Teh chamomile pilihan saya yang dibeli dikedai organik |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang khasiat teh chamomile.Teh chamomile adalah antara
teh tanpa kafein yang popular dikalangan pengemar teh. Tahukah anda dikatakan bahawa teh ini mampu mengurangkan migrain dan memberi efek ketenangan kepada peminumnya?. Berikut adalah antara khasiat teh chamomile
yang digemari ramai ini.
Mampu mengubati insomnia @ sukar tidur
The Chamomile boleh memberi efek ketenangan kepada tubuh dan fikiran. Sekaligus
dengan menikmati secawan teh ini akan membuatkan anda lebih tenang dan tidur
lena.
Mengurangkan Radang Kulit
The chamomile juga mempunyai efek antri radang sekaligus
mampu melawan bakteria yang menyebabkan infeksi kepada kulit termasuk bisul.
Amat sesuai bagi pengidap migrain
Pengidap migraine boleh mengamalkan meminum secawan the chamomile setiap hari.
Ini kerana teh ini mampu mengurangkan rasa mual, dan sakit kepala sekaligus
meredakan serangan migrain.
Mengatasi gangguan perut
Teh chamomile juga membantu meredakan masalah perut seperti gangguan
pencernaan, krem, pedih perut, dan ketidak keselesaan perut . Ini kerana kandungan sifat antibakteria dan
antiradang di dalam teh camomile mampu menurunkan rasa sakit di usus yang
menyebabkan pelbagai masalah perut.
sedap dan rasa tenang selepas meminumnya |
Membantu Menyembuhkan luka
Sejak zaman dahulu, teh chamomile dikenal sebagai antara ubat untuk mempercepat
penyembuhan luka.
Mencegah diabetes
Menikmatii teh chamomile tanpa gula secara rutin setiap hari baik untuk
menurunkan kadar gula dalam darah. Sekaligus mengurangkan risiko kencing manis.
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Beberapa penelitian menunjukkan , dengan
mengamal lebih dari 2 cawan teh chamomile setiap hari, maka ia akan membantu meningkatkan sistem kekebalan
tubuh kerana camomile ini tinggi kandungan anti bakteria.
Teh chamomile juga dikatakan memberi efek rasa tenang kepada peminumnya
sekaligus adalah minuman yang baik bagi wanita yang sedang haid atau mengalami
sengugut seperti kekejangan kaki dan sebagainya. Dan jika anda banyak mengunakan otak atau berfikir , anda boleh berehat sebentar dengan minum teh panas ini bagi merehatkan fikiran dan otak anda.
Walaubagaimanapun tidak semua orang sesuai mengamalkan teh
chamomile ini . Terutama kepada mereka yang mempunyai alergi
terhadap tanaman dari genus genus Ambrosia.
Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca
entry ini. Salam sayang dari saya. Love, Huge & Kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan