Jumaat, 17 Jun 2016

Pengajaran dari Filem ME BEFORE YOU

bergambar disamping poster filem Me before You

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 

Telah lama saya tidak menonton wayang, tetapi baru-baru ini saya berpeluang menonton filem ringan bertajuk 'me before you' bersama rakan saya Shida. Filem ini adalah berdasarkan novel terlaris New York Times.

Banyak pengajaran yang saya ambil dari filem cinta ringan ini, amat berkesan bagi mereka yang pernah melalui detik yang diceritakan dalam kisah ini walau mungkin tidak seberat yang dilalui oleh watak hero utamanya.

Antara pengajaran yang boleh didapati ialah:-

1. Ketika hidup, pastikan anda lakukan apa sahaja yang anda ingin lakukan, tetapi pastikan tidak melukai orang tersayang.

2. Kita tiada jaminan mengenai kesihatan dan tenaga kita serta apa yang bakal berlaku, belajar bersyukur ketika anda mempunyai semua nikmat itu.

3. Cinta itu memang menyakitkan dan kecewa ketika jatuh sakit akan lebih menyakitkan terutama bila melihat insan yang dicintai berkahwin dengan teman rapat yang paling dipercayai.

4. Beza antara heroin berbaju merah dan bekas wanita teman lelaki hero ialah, heroin berbaju merah sanggup berada dalam perhubungan cinta tidak bahagia selama 7 tahun, bekas teman wanita hero pula merasakan 2 tahun bersama hero yang 'cacat' adalah terlalu lama sehingga memutuskan untuk berkahwin dengan jejaka lain iaitu rakan karib bekas teman lelaki sendiri.

5, Ketika anda jatuh sakit dan terlantar, anda akan kenal siapa kawan sebenar dan ketulusan cinta sidia selama ini.

6. Kekayaan tidak mampu membeli kesihatan, semangat sahaja tidak mencukupi untuk terus pulih. Masalah penyakit saraf tunjang adalah antara masalah penyakit yang masih belum ditemui penawarnya.

7. Lelaki sehebat, seberani dan segagah hero akhirnya tewas kepada ketidakupayaan tubuh untuk melakukan sesuatu. Pujian harus diberikan kepada watak hero yang tetap nampak tabah dan tenang walau beliau telah berusaha bersungguh-sungguh selama 2 tahun dengan rawatan fisioterapi tetapi hanya mampu mengerakkan jari sahaja.

8. Semangat dari orang tersayang dan orang yang dicintai amat berbeza. Hero telah mengambil jalan paling mudah untuk mengakhiri hidup beliau terutama setelah kekasih hati beliau memilih mengahwini rakan karib beliau sendiri.

9. Perhubungan cinta yang terjalin lama (7 tahun) , tidak bermaksud perhubungan cinta yang bahagia, pengorbanan untuk insan lain terutama keluarga pasti akan ada balasan yang baik jua.

10. Jadi diri anda sendiri, hormati pendirian insan lain dan agama yang dianuti bangsa lain, pegangan agama dan didikan agama juga berlainan. Sebagai orang islam bersyukur jika anda diberi hidayah menganuti agama islam serta menghargai nyawa yang diberi.

11. Walau kelihatan watak hero didalam filem ini 'tidak menderita' tetapi jika anda betul-betul mendalami jiwa seorang 'lelaki' yang dahulu punya segala-galanya anda akan tahu betapa tertekan hidup hero dengan kenyataan demi kenyataan dari doktor yang merawat beliau.

12. Seorang 'mak cik' yang telah berkahwin 4 kali dalam filem ini  dan masih mencari suami ke 5 ,memberi nasihat kepada heroin agar memilih hero cacat  berkaliber yang berada di kerusi roda daripada memilih seorang lelaki yang sempurna tetapi sebenarnya kurang dari segi akhlak dan timbang rasa. (fikir sendiri, jika sahabat karib yang cacat dikhianatinya, bagaimana pula isteri?)

13. Lihat filem ini dengan mendalami emosi dan letakkan diri anda dalam watak hero, anda akan tahu betapa istimewa filem ini.

14. Sesungguhnya kekayaan juga tidak mampu mengekalkan cinta.


Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...