Rabu, 29 April 2015

Pengalaman Bermalam di Swiss Garden Resort & SPA , Kuantan , Pahang


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah, ini adalah entry seterusnya untuk anda yang sering menjadikan blog saya ini sebagai rujukan untuk bercuti dan tempat makan.


Swiss Garden Resort & Spa

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya bermalam di Swiss Garden Resort & Spa, Sungai Karang, Kuantan, Pahang. Saya pasti ramai antara anda yang menyukai hotel atau resort ini.

Berada di kawasan Sg. Karang berdekatan pantai balok dan pantai batu hitam, hotel atau resort ini amat sesuai untuk anda membawa keluarga dan insan tersayang atau diri anda sendiri untuk berehat dan bercuti disini.

Dibawah ini adalah antara gambar dan pemandangan yang terdapat dalam resort terkenal di Kuantan ini.



pemandangan lobby dan tempat check-in

Check ini di resort ini adalah pada pukul 3petang dan keatas. Dan check up pula adalah pada pukul 12 tengah hari. Anda dikehendaki keluar pada waktu yang ditetapkan, jika terlewat caj extra rm100 akan dikenakan. Jadi sila pastikan anda mengikuti waktu arahan tersebut.

Seperti biasa tiba dilobi hotel, tersedia welcome drink untuk tetamu hotel. Ketika saya datang kesini welcome drink yang disediakan ialah air oren.


Rakan satu pejabat saya, Kak Akma dan yatie sempat duduk berposing untuk saya mengambil gambar di sofa yang disediakan di lobby hotel

Dibawah ini pula adalah pemandangan didalam bilik iaitu standard room yang saya sempat bermalam disini untuk mengulangkaji ilmu bagi menduduki peperiksaan berkaitan kerjaya saya bersama rakan satu syarikat tempat saya bekerja.  Manakala sebuah lagi gambar ialah bilik family room, yang kebetulan saya bermalam bersama keluarga saya.

pemandangan didalam bilik kami



pemandangan dari balkoni bilik kami


sempat selfie di balkoni bilik sebelum sarapan pagi dan pergi menduduki peperiksaan untuk kerjaya saya

sesekali ambil gambar didalam tandas, hehehe


barang kelengkapan diri yang disediakan pihak hotel


sempat bergambar candid dibalkoni  bersama kawan satu syarikat ,dibilik kami sekembali dari pejabat

pemandangan dari balkoni bilik kami
Oleh kerana Kuantan boleh dikatakan sebagai tempat kami, jadi kami hanya menikmati lunch di bandar Kuantan iaitu di Kotak Kalam , Kuantan sahaja. Makanan disini memang best dan murah malah pemandangan direstoran ini juga menarik. Sila singgah disini jika anda datang bercuti di Kuantan.

memang sedap spaghetti lamb dan spaghetti creamy prawn  disini 

manggo lassi disini memang pekat dan kek snowwy chesse disini juga amat enak sekali

sempat berselfie di sini, maklumlah dah lepas peperiksaan dan lulus

Seperti biasa, hari kedua disini pagi-pagi lagi sebelum bertolak ke pejabat , sahabat saya sempat mandi di Kolam renang yang disediakan. Saya hanya berposing sahaja didepan kolam mandi dengan muka orang baru bangun tidur dan menemani rakan satu syarikat saya bersuka ria. Ketika ini masih terlalu awal pagi dan jam baru menunjukkkan pukul 7pagi sedangkan kolam mandi dibuka pada pukul 8pagi sehingga 8malam. Sila jangan tiru perangai kami kerana kami ingin cepat memasuki pejabat untuk memulakan kerja.

sempat lagi selfie di kolam renang, walau muka baru bangun tidur dan belum mandi
sahabat saya kak akma dan yati sempat bergambar sebelum mandi


menikmati minuman panas didalam bilik hotel
Dibawah ini pula adalah pemandangan berikutnya didalam resort indah ini.

pemandangan cafe @ garden terrace, restoran atau tempat pengunjung menikmati hidangan

antara fun activity yang disedikan disini

beach bar

Malam sebelumnya saya dan sahabat saya hanya menikmati makan malam di Sara Thai Kitchen , Balok. Ini adalah antara restoran Thai paling popular di Balok dan masakannya juga amat terkenal disini kerana keenakannya.

singgah makan disini pada malam pertama kami bermalam dihotel
Keesokkannya sebelum kepejabat, saya sempat mengambil gambar kedua-dua sahabat saya walau kami berkejar-kejaran untuk kepejabat kerana hampir terlewat disebabkan bersukaria mandi dikolam renang.

sofa ukiran seni yang menarik hati dilobby hotel


sahabat saya yati dan Kak akma sempat bergambar di lobby hotel

Dibawah ini juga antara gambar-gambar yang diambil oleh saya dari lobby hotel @ resort ini.


pemandangan kolam renang dari atas lobby hotel

Selepas bermalam disini selama 3 hari 2 malam bersama rakan satu syarikat saya, saya bermalam pula bersama keluarga dan anak saudara saya diresort ini kerana kebetulan saya dikehendaki menjaga anak saudara saya kerana kakak saya outstation. Kami bermalam dan memilih bilik family room.

Family room ini terdapat seolah-olah 2 bilik didalamnya, 1 bilik katil queen dan satu bilik lagi 2 biji katil single dan 1 tandas. Terdapat sebuah television disetiap bilik.

pemandangan didalam bilik family room

anak saudara saya kusyuk menonton television

dalam bilik satu lagi, adik ipar saya juga kusyuk menonton television

katil kelamin didalam bilik pertama

dan 2 katil bujang didalam bilik kedua yang terdapat didalam family room ini

pemandangan didalam family room

Saya juga sempat membawa anak saudara saya , Zara bermain buaian dan bersiar-siar dipantai di Swiss Garden Resort & Spa ini.

zara gembira bermain buaian

zara sempat bersiar-siar dipantai
Seperti biasa ketiga-tiga anak saudara saya awal-awal pagi lagi sudah bermain dikolam renang.

masa untuk mandi

Irfan dan ilham sempat berposin dikolam renang

yeay!! jom kita berenang!! 

sejuknnya..


selfie di kolam renang sambil menunggu anak saudara habis mandi manda
Anda juga boleh merehatkan diri setelah penat seharian dengan mengunjungi Samsara Spa yang terdapat didalam resort ini. Dibawah ini adalah pemandangan luar spa ini.

Samsara Spa

antara bilik-bilik yang terdapat dispa ini

bilik lulur

jangan lupa datang kesini

Dibawah ini pula antara pemandangan lain didalam resort ini.

pemandangan belakang hotel ini

garden terrace yang mengadap kolam renang

tempat menikmati makanan


gambar ini diambil waktu malam- adik ipar saya dan anak saudara saya

pemandangan waktu malam dilobby hotel

ilham kusyuk berjalan dilobby hotel

air mineral turut disediakan didalam bilik begitu juga teh dan kopi

pemandangan malam didalam bilik kami


kolam renang yang luas mengadap setiap bilik 


room service menu

pemandangan dari dalam bilik , boleh lihat pengunjung menikmati hidangan lagi


Di resort ini juga terdapat kids club, dibawah ini adalah antara gambar permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan di kids club ini.




Di resort ini turut terdapat pub didalamnya

dihotel ini juga terdapat pub

Dibawah ini adalah antara pemandangan lain didalam resort ini



Dibawah ini pula pemandangan pantai yang terdapat dibelakang resort atau hotel ini.



beach bar
Seterusnya dibawah ini adalah pemandangan dilobby hotel dan juga tangga menuju the garden terrace.



Akhirnya masa untuk check-up. Sila pastikan anda check up sebelum pukul 12 tengah hari untuk mengelakkan extra caj.

kaunter pendaftaran

antara anugerah yang dimenangi resort ini
Baiklah ini sahaja yang boleh saya kongsikan dengan anda untuk entry kali ini. Jika ditanya pendapat peribadi saya antara Swiss Garden Resort & Spa , Kuantan dan Swiss Garden Golf ,Resort & Spa , Damai laut, jujur saya katakan, saya jauh mengemari dan menyukai Swiss Garden Golf , Resort & Spa , Damai Laut lagi. Ini bukanlah kerana Kuantan adalah kampung halaman saya, tetapi kerana dari segi keindahan dan segalanya memang lebih indah lagi , Swiss Garden Damai Laut lagi.

Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


Ini pula artikel pengalaman bermalam di SWISS GARDEN RESORT & RESIDENCES, APARTMENT PERCUTIAN TERKENAL DI KUANTAN CUTI-CUTI SWISS GARDEN RESORT & RESIDENCES SUNGAI KARANG KUANTAN


3 ulasan:

Si Ketam Batu berkata...

As-Salam, TQVM atas info di sini. Kebetulan saya sekeluarga juga akan ke sana pada minggu ini. Tengah cari info tempat makan yang ok sekitar Balok dan Kuantan.

Deeja berkata...

selamat bercuti si ketam batu.. semoga maklumat didalam blog ini berguna untuk si ketam batu sekeluarga.

Unknown berkata...

Hi, Berminat utk bercuti di Swiss Garden? Sy Azam Staff Dari Swiss Garden Residence KL (HQ)
Skrg kami ada buat promosi utk hotel baru kami.
Tanda terima kasih sudi dengar promosi utk Swiss Garden , kami sponser 3D2N complimentary accomodation free stay @ swiss garden kuantan or damai laut (free utk bilik je)

Berminat ingin tahu, boleh call/WhatsApp
Azam
014 817 4706

Terms & Condition :
Umur _27 above, belom pernah dpt voucher drpd company swiss garden ( bkn bank)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...