Assalammualaikum dan salam
sejahtera.
Minyak pati ialah bahan asli dan
semulajadi yang digunakan berkurun lampau dalam bidang meditasi dan perubatan
malah masakan.
Minyak pati adalah unsur utama
dalam kecantikan asli. Bahan semulajadi dari pati pelbagai tumbuh-tumbuhan ini
adalah bahan utama penjagaan kecantikan dan kesihatan zaman berzaman dan
digunakan bertahun lampau sama ada dalam perubatan yunani, Ayurveda, peradaban
Mesir dan perubatan islam sendiri.
Kini terdapat ribuan minyak pati
yang anda boleh dapati di pasaran. Apa yang membezakan sama ada ia betul-betul
asli atau tidak.
Melihat video yang dikongsikan
oleh DR.AXE mengenai minyak pati dalam video beliau bertajuk DANGERS OF Essential
Oils : Top 10 Essential Oil Mistakes to Avoid, disenaraikan apa yang ditekankan
oleh Dr.Axe mengenai minyak pati ini.
10 Kesilapan Yang Harus anda Elakkan Mengenai Minyak Pati
1. Anda fikir anda harus tahu segalanya mengenai minyak pati.
Kebanyakan inidvidu merasakan
mereka perlu tahu semua perkara mengenai minyak pati sebelum mula menggunakan minyak
pati dalam kehidupan mereka untuk kesihatan, kecantikan juga penjagaan diri.
Dr.Axe mengesyorkan untuk anda
bermula dengan ilmu mengenai 5 jenis minyak pati iaitu :-
- Minyak pati frankincense (luban atau kemenyan arab)
- Lavender
- Lemon
- Peppermint
- Tea tree
2. Memberi Informasi dan Penerangan yang Salah
Minyak pati ialah ‘potent’. Ia
bermaksud powerful form atau minyak pati dari bahan semulajadi yang berkuasa
dan pekat dari penghasilan ekstrak tumbuhan yang banyak. Ia mempunyai kimia
tertentu. Jika ia salah digunakan ia akan memberi kesan sampingan kepada tubuh
mengikut jenis minyak pati itu sendiri. Paling penting anda harus ada asas
dalam penggunaan minyak pati dan bijak menyesuaikan dengan tubuh dan cara hidup
anda.
3. Anda Mengabaikan Kualiti Minyak Pati
Ditegaskan dan
diulang beberapa kali. Kualiti minyak pati adalah berbeza dari satu jenama ke
satu jenama. Terlalu banyak minyak pati yang dilabelkan 100% semulajadi namun
realitinya berbeza. Bayangkan anda boleh mendapatkan minyak pati dengan harga
yang murah sedangkan jika anda selidiki untuk mendapatkan sebotol minyak pati
5ml memerlukan ribuan Bunga dan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan.
Anda juga harus peka adalah tumbuh-tumbuhan itu disembur racun atau tidak. Bagaimana proses ekstrak pati minyak pati tersebut dan pelbagai faktor lain yang harus diambil kira.
Terlalu banyak
minyak pati fake atau palsu di pasaran yand dicampur bahan lain. Belajar cara
mengenal dan mendapatkan minyak pati yang berkualiti. Asas paling utama nama
syarikat, founder, lading mereka dimana, cara tanaman dan pengekstrak yang
dilakukan untuk mendapatkan mnyak pati.
4. Menggunakan Minyak Pati Sensitif kepada
cahaya matahari ketika siang hari
Sila pastikan
anda mengelakkan menggunakan minyak pati ini ketika berada di panahan cahaya
matahari jika anda tidak ingin kulit anda sunburn atau mengakibatkan alergi
yang tidak diingini.
Pastikan anda hanya menggunakan minyak pati ini pada waktu
malam sahaja.
- Lime atau limau nipis
- Orange atau oren
- Bergamot atau bergamot
- Grape fruit atau limau gedang
- Cumin atau jintan putih
5. Menggunakan Semua Minyak Pati Dengan Cara
Yang sama
Harus
diingatkan disini tidak semua minyak pati boleh digunakan dengan cara yang
sama.
Bukan semua
minyak pati boleh digunakan untuk dalaman. Tidak semua boleh digunakan dalam
makanan atau masakan.
Tidak semua
boleh digunakan untuk jangka waktu lama dan ada yang hanya boleh digunakan
untuk waktu terhad atau pendek sahaja.
Tidak semua
minyak pati boleh digunakan terus ia harus dibancuh terlebih dahulu kecuali
minyak pati itu ialah minyak pati yang telah sedia diadun atau blend essential
oil.
Tidak semua
minyak pati boleh digunakan terus ke kulit walaupun minyak pati tersebut ialah
ramuan untuk kecantikan kulit.
6. Menggunakan Minyak Pati Terlalu Lama dan Dalam Jangka masa lama
Anda hanya
boleh menggunakan diffuser yang user friendly atau mudah diguna pakai dan
dirancang untuk 8 jam. Elakkan lebih dari jangka masa 8 jam ini.
Jika anda
menghidu secara terus pastikan ia tidak lebih dari 5 minit.
Sesetengah
minyak pati tidak digalakkan digunakan untuk dalaman dan secara terus untuk
jangka masa yang lama. Sila ambil perhatian jenis minyak pati ini.
7. Anda Berfikir Bahawa Minyak Pati SELAMAT
untuk Binatang Peliharaan
Realitinya
tidak semua minyak pati selamat untuk haiwan kesayangan anda. Sila GOOGLE
dahulu sebelum anda menggunakan minyak pati tertentu kedalam diffuser jika anda
mempunyai haiwan kesayangan sama ada kucing atau anjing .
Minyak ini
sama sekali tidak disyorkan jika anda mempunyai binatang peliharaan :-
- Birch
- Clove
- Oregano
- Tea tree
- Tyme
- Wintergreen
Minyak PATI
jenis ini selamat untuk anjing :-
- Lavender
- Frankincense
- Helichrysum
8. Anda Menggunakan Dan Merasakan semua minyak pati selamat digunakan oleh
golongan Dewasa Dan Kanak-kanak
Tidak semua minyak pati selamat
digunakan keatas kanak-kanak. Contoh minyak yang harus dielakkan keatas bayi
dan kanak-kanak ialah lemongrass dan oregano. Sila elakkan dan jauhkan ia dari
kanak-kanak.
Sesetengah minyak pati harus di
guankan secara berbeza seperti harus di dilute (Campurkan dalam carrier oil
seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara), dan harus diletakkan dibahagian
tertentu ditubuh. Ada bahagian sesetengah tubuh juga tidak boleh diletakkan
jika ia masih bayi dan kanak-kanak.
9. Tidak Menggunakan Minyak Pati
Lansung Ketika Mengandung kerana Bimbang dan Takut
Anda harus tahu bahawa beberapa
jenis minyak pati juga boleh menyebabkan :-
- Konstraksi
- Menyebabkan keguguran atau pendarahan
- Menganggu hormone termasuk estrogen
Minyak pati berikut harus
dielakkan ketika mengandung :-
- Cinnamon
- Clove
- Birch
- Clary sage
- Fennel
- Wintergreen
- Myrrh
10. Tidak Mengemaskini Diri anda dengan latihan atau ilmu mengenai minyak
pati
Jika anda bercadang menjual atau
mempromosikan minyak pati pastikan anda menghadiri beberapa latihan atau kelas
mengenai cara dan penggunaan minyak pati.
Alternative lain anda boleh
menambah ilmu dengan membaca pelbagai blog dan melayari youtube. Ilmu dan
pengguanan Minyak pati tidak sesukar yang anda bayangkan . Adalah disyorkan,
anda mengoogle setiap nama minyak pati atau baca buku rujukan minyak pati yang
diberikan sebelum anda menggunakan minyak pati tersebut.
Pengalaman Saya sebagai Pengguna Minyak Pati Young Living Oil dan kini sebagai perunding Minyak Pati Young Living Essential Oils
Belajar menggunakan minyak pati
asli dari jenama YOUNG LIVING atau Young Living Essential Oil semenjak 2015,
ketika itu menghadapi masalah eczema dan mengharung proses Topical Steroid
Withdawal (TSW), minyak pati pertama yang saya beli ketika itu ialah minyak
pati lavender.
Ia harus dicampur carrier oil
(anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan jojoba oil, minyak zaitun, minyak
kelapa).
Pada masa itu harga minyak pati
lavender 15ml Young Living Essential Oil ialah dalam anggaran RM99 ke RM128
sebotol 15ml ia berubah harga seiring kenaikan USD ketika itu.
Ia agak mahal jika dilihat pada
15ml namun anda hanya memerlukan 10 titik minyak pati lavender untuk dicampurkan
dalam botol 30ml bersamaan 15ml itu saya boleh gunakan untuk 500 ml minyak
kelapa dara.
Bagi anda yang tidak tahu, minyak
kelapa dara meninggalkan bau tengit pada baju jika dipakai, apabila menambah
minyak pati lavender ini ia mengurangkan bau tengik sekaligus minyak pati
lavender juga terkenal dalam merawat masalah kulit termasuk alergi dan eczema.
Setelah habis satu botol, saya
membeli satu botol lagi minyak pati lavender , kemudian minyak pati lemon dan
seterusnya minyak pati stress away.
Setelah menggunakan minyak pati
ini dan berpuas hati serta rajin membaca dan melakukan research mengenai jenama
YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS, saya akhirnya menjadi ahli dan bercita-cita
menjadi salah seorang perunding Berjaya untuk jenama Young Living Oils ini.
Saya akan menulis lebih banyak
artikel mengenai minyak pati, keistimewaan dan cara penggunaan minyak pati ini dalam
lebih banyak artikel akan datang.
Jika anda berminat menggunakan
minyak pati ini dan ingin membeli minyak pati YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL ini
anda boleh terus whatapps ke
016 276 2636
Untuk pembelian dan konsultansi.
Ingin ditegaskan disini, ketika
ini terdapat terlalu banyak produk fake atau tiruan dipasaran termasuk produk
YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS.
Sila jauhkan produk tiruan dan
fake ini. Pihak IBU Pejabat Young Living Essential Oils telah meletakkan harga
standard untuk ahli dan harga dipasaran adalah berbeza dan lebih murah dari
harga ahli ini belum termasuk kos pengeposan kepada ahli.
Adalah tidak logic harga seperti
itu dijual dipasaran terutama secara atas talian. Ahli Young Living Essential
Oils hanya dibenarkan meletakkan harga paling rendah dengan tambahan 10% dari
harga asal.
Anda harus tahu kesan menggunakan
produk tiruan pada kesihatan.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan