|
Antara restoran asam pedas dan masakan kampung paling popular disini |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang, artikel ini adalah artikel sambungan dari artikel sebelumnya di link ini
TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 3
|
tulisan didinding restoran |
Jika anda berada di bandar hilir Melaka, dan tercari-cari masakan ala kampung panas anda boleh datang ke restoran ini. Tetapi pastikan jika pada hari cuti anda sampai awal kerana disini ramai pengunjung dari Singapura dan seluruh Malaysia menikmati makan tengah hari sehingga terpaksa beratur diluar. Dinasihatkan datang seawal pukul 11.30am.
|
papan menu dan harga di dalam restoran ini |
Secara peribadi masakan di restoran ini memang sedap sekali. Dari asam pedas, daging masak salai, masak lemak cili padi ayam kampung dan segala jenis menu. Paling penting restoran ini menghidangkan pelbagai menu ayam kampung. Dibawah ini antara menu-menu yang sempat saya ambil gambar ketika berkunjung ke restoran enak ini.
|
asam pedas ikan jenahak, asam pedas ikan kembung dan ikan pari turut dijual disini |
|
menu udang galah dan ketam turut dijual disini |
|
antara menu sambal dan sayur |
|
barisan menu menarik |
|
ikan cencaru sumbat juga ada |
|
ayam kampung juga terdapat disini |
|
telur dadar dan tempe |
|
juga terdapat ulam dan sambal belacan disini |
Saya berkesempatan menikmati makanan disini bersama sahabat saya Rima dan sepupu beliau dan menikmati masakan disini.
|
menu pilihan kami bertiga. |
|
sahabat saya Rima dan sepupunya bergambar |
|
daging salai bersama pucuk paku bersama nasi putih dalam RM12 |
Harga disini agak mahal sesuai dengan rasa dan cara masakannya, dari segi daging salai fresh yang dibeli menghala ke RNR Seremban yang berharga Rm55 sekilo, serta penggunaan ayam kampung didalam menu serta sayur-sayuran dan rencah rasa yang segar.
Jika anda kesini saya pasti anda akan mengidam untuk menikmati masakan disini lagi kerana bagi saya ini adalah antara restoran makanan melayu tersedap di bandar ini.
Selamat mencuba.
Terima kasih.
** ini link sambungan artikel seterusnya
Tempat Makan Best Di Melaka Part 5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan