|
hiasan di bahagian luar yang berseni |
Maafkan saya hanya meringkaskan sahaja entry ini.Jika anda inginkan pilihan kek yang sedap dan kurang manis.. datanglah ke kedai kek yang paling popular di Kuantan iaitu Kula Cakes. Berhadapan benteng lama , kedai kek ini memang terkenal dengan rasanya dan hiasan keseniaan yang mempersonakan.
|
pandangan hadapan kedai kek ini |
Harga kek dan minuman di kedai ini hanya kurang dari RM10 begitu juga dengan minuman yang terdapat disini. Anda boleh memilih untuk menikmati hidangan bertemankan penghawa dingin didalam kedai kek ini atau menikmatinya sambil menikmati kesenian dengan memilih kawasan diluar bertemankan cahaya matahari atau angin dibahagian luar kedai kek ini.
|
saya dan kawan saya memilih makan disini |
Dibawah ini pula gambar yang sempat saya ambil dan antara gambar kek yang sempat saya abadikan. Untuk pengetahuan anda, bukan semua kek dipamerkan disini. Cheese cake kebanyakannya diletakkan didalam peti sejuk. Dan kek paling popular disini ialah manggo cheese cake. Tetapi bagi saya semua kek disini memang sedap dan saya amat mengemarinya.
|
pemandangan didalam kedai |
|
antara kek yang dijual disini |
|
sila beli |
|
ketika saya datang. .today's special antaranya ialah carrot cake, saya juga membeli carrot cake ii dan memang rasanya sedap sekali |
|
pemandangan didalam kedai kek ini |
|
saya memilih pavlova, carrot cake dan moist choc cake. Ketiga-tiga kek ini memang amat sedap sekali dan memenuhi citarasa saya. |
|
gred A untuk kebersihan lagi |
Di bawah ini pula adalah gambar bahagian luar kedai kek ini yang memaparkan kesenian. Saya memang suka kesenian.
|
sungguh berseni hiasan diluar ini |
|
Kula Cakes by Lila wadi |
|
sungguh artistik |
|
masa untuk menikmati kek yang di pilih - semua sedap |
|
fuh.. memang sedap sekali, kurang manis dan cukup rasa |
|
pavlova ini kurang manis dan memang sedap |
|
choc cake moist ini cukup rasa dan terasa coklatnya yang kurang manis |
|
antara carrot cake yang sedap di Malaysia |
|
jangan lupa cuba menu ini |
Hiasan disini menggunakan basikal tua yang digantung sekaligus mengambit zaman-zaman 1990an dulu. Saya amat menyukai keunikan pemandangan dan hiasan disini.
|
basikal tua yang digantung juga lukisan menambah kesenian disini |
|
tunggu apa lagi sila datang ke Kula Cakes ini segera dengan insan tersayang anda |
Jika anda berada di Kuantan. Sila pastikan anda wajib datang kesini. Terutama jika anda peminat kek. Anda pasti berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan disini. Pekerja kaunter kedai kek ini juga peramah orangnya.
Baiklah , sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan