BLOG KETIGA SAYA www.qk99.blogspot.com |
Membuat dan membina blog. Mudah. Daftar akaun gmail kemudian mula membina blog mengikut kesukaaan anda. Tulis sahaja apa yang anda suka. Jika bernasib baik, blog anda akan dikunjungi oleh ramai pembaca, jika tidak bernasib baik, blog anda dibiarkan begitu sahaja akhirnya.
Saya mengikuti beberapa buah blog yang mempunyai pelbagai ilmu dan perkongsian menarik yang juga dikunjungi ramai pembaca. Tetapi sayang, blog-blog tersebut berbulan-bulan malah makan tahun tidak dikemaskini.
Blog-blog yang saya gemar saya kunjungi itu ditulis beberapa tahun malah ada yang ditulis hampir 5 tahun tetapi kini semakin sepi. Tidak pernah dikemaskini lagi.
Saya sendiri yang mempunyai 3 buah blog peribadi, juga kekadang hampir tidak mengemaskini blog yang ada kerana desakan masa, kekurangan data internet dan ketandusan idea serta ketiadaan mood.
Tetapi alangkah sayangnya jika anda sebagai blogger yang mempunyai ratusan malah ribuan pengunjung dan pengikut tetapi berhenti menulis terus dari blog yang memang tentu sekali di jadikan antara rujukan ramai pembaca.
Ia kena akui, memang betul masa yang semakin cepat berlalu, faktor duit dan masa juga idea, stress dengan masalah lain menyebabkan anda kadang-kala tidak ingin lagi menulis atau lemah semangat, lebih-lebih lagi jika anda hanya menulis tanpa mendapat apa-apa pendapatan dari blog.
Bukan semua orang bernasib baik mendapat pendapatan dari blog. Tetapi mungkin sudah masanya, ketika menulis blog , dalam waktu yang sama berdoa dan berharap ia memberi maklumat dan ilmu berguna serta manfaat kepada pembaca yang melayarinya.
Perkara ini mungkin agak sukar bagi mereka yang kekurangan modal untuk menulis, bukan sahaja kadang-kala laptop rosak, talian internet yang harus dibeli , gambar yang perlu diambil, masa yang perlu untuk menambah ilmu jadi adakala perkara ini tidak dapat dielakkan.
Ada perkara yang boleh membantu untuk anda terus menghidupkan blog anda. Mungkin bermula dengan anda hanya menulis sebulan sekali sehingga anda mempunyai modal yang cukup untuk kembali aktif berblogging.
Memang benar, ada blogger mempunyai cukup duit untuk berblogging tetapi tidak mempunyai masa untuk menulis, ada yang mempunyai masa tetapi ketiadaan talian internet dan ada yang mempunyai kedua-duanya tetapi ketandusan idea, ada yang mempunyai ketiga-tiga sekali tetapi kerana ada masalah soal hati dan perasaan serta stress, tangan ingin menaip pun hanya ingin tidur dan berangan meratapi hati.
Walau apa pun yang terjadi, cuba usaha untuk menghidupkan blog anda kembali. Jangan sampai anda terlupa email dan password anda.
Terima kasih kepada semua blogger yang saya ikuti penulisan di blog-blog mereka walau kini telah bertahun blog mereka sudah tidak ditulis. Saya paling suka membaca blog-blog kesihatan.
Saya sendiri tidak tahu bagaimana dunia blogging untuk saya selepas ini, tetapi saya berharap dan berdoa semoga segalanya yang terbaik di permudahkan oleh Allah untuk saya.
Terima kasih juga kepada semua pembaca dan pengikut saya yang setia membaca setiap artikel di setiap blog-blog milik saya.
Terima kasih.
3 ulasan:
betul tu, kadang2 idea ada tp masa nak menulis blog tu x de, lagi2 ada anak kecik.
betul tu, kadang2 idea tu ada tapi masa nak menaip tu x de lagi2 ada anak kecil huhuhu.
Betul tu Ashmira. Bkn mudah sebenarnya jadi blogger ni. Sokong statment u.
Catat Ulasan