Khamis, 3 Disember 2015

KHASIAT LUBAN ATAU KEMENYAN ARAB



Selain MANNA atau GUM ARABIC atau GAM ARAB yang tinggi khasiat seperti dalam artikel sebelum ini KHASIAT MANNA ATAU GUM ARABIC ATAU GAM ARAB

KEMENYAN ARAB atau LUBAN juga adalah antara makanan sunnah yang banyak khasiat dan berguna untuk tubuh badan sebagai antibiotik asli dan supplement yang amat berkuasa dengan izin ALLAH SWT.

Rasa LUBAN atau KEMENYAN ARAB ini agak pahit dan pedas serta kelat sedikit. Agak sukar menikmati luban atau kemenyan arab ini untuk pertama kali tetapi lama kelamaan anda pasti akan dapat menerima rasa luban dan kemenyan arab ini.

Harga luban atau kemenyan arab ini adalah dalam RM30 untuk 100gram berpandukan jenis gred dan tempat anda mendapatkan luban ini.

Dibawah ini adalah antara KHASIAT dan KELEBIHAN LUBAN ATAU KEMENYAN ARAB :-

1. Mengubati penyakit lupa terutama di kalangan golongan muda kerana faktor pemakanan dan persekitaran masa kini.

2. Amat bagus untuk otak dan sesuai sebagai makanan tambahan minda untuk kanak-kanak atau pelajar serta hafazan.

3. Turut membantu memperkuatkan penglihatan.

4.  Membantu memperkuatkan organ perut.

5.  Membantu mengurangkan kahak

6. Amat bagus memperkuatkan tulang

7.  Turut membantu mengeluarkan angin dalam badan

8. Membantu memperkuatkan fungsi otak.

9.  Turut membantu melawaskan pembuangan air kecil

10.  Membantu membersihkan hati

11. Membantu melancarkan pertuturan. dengan membantu meringankan penggunaan lidah.

12. Amat bagus di makan oleh ibu hamil.

13. Membantu mengurangkan kolesterol.

14. Turut menghentikan penyebaran sel kanser.


CARA-CARA MAKAN LUBAN ATAU KEMENYAN ARAB

1. Ambil 3 ulas luban atau kemenyan arab dan kunyah. Pahit luban itu menjadi ubat untuk tubuh.

2. Rendam 3 biji luban di dalam air kosong sebelah malam sebelum tidur. Pagi esok minum air ini sebaik sahaja bangun tidur.

3. Makan luban atau kemenyan arab dengan mencicah ke dalam madu asli sebagai makanan tambahan di waktu pagi.

4. Luban juga boleh ditambah di dalam kopi.

5. Untuk makanan kecerdasan minda anak, tambah luban ke dalam minuman coklat atau susu kegemaran anak-anak anda.

6. Harus Diingatkan disini, luban lebih bagus dikunyah seperti coklat getah untuk khasiat yang lebih bagus dan sempurna. Selepas dikunyah, sila buang sisa luban tersebut yang telah menjadi kenyal kerana bimbang ia menggangu usus atau sistem penghadaman anda.

7. Luban atau kemenyan arab juga dikenali sebagai 'chewing gum' atau gula-gula getah arab.

Dikatakan juga bahawa luban atau kemenyan arab di amalkan oleh IMAM SYAFIE yang amat terkenal dengan daya ingatan beliau yang amat kuat, sehingga akhir hayat beliau. Dikisahkan bahawa semasa kematian IMAM SYAFIE yang masyur itu masih ditemukan sisa-sisa luban di celah gigi IMAM RAHIMULLAH ini.

Malah IBNU SINA , Ahli perubatan ARAB yang popular mengesyorkan LUBAN atau kemenyan arab sebagai ubat untuk tumor, bisul, muntah dan demam.

Di BARAT atau EROPAH, LUBAN atau KEMENYAN ARAB ini lebih dikenali sebagai FRANKINCENSE. 

Minyak pati Frankincense amat popular digunakan sebagai bahan semulajadi yang berguna untuk kesihatan dan merupakan antara minyak pati yang mahal dan paling popular di kalangan peminat minyak pati itu sendiri.

Salah seorang herbalist yang saya kenali pernah memberitahu luban juga boleh menyembuhkan sakit belakang dan juga menyembuhkan tulang yang bengkok menjadi lurus kembali. Wallahualam.

Bagi anda yang menghadapi banyak masalah kesihatan, sila tambahkan luban dalam diet harian anda.

Ini sahaja perkongsian yang dapat saya tulis mengenai luban untuk setakat ini.

Sila dapatkan luban di tempat berdekatan anda.

Ini perbezaan antara Manna (Gam Arab)  dan Luban (Kemenyan Arab).  Sila rujuk artikel di bawah. 




Terima kasih.




27 ulasan:

Shuib Nasaie berkata...

Assalam, Nak tanya, mana nak beli Luban ni

Deeja berkata...

Kedai makanan sunnah@arab banyak..

Ummu Khadijah berkata...

Terima kasih berkongsi info. Boleh dapatkan luban di page Permata Muhibbin atau whatsapp +6012-940 5699.

Tanpa Nama berkata...

Da tertelan luban tu SBB hancur.xpeke..hu2

Deeja berkata...

Dah tertelan dan hancur ok je. Janji hancur. Yang bermasalah yang bergetah lagi itu kurang digalakkan. Next time boleh guna tapis sebelum minum jika bimbang ia berlaku sekali lagi.

Saya tidak menggunakan tapis.

Tanpa Nama berkata...

Tp hncur lpas kunyah. Bkn SBB rendam. LPs BC ni br x telan da

Deeja berkata...

Oh.. Actually memang tak digalakkan kunyah jika kenyal. Jika hancur banyak boleh je. Biasa jika rendam memang hancur.

Tanpa Nama berkata...

luban boleh diambil ke tidak kalau datang period

Deeja berkata...

Luban boleh di amalkan ketika period.

malaeka collections berkata...

Luban boleh membesarkan cyst tak??

Deeja berkata...

Tiada isu phytoestrogen di dalam luban. Malah ia membantu memulihkan saraf.

Cyst biasanya berkait rapat dengan hormon dan pemakanan.

Untuk hormon Manna atau gam Arab amat bagus.

Boleh cuba.

Pilihan lain. Bunga mawar merah kampung segar. Organik tanpa racun.

Unknown berkata...

Salam..sy baru amalkan luban ni 2 hari untuk anak sy..tak pasti cara sy ni betul ke tak..mohon betulkan jika tak betul..
waktu malam sy rendam luban dlm air n esoknye saya masukkan air rendaman tu dlm air susu anak2 sedikit..sy letak air rendaman tu sikit je sbb tak nak bg rase sgt bila anak mnum susu sbb sebelum ni dia tak nak mnum susu tu bla terlebih air luban..skg ni setiap kali sy buat susu, sy akan masukkan air luban tu sedikit..klau air luban tu masih berbaki, sy gunekan air tu sampai esok harinye..boleh ke sy buat mcm tu?

Unknown berkata...

Salam, sy baru amalkan luban ni 2 hari untuk anak2 sy tp tak pasti sama ada cara sy ni betul ke tak..harap boleh tolong guide sy jika tak betul..
Waktu malam sy rendamkan 5 biji luban yg kecil2 dlm 1 mug bsr air..esoknye sy akan masukkan sedikit air rendaman luban ke dlm air susu anak2 setiap kali mereka minta susu..sy letak sikit je dlm 1 oz sebab pernah termasukkan lebih air luban tu terus ank sy tk nk mnum susu sebab ade rase luban tu..jika air luban tu masih berbaki, sy akan gunekan sampai keesokan hari..betul ke cara sy ni?

Deeja berkata...

Boleh sahaja. Air Luban atau jus itu boleh digunakan untuk hati seterusnya. Ia tidak basi. Untuk lebih khasiat boleh tambah madu asli untuk puan sendiri minum air Luban itu atau anak lain yang lebih besar.

Deeja berkata...

Betul. Janji anak puan minum. Air Luban kadang ada masa lepas seminggu saya rendam pun masih saya minum. Janji gunakan air bertapis ye.

Syahira Shukri berkata...

Assalamualaikum Pn.

MasyaAllah..terima kasih atas perkongsian. Jelas dah saya yang memcari-cari perbezaan antara luban dan al-manna. Penulisan straight-to-the-point, dan padat info. Saya nak bancuh untuk air minum anak saya. Saya minta izin share link pada status FB saya ye? Jazzakillah!

Deeja berkata...

Waalaikumusalam.. Semua dari Allah. Terima kasih kerana sudi memanjangkan Info ini dari Blog saya.

Unknown berkata...

Luban adalah bahan anti radang yang bagus.. dan mampu merawat sel dalam otak.
Luban ada lebih 20 spesies, tak semua susuai dimakan sebagai tujuan perubatan atau makanan tambahan.

Deeja berkata...

Terima kasih atas Info bermanfaat diatas.

Untuk pasaran Malaysia ketika ini dikatakan bahawa Luban yang dijual adalah untuk perubatan namun berlainan gred seperti Manna.

Hanya Manna dari Sudan dipercayai boleh digunakan sebagai tujuan perubatan.

Untuk Luban, jika kita orang biasa yang mencarinya mungkin salah namun untuk yang pakar dan untuk jualan kebanyakan ialah Luban untuk perubatan.

Namun saya menghargai pandangan puan jika puan boleh memberitahu ciri-ciri Luban yang bermanfaat untuk dikongsi. Terima kasih sekali lagi.

Unknown berkata...

saya pembekal luban dari oman... ingin tahu lebih detail hubungi saya di no 01126038977

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum puan,

Boleh ke saya bagi minum air rendaman LUBAN pada anak saya?
Anak saya mempunyai masalah lambat membaca dan kurang keyakinan diri juga selalu lupa.

Deeja berkata...

waalaikumusalam. Luban memang digalakkan diajar amalkan dari kanak-kanak lagi. boleh amalkan dalam dos yang sedikit dahulu.

Tanpa Nama berkata...

salam salam puan, untuk wanita hamil, boleh start makan luban pada usia kandungan berapa minggu?

Deeja berkata...

Luban herba lembut, setakat kunyah je seketul insyallah tak ada efek berapa pun usia kandungan. Even memang digalakkan ibu hamil amalkan.

Tanpa Nama berkata...

salam puan..saya antara pesakit yang mengidap penyakit sawan dan sentiasa pening jika dalam keadaan ramai dan panas. adakah Luban sesuai untuk saya dan Luban jenis bagaimana yang sesuai dan cara mengunakan nya..terima kasih puan..

Deeja berkata...

Luban sesuai untuk penyakit saraf. Sawan juga penyakit berkaitan saraf otak. better amal setiap hari Luban raw, amalkan sekali tablet Luban keluaran bioshifax. boleh dapatkan di shopee kerana Ingredient tablet Luban bioshifax ini ada susu kambing dan buah Bidara.

makan Luban akan buat cepat lapar, that why susu kambing antara makanan sesuai untuk diamalkan bersama. saya hanya mengesyorkan tablet bioshifax dan saya tidak menjualnya.

Jangan lupa amalkan sekali Luban raw dan kunyah. selain itu air kelapa dan barli boleh menyejukkan badan dan mengurangkan panas.

Chida berkata...

Saya baru nak mengamalkan makan luban maksud kunyah tu boleh ditelan ka air luban yg di kunyah tu. Sebab ada yg kata kena luah. Yg sebenarnya luah lebihan luban yg x hancur atau apa. Pencerahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...