sempat menjeling cendol durian sementara menunggu masa untuk makan |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link ini Tempat Makan Best di Melaka Part 6.
Satu cendol biasa dan 2 cendol durian pilihan kami bertiga di perbuat dari santan segar dan gula melaka yang sungguh enak, saya tambah 2 kali cendol ini |
Cendol Bakar Kuala Selangor yang popular di Kuala Selangor ini kini boleh didapati di Melaka dan tempat ini terdekat berhampiran A Famosa Premium Outlet atau juga dikenali sebagai Malacca Premium Outlet.
lempeng pisang yang sungguh sedap |
Saya berpeluang menikmati cendol durian dan lempeng pisang yang sungguh sedap di Cendol Bakar Kuala Selangor ini ketika dalam perjalanan ke A Famosa Premium Outlet tempoh hari bersama sahabat saya Rima dan sepupu beliau.
sempat berselfie sebelum menikmati makanan |
Oleh kerana baru sahaja menikmati makanan tengah hari , kami bertiga hanya memesan cendol durian dan cendol biasa serta lempeng pisang sahaja.
papan tanda yang bertampal semua gambar-gambar celebriti terkenal yang menikmati makanan di cendol bakar yang sedap ini |
keratan artikel yang menceritakan populariti cendol bakar Kuala Selangor turut di papar di papan berlainan |
Antara gambar yang sempat saya ambil disini
lempeng pisang disini memang sedap terasa sangat pisangnya |
antara pemandangan yang sempat saya ambil |
Rima dan sepupu beliau sempat bergambar disini |
antara pilihan cendol yang terdapat disini |
Jika anda berada dimelaka dan mencari tempat makan best yang enak dan sedap serta happening. Ini antara tempat wajib anda singgah , dan seterusnya anda boleh membeli belah di Melaka Premium Outlet atau A Famosa Premium Outlet yang berdekatan tempat makan ini.
**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?
*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?
*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?
*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP..
CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.
Order sekarang hanya RM12 sebalang.
*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?
*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?
*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP..
CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.
Order sekarang hanya RM12 sebalang.
Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang |
CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat email ke qisyakhadeeja@gmail.com... tqvm |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan