Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Menulis sesuatu yang Nampak mudah, namun hanya penulis dan
blogger yang lebih mengetahui.
Satu artikel setiap hari ,terlihat begitu senang, namun memerlukan
usaha dan daya tahan yang tinggi untuk melaksanakannya.
365 artikel setahun, itu bukan perkara yang sesenang
menyalakan api, ia pasti dipersetujui oleh ramai penulis dan blogger di dunia
ini.
Tidak semudah memegang pen, menulis memerlukan idea dank
ketenangan. Memerlukan catatan pengalaman dan ‘hati’ yang harus hadir dalam
penulisan, kecuali anda ialah penulis atau blogger ‘copy paste’ yang tidak
pernah ada hati untuk wujudkan identity tersendiri.
Dari menulis suka-suka sebagai hobi, menjadi satu ‘passion’
akhirnya Berjaya menulis lebih 300 artikel dari 111 artikel setahun, ini apa
yang SAYA LAKUKAN untuk menjadikan ia REALITI.
1. Ingat Sasaran Dan
Target Blogging
Ketika melihat blog sendiri, perkara pertama yang terlintas.
Wajib menulis satu artikel pada hari ini. Andai hari itu telah terlepas, lihat
tarikh hari ini dan pastikan jika telah 20hb maka 20 artikel wajib ditulis dan
terpapar diblog. Kurang artikel maka bersungguh untuk melunaskan hutang artikel
tersebut. Terlepas bulan ini target di bawa ke bulan hadapan, lebih 30 artikel
akan ditulis di bulan hadapan. Hutang artikel harus di bayar.
2. Rajin Membaca dan
Mengkaji
Anda tidak akan mampu menulis tanpa menambah ilmu dan rajin
membaca. Menulis memerlukan idea. Idea tidak mungkin datang sendiri. Maka
membaca, mengkaji, berbual, melayan soalan yang ‘cerdik’ dan ‘logik’ itu harus.
Setiap jawapan dan ilmu yang dibaca dan dikaji merupakan idea terbaik dalam
penulisan. BIjak dalam memahami dan mengolah satu artikel datang dengan
kerajinan anda membaca sesuatu yang bermanfaat. Cara tulisan anda menyerlahkan
sisi ‘kefahaman’ anda dalam sesuatu perkara dan penyampaian anda dalam satu
artikel memberitahu emosi anda ketika itu.
3. Kurang Melayan Emosi
Dan Berdebat
Malas , tiada mood, bosan, lemah dan ‘down’ ialah emosi
biasa setiap individu. Bohong jika dikatakan anda tidak pernah ‘down’ dan
merasakan ‘tidak Nampak apa-apa’ hasil dari hobi anda walaupun ia terang-terang
memberi hasil namun tidak ‘gah’ seperti individu lain yang anda bezakan.
Kurang berdebat dengan sesiapa sahaja. Membiarkan mereka
dengan cakap-cakap dan pandangan mereka akan mengfokuskan anda dengan apa yang
anda lakukan.
Menulis memerlukan emosi yang tenang. Anda harus didik diri
anda untuk menulis dengan ketenangan itu. Usah dilayan emosi anda. Biarkan
sahaja cakap-cakap individu yang tidak menambah baik ‘hidup’ anda itu terbang
begitu sahaja.
4. Simpan ‘energi’ Anda
Usah sesekali dilayan mereka yang negative. Mereka yang
hanya tahu memberi kritikan yang lansung tidak membina apa lagi mereka yang
tidak habis-habis memuji diri sendiri namun tidak pernah tahu and Nampak apa
yang anda buat.
Abaikan cakap mereka hatta mereka insan terdekat anda sekali
pun. Simpan energy anda. Menulis memerlukan energy yang banyak. Ia menggunakan
otak dan ‘mudah’ penat. Idea yang dikerah, ketenangan yang cuba diwujudkan,
ayat yang perlu digunakan, otak yang perlu memproses maklumat amat memerlukan
energy yang bukan sedikit.
Maka jangan sesekali buang masa anda menjawab atau melayan
karenah yang membuang energy dan masa anda. Diam atau bangun , paling terbaik
abaikan terus. Don’t wasting your time anymore. Manusia hanya ingin dengar apa
yang mereka mahu dengan, hanya ingin cakap apa yang mereka ingin cakapkan. Biarkan.
5. Kurang Aktif Di Media
Sosial
Realitinya , media social akan mengambil masa anda yang
banyak.
Facebook akan membuatkan anda menghabiskan masa berjam-jam
tanpa sedar.
Instagram akan menyebabkan mata anda tertumpu kepada setiap
gambar yang menarik.
Kuasa tarikan media social amat kuat.
Kurangkan masa anda di media social kecuali hanya untuk
berkongsi artikel anda dan mengambil ilmu bermanfaat sahaja.
Scroll facebook anda cepat-cepat atau hanya lihat wall
mereka yang memberi inspirasi pada anda. Tambah ilmu anda dengan mengikuti
mereka yang sesuai dengan sasaran ‘impian’ anda.
Hanya lihat wall mereka yang memberi informasi bermanfaat
semata-mata.
Mula fikirkan apa artikel wajib anda tulis hari ini selepas
anda selesai membaca wall mereka yang memberi semua sumber ‘ilham’ kepada anda.
Ia tidak mungkin mengambil masa lebih satu jam sehari.
Namun paling terbaik, cuba hanya login ke akaun media social
anda sekali seminggu sahaja.
Anda boleh membaca perkongsian mereka yang berpengaruh
kongsikan terus untuk seminggu dalam sehari.
Ilham anda untuk seminggu akan datang akan lahir dari situ.
Semenjak saya melakukan ini, waktu ‘terbuang’ di facebook
berkurang jauh lebih banyak.
6. Kurang aktif di Group
Whatapps dan Telegram
Bertahun aktif di group whatapps dan telegram. Akhirnya
tahun 2017, saya mengurangkan keaktifan menjawab soalan di group.
Ia. Berjam masa di habiskan menjawab soalan. Masa untuk
memberi individu lain menjawab.
Ditawarkan sebagai admin beberapa group kesihatan namun
ditolak dengan hormat dan cara baik.
Tahun 2017 menyaksikan pengurangan keaktifan yang ketara
.
Pada tahun 2018, hanya satu atau 2 group whatapp sahaja akan
aktif.
Hujung tahun 2017 , telah banyak group whatapp dan telegram
di ‘padamkan’ dari telefon bimbit untuk memberi lebih focus kepada blog dan
perniagaan untuk tahun 2018 dan seterusnya.
7. Jarang Membalas
Whatapps dan Mesej
Tahun sebelumnya, whatapps dan mesej dijawab secepat
mungkin. Siap tunggu balasan lagi. Apa sahaja soalan dijawab panjang lebar,
termasuk soalan pembaca blog.
Sayang sekali, cara ini mengambil banyak masa yang panjang
malah menjejaskan ‘emosi’ dan boleh mengakibatkan ‘tekanan’ sekaligus keletihan
menaip di telefon bimbit.
Bayangkan anda menjawab soalan hanya untuk seorang yang
bertanya namun membabitkan emosi yang hanya tuhan yang tahu.
Tahun 2017, pertanyaan di whatapps atau mesej hanya dijawab
pendek dengan jawapan , ‘nanti saya jawab’ , ‘boleh search dalam blog’ kemudian
jawapan itu akan ditulis didalam blog secara lebih terperinci untuk dibaca oleh
jutaan pembaca seluruh dunia. Ia lebih mudah dan memberi ketenangan ketika
menjawab dan mengurangkan ‘emosi tertekan’ berbanding ketika menjawab di
whatapps. Kebiasaanya penanya soalan tidak faham keadaan kita ketika itu sama
ada sibuk, memandu, sedang memikirkan pelbagai isu, kurang sihat dan pelbagai
lagi. Malah menjawab dalam artikel blog jauh lebih kurang risiko ‘salah faham’
dan lebih senang difahami berbanding menjawab di ‘mesej’ atau whatapps.
Hanya mesej dan whatapps penting (kecemasan) sahaja dibalas serta merta dari pembaca blog dan para
pelanggan yang ingin membeli produk yang diiklankan.
8. Memotivasikan diri
sendiri dengan menulis
Ia, ada banyak cara untuk anda memotivasikan diri sendiri.
Salah satu cara ialah menulis untuk diri sendiri artikel motivasi.
Itu cara yang digunakan untuk menambah lagi artikel motivasi
dalam blog ini. Tulis sesuatu untuk diri anda bukan sahaja mengurangkan rasa
‘down’ malah menambah semangat anda dengan lebih cepat.
Malah menulis terbukti dapat mengurangkan stress malah satu
cara yang bagus untuk mengurangkan tekanan.
Ingin diingatkan hanya tulis yang positif-positif. Jangan
menulis ketika anda marah. Ketika menulis hanya bayangkan yang indah-indah
sahaja dan anda pasti akan menulis artikel yang penuh keindahan.
Dengan melakukan semua perkara ini, Alhamdulillah. Sasaran
lebih 300 artikel akhirnya tercapai. Semua ini juga atas keizinan tuhan yang
sentiasa memberi idea dan kesempatan dari pelbagai segi termasuk kekuatan dalam
meneruskan perjuangan blogging.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan