Isnin, 19 Februari 2018

Idea Aktiviti Masa Cuti @ Terluang



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masa cuti atau hari minggu kebiasaannya akan diluangkan bersama keluarga, rakan-rakan atau insan tersayang.

Hari minggu juga ialah hari untuk memanjakan diri dan tubuh sendiri atau 'me time'.

Ramai lebih suka melakukan aktiviti sihat seperti bersukan, berjogging, mandi pantai, berjalan mengelilingi taman dan menikmati makanan diluar ketika cuti dan hujung minggu.

Selain aktiviti diatas melakukan aktiviti menyediakan stok untuk makanan sihat atau meal prep juga kebiasaannya turut dilakukan pada hari cuti atau minggu.

Kebanyakan suri rumah juga melakukan perkara yang sama, memasak stok yang banyak sebelum disimpan dan dibekukan di dalam peti ais. Perkara ini tentu jauh lebih menyenangkan, selain menjimatkan masa.

Hari cuti baru-baru ini, dihabiskan dengan mengukur lebih 20 biji kelapa hasil tanaman sendiri.

Oleh kerana ia kelapa gading atau jenis kecil, ia tidak sesuai menggunakan mesin kelapa yang tersedia dirumah. Asyik tercampak dan melukakan tangan, lebih-lebih lagi mata mesin kukur itu jenis besar atau untuk kelapa besar. Maka, kukur kelapa digunakan untuk mengukur 20 biji kelapa.

Hari pertama 10 biji kelapa, dan hari esoknya 10 biji kelapa lagi. Semua stok kelapa ini dikukur dan disimpan dalam peti.

Perbezaan ketara yang kelihatan apabila mengukur kelapa ini, tiada banyak sisa hampas kelapa kerana ia dicuci dan diambil habis dari matak kukur. Kelapa muda jauh lebih lembut dan lembab sekaligus amat sedap ketika dibuat lempeng kelapa.

Lebih-lebih lagi kelapa muda ini baru dipetik dan air kelapa juga terasa amat manis. Untuk petua lempeng kelapa muda sedap anda perlu gunakan air kelapa untuk bancuhan supaya ia lebih manis enak dan lemak.

Beberapa biji kelapa muda turut dikikis isinya dengan sudu dan dibuat smoothie buah-buahan bersama kelapa. Antara resepi smoothie kelapa yang dicuba ialah campuran smoothie kelapa muda dengan buah nenas pada hari pertama, dan hari kedua campuran kelapa muda dan mangga di hias buah goji berry. Memang sedap dan lemak. Anda patut mencubanya.

Stok kelapa muda dan kelapa yang hampir tua yang dikukur disimpan didalam peti ais. Mujur peti ais rumah ini ada 2, maka tiada isu tempat simpanan stok. Beberapa biji kelapa turut diberi ke beberapa buah jiran sebagai buah tangan.

Adalah lebih baik anda membeli kelapa dan kukur sendiri kerana ia lebih segar berbanding anda membeli santan kelapa yang anda sendiri tidak tahu kesegaran kelapa itu sendiri.

Jika anda melihat sendiri situasi di pasar-pasar, untuk penjimatan kos peniaga santan mencampurkan kelapa lama dan kelapa yang lebih elok untuk mengelakkan pembaziran.

Terlalu berbeza santan dan kelapa dipasar berbanding kelapa yang baru dipetik apa lagi kelapa muda.

Beberapa hari ini sarapan pagi saya hanya lempeng kelapa dimakan bersama gula perang, lempeng kelapa dicicah kari ayam organik. lempeng pisang kelapa, nasi lemak, lepat pisang dan pelbagai lagi resepi berunsur kelapa.

Kelapa ialah pokok tradisi yang kaya khasiat dan manfaat. Malah tempurung kelapa turut digunakan oleh saya (hanya beberapa biji) sebagai mangkuk smoothie dan mangkuk untuk bancuhan skrub dan lulur.

Cadangnya saya ingin membakar beberapa tempurung kelapa untuk dijadikan arang, namun ia memerlukan tempurung kelapa yang tua, namun ibu saya awal-awal telah membuangnya. Insyaalah ada rezeki akan datang saya sendiri akan membuat arang sendiri.

Banyak khasiat dan manfaat dari sepohon kelapa, saya akan menulis khasiat dari buah kelapa, air kelapa dan segalanya dalam artikel akan datang. Insyaallah.

Jika anda menanam pokok kelapa, jangan lupa manfaatkan ia dan selamat mencuba masakan berasaskan kelapa dari hasil tanaman sendiri juga air tangan sendiri.

Mengukur kelapa itu tidak sesukar mana walau ia untuk 10 biji janji kukur kelapa itu tajam.

Sempena baru belajar membuat video,  saya sengaja abadikan aktiviti dalam satu hari mengukur kelapa,  memasak lempeng kelapa dan membuat Smoothie kelapa ini dalam video ringkas di bawah.




Jangan pelik, ia diambil oleh saya sendiri menggunakan handphone,  maka hanya satu tangan sahaja nampak seperti mengukur kelapa,  sebenarnya saya menggunakan 2 tangan ok.


Sila terima hakikat saya masih baru belajar membuat video.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...