Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah, ini adalah entry seterusnya untuk anda yang sering menjadikan blog saya ini sebagai rujukan untuk bercuti dan tempat makan.
|
Swiss Garden Resort & Spa |
Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya bermalam di Swiss Garden Resort & Spa, Sungai Karang, Kuantan, Pahang. Saya pasti ramai antara anda yang menyukai hotel atau resort ini.
Berada di kawasan Sg. Karang berdekatan pantai balok dan pantai batu hitam, hotel atau resort ini amat sesuai untuk anda membawa keluarga dan insan tersayang atau diri anda sendiri untuk berehat dan bercuti disini.
Dibawah ini adalah antara gambar dan pemandangan yang terdapat dalam resort terkenal di Kuantan ini.
Check ini di resort ini adalah pada pukul 3petang dan keatas. Dan check up pula adalah pada pukul 12 tengah hari. Anda dikehendaki keluar pada waktu yang ditetapkan, jika terlewat caj extra rm100 akan dikenakan. Jadi sila pastikan anda mengikuti waktu arahan tersebut.
Seperti biasa tiba dilobi hotel, tersedia welcome drink untuk tetamu hotel. Ketika saya datang kesini welcome drink yang disediakan ialah air oren.
Dibawah ini pula adalah pemandangan didalam bilik iaitu standard room yang saya sempat bermalam disini untuk mengulangkaji ilmu bagi menduduki peperiksaan berkaitan kerjaya saya bersama rakan satu syarikat tempat saya bekerja. Manakala sebuah lagi gambar ialah bilik family room, yang kebetulan saya bermalam bersama keluarga saya.
|
sempat bergambar candid dibalkoni bersama kawan satu syarikat ,dibilik kami sekembali dari pejabat |
|
pemandangan dari balkoni bilik kami |
Oleh kerana Kuantan boleh dikatakan sebagai tempat kami, jadi kami hanya menikmati lunch di bandar Kuantan iaitu di Kotak Kalam , Kuantan sahaja. Makanan disini memang best dan murah malah pemandangan direstoran ini juga menarik. Sila singgah disini jika anda datang bercuti di Kuantan.
|
memang sedap spaghetti lamb dan spaghetti creamy prawn disini |
|
manggo lassi disini memang pekat dan kek snowwy chesse disini juga amat enak sekali |
|
sempat berselfie di sini, maklumlah dah lepas peperiksaan dan lulus |
Seperti biasa, hari kedua disini pagi-pagi lagi sebelum bertolak ke pejabat , sahabat saya sempat mandi di Kolam renang yang disediakan. Saya hanya berposing sahaja didepan kolam mandi dengan muka orang baru bangun tidur dan menemani rakan satu syarikat saya bersuka ria. Ketika ini masih terlalu awal pagi dan jam baru menunjukkkan pukul 7pagi sedangkan kolam mandi dibuka pada pukul 8pagi sehingga 8malam. Sila jangan tiru perangai kami kerana kami ingin cepat memasuki pejabat untuk memulakan kerja.
|
sempat lagi selfie di kolam renang, walau muka baru bangun tidur dan belum mandi |
|
sahabat saya kak akma dan yati sempat bergambar sebelum mandi |
|
menikmati minuman panas didalam bilik hotel |
Dibawah ini pula adalah pemandangan berikutnya didalam resort indah ini.
|
pemandangan cafe @ garden terrace, restoran atau tempat pengunjung menikmati hidangan |
|
antara fun activity yang disedikan disini |
|
beach bar |
Malam sebelumnya saya dan sahabat saya hanya menikmati makan malam di Sara Thai Kitchen , Balok. Ini adalah antara restoran Thai paling popular di Balok dan masakannya juga amat terkenal disini kerana keenakannya.
|
singgah makan disini pada malam pertama kami bermalam dihotel |
Keesokkannya sebelum kepejabat, saya sempat mengambil gambar kedua-dua sahabat saya walau kami berkejar-kejaran untuk kepejabat kerana hampir terlewat disebabkan bersukaria mandi dikolam renang.
|
sofa ukiran seni yang menarik hati dilobby hotel |
|
sahabat saya yati dan Kak akma sempat bergambar di lobby hotel |
Dibawah ini juga antara gambar-gambar yang diambil oleh saya dari lobby hotel @ resort ini.
|
pemandangan kolam renang dari atas lobby hotel |
Selepas bermalam disini selama 3 hari 2 malam bersama rakan satu syarikat saya, saya bermalam pula bersama keluarga dan anak saudara saya diresort ini kerana kebetulan saya dikehendaki menjaga anak saudara saya kerana kakak saya outstation. Kami bermalam dan memilih bilik family room.
Family room ini terdapat seolah-olah 2 bilik didalamnya, 1 bilik katil queen dan satu bilik lagi 2 biji katil single dan 1 tandas. Terdapat sebuah television disetiap bilik.
|
pemandangan didalam bilik family room |
|
anak saudara saya kusyuk menonton television |
|
dalam bilik satu lagi, adik ipar saya juga kusyuk menonton television |
|
katil kelamin didalam bilik pertama |
|
dan 2 katil bujang didalam bilik kedua yang terdapat didalam family room ini |
|
pemandangan didalam family room |
Saya juga sempat membawa anak saudara saya , Zara bermain buaian dan bersiar-siar dipantai di Swiss Garden Resort & Spa ini.
|
zara gembira bermain buaian |
|
zara sempat bersiar-siar dipantai |
Seperti biasa ketiga-tiga anak saudara saya awal-awal pagi lagi sudah bermain dikolam renang.
|
masa untuk mandi |
|
Irfan dan ilham sempat berposin dikolam renang |
|
yeay!! jom kita berenang!! |
|
sejuknnya.. |
|
selfie di kolam renang sambil menunggu anak saudara habis mandi manda |
Anda juga boleh merehatkan diri setelah penat seharian dengan mengunjungi Samsara Spa yang terdapat didalam resort ini. Dibawah ini adalah pemandangan luar spa ini.
|
Samsara Spa |
|
antara bilik-bilik yang terdapat dispa ini |
|
bilik lulur |
|
jangan lupa datang kesini |
Dibawah ini pula antara pemandangan lain didalam resort ini.
|
pemandangan belakang hotel ini |
|
garden terrace yang mengadap kolam renang |
|
tempat menikmati makanan |
|
gambar ini diambil waktu malam- adik ipar saya dan anak saudara saya |
|
pemandangan waktu malam dilobby hotel |
|
ilham kusyuk berjalan dilobby hotel |
|
air mineral turut disediakan didalam bilik begitu juga teh dan kopi |
|
pemandangan malam didalam bilik kami |
|
kolam renang yang luas mengadap setiap bilik |
|
room service menu |
|
pemandangan dari dalam bilik , boleh lihat pengunjung menikmati hidangan lagi |
Di resort ini juga terdapat kids club, dibawah ini adalah antara gambar permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan di kids club ini.
Di resort ini turut terdapat pub didalamnya
|
dihotel ini juga terdapat pub
|
Dibawah ini adalah antara pemandangan lain didalam resort ini
Dibawah ini pula pemandangan pantai yang terdapat dibelakang resort atau hotel ini.
|
beach bar |
Seterusnya dibawah ini adalah pemandangan dilobby hotel dan juga tangga menuju the garden terrace.
Akhirnya masa untuk check-up. Sila pastikan anda check up sebelum pukul 12 tengah hari untuk mengelakkan extra caj.
|
kaunter pendaftaran |
|
antara anugerah yang dimenangi resort ini |
Baiklah ini sahaja yang boleh saya kongsikan dengan anda untuk entry kali ini. Jika ditanya pendapat peribadi saya antara Swiss Garden Resort & Spa , Kuantan dan Swiss Garden Golf ,Resort & Spa , Damai laut, jujur saya katakan, saya jauh mengemari dan menyukai Swiss Garden Golf , Resort & Spa , Damai Laut lagi. Ini bukanlah kerana Kuantan adalah kampung halaman saya, tetapi kerana dari segi keindahan dan segalanya memang lebih indah lagi , Swiss Garden Damai Laut lagi.
Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.
As-Salam, TQVM atas info di sini. Kebetulan saya sekeluarga juga akan ke sana pada minggu ini. Tengah cari info tempat makan yang ok sekitar Balok dan Kuantan.
BalasPadamselamat bercuti si ketam batu.. semoga maklumat didalam blog ini berguna untuk si ketam batu sekeluarga.
BalasPadamHi, Berminat utk bercuti di Swiss Garden? Sy Azam Staff Dari Swiss Garden Residence KL (HQ)
BalasPadamSkrg kami ada buat promosi utk hotel baru kami.
Tanda terima kasih sudi dengar promosi utk Swiss Garden , kami sponser 3D2N complimentary accomodation free stay @ swiss garden kuantan or damai laut (free utk bilik je)
Berminat ingin tahu, boleh call/WhatsApp
Azam
014 817 4706
Terms & Condition :
Umur _27 above, belom pernah dpt voucher drpd company swiss garden ( bkn bank)