangan Malaysia. Ketika saham ini mahal, ramai yang mengadu tidak mampu memilikinya kerana tidak cukup modal. Ketika berlaku corona virus semua saham penerbangan terkena tempias termasuk saham AIR ASIA, dan ketika ini para pelabur pakar menunggu saham itu terus jatuh untuk membeli dan memilikinya.

Kenapa pelabur itu menunggu dan lebih suka graf penurunan harga saham Air Asia?. Ini adalah lebih murah harga saham lebih banyak unit mereka akan miliki saham Air Asia. Mereka tahu selepas reda dan pulih CORONA VIRUS & COVID19. Manusia tetap akan semangat untuk pergi bercuti dan menaiki penerbangan keseluruh dunia.  Lebih-lebih lagi percutian dan penerbangan terus menjadi trend masyarakat hari ini dan ketika ini saham penerbangan seperti AIR ASIA akan melonjak semula.

4 Contoh bentuk-bentuk graph yang menunjukkan warna merah wujud dimana waktu harga jatuh dan bagus untuk beli

Seperti saham yang ada turun naik, sebaiknya di beli ketika harga rendah, begitu juga dengan mata wang kripto / mata wang digital.

Perkara ini bukan sahaja terpakai kepada pemilikan saham, wang digital malah kepada industri hartanah dan emas juga. Beli ketika harga murah, ketika semua orang sibuk menjual kerana ketakutan dan trauma. Simpan tunai, beli ketika ia merah, jual ketika ia hijau menyala dan menunjukkan kenaikan ketara, tunai keuntungan akan digunakan ketika graph mula menunjukkan warna merah dan beli. Ingat pesan ramai pakar pelaburan yang telah menjadi kaya 'when its blood, its time to buy'. Apabila ia merah, ia masa untuk beli.

Contoh emas, ketika harga rendah, masa untuk beli. Ketika harga emas naik masa untuk jual emas yang dibeli. Pemilik stesen minyak yang biasa mendapat kesan akibat penurunan harga minyak, jika mempunyai simpanan emas boleh menjualnya ketika harga emas naik. Ini kerana dalam prinsip ekonomi kebiasaannya, ketika harga minyak turun, harga emas akan naik. Ketika harga minyak naik, emas akan turun. Keuntungan dari jualan minyak, seeloknya dibeli emas ketika harga emas turun, sekurang-kurangnya ketika minyak turun, harga emas yang naik boleh menampung kos operasi stesen minyak yang menghadapi turun naik harga minyak.


harga mata wang digital / mata wang kripto pada 13hb Mac jam 10.40am

Sekarang kita kembali kepada mata wang kripto / mata wang digital. Berulang kali ditegaskan, mata wang kripto / mata wang digital ini, di Malaysia dikategorikan sebagai ASET DIGITAL.

Beli wang kripto / wang digital ketika harga murah, dan jual ketika harga tinggi. Dengan kata lain, ketika harga murah, graph berwarna merah beli, ketika harga naik, graph berwarna hijau jual.

Inilah yang berlaku pada minggu lepas, harga mata wang digital turun selama seminggu. Sewajarnya pada ketika ia turun dan menunjukkan graph merah, masa untuk beli tambah wang kripto dan digital yang ada. Jika anda tidak mampu membeli bitcoin ketika harga RM40,000, beli ketika ia harga RM23000.

Alhamdulillah ada beberapa pelabur yang mengikuti apa yang telah di pelajari dan di syorkan oleh pakar pelaburan dunia tidak kira dalam apa bidang sekali pun.

Bagi yang cemas dan mengikut emosi, ketakutan dalam proses ini menjual dengan harga rendah kemudian apabila melihat graph hijau mula menaik dan kerap mula membeli, jangan salahkan nasib hanya kerana melihat kawan atau kenalan anda yang dapat membeli mata wang kripto dengan harga murah.
harga mata wang kripto pada 14hb Mac jam 8.05am

Saya mengenali beberapa orang trader mata wang kripto / mata wang digital. Trader ini biasanya mereka yang memiliki modal lebih 100,000 dalam jual beli mata wang kripto.

Anda harus faham sikit wang modal, sikitlah keuntungan. RM10 dengan keuntungan 20% hanya RM2, RM10 ribu dengan keuntungan 20% ialah RM2 ribu dan RM100 ribu dengan keuntungan 20% ialah RM20 ribu.

Dengan kata lain. RM10 dengan keuntungan RM2, memang anda tak akan nampak apa-apa. RM100 dengan keuntungan RM20 juga anda tidak nampak apa-apa. Namun sekurangnya ada dari tak ada.

ini contoh pelabur yang berjaya membeli mata wang kripto pada 13hb dan berpuas hati melihat harga mata wang kripto pada 14hb. Beliau sudah mempunyai target naik berapa peratus % terus beliau akan jual.

Ketika anda melakukan pelaburan, anda harus ada target berapa anda ingin capai. Jangan terlalu tamak dan mengikut emosi.

Ia sekurang-kurangnya dalam satu hari anda mampu mendapat lebih dari 15% keuntungan dan anda terus jual jika anda takutkan risiko. Namun realiti hari ini mereka yang mendapat banyak keuntungan dalam bidang pelaburan adalah mereka yang belajar dari pengalaman hari demi hari, bagaimana kerugian berlaku dan bagaimana keuntungan di dapati. Pelaburan jangka panjang dan menjual ketika market betul-betul hijau (bull) adalah digalakkan.

Belajar perlahan-lahan, anda tidak perlu mengikut sesiapa kerana hanya ada sahaja tahu kedudukan kewangan anda. Ukur baju di badan sendiri. 

Semoga artikel ini membantu anda.


Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...