Selasa, 28 April 2015

KENAPA SIDIA BELUM AJAK KAMU KELUAR?




wah.. jika sidia sehensem ini??? gambar dari sumber http://georgenick.co.uk/Spring%202009.htm


Bilakah DIA akan ajak SAYA keluar?

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda artikel berkaitan cinta dan perhubungan yang saya perolehi dari majalah cosmopolitan. Artikel ini amat sesuai bagi mereka yang masih tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu sidia yang anda menyimpan perasaan didalam diam untuk memulakan langkah pertama. Walaupun anda dan si dia telah lama saling memandang, saling senyum sesame sendiri bila terserempak, sering keluar bersama dalam satu kumpulan. Tetapi sidia masih tidak memulakan tindakan mengajak anda keluar walau berjuta kali anda memberi ‘hint’ dan sidia juga jelas menunjukkan tindakbalas turut menyukai anda. Masalahnya mengapa sidia masih tidak mengajak anda keluar berdua atau proper date?


Antara sebab mengapa sidia belum memulakan langkah mengajak kamu keluar adalah kerana :-


1. Perkara biasa, sidia yang menunggu kamu dahulu mengajaknya keluar. Setiap kali berjumpa, dia yang berharap dan berdoa, kamu sendiri yang bertanya walau secara bergurau “bila u nak ajak I keluar?”. Ini adalah kerana sesetengah lelaki atau wanita memang inginkan sidia yang melakukan “first move”.
2. Dia tengah tunggu untuk pastikan yang kamu seratus peratus atau 200% akan keluar dengan kamu. Dia sengaja ‘buang masa’ untuk tengok dan lihat semua petanda yang kamu tunjukkan, hinggalah dia benar-benar yakin kamu akan kata “yes please” bila dia ajak kamu keluar berdua. Dan perkara begini bagi sesetengah lelaki, mungkin makan bulan atau tahun. Apa kata kamu sajalah yang ajak? Tak salah pun.
3. Dia mungkin rasa, kalau dia ajak kamu keluar dan rupa-rupanya kalian tak serasi untuk jadi pasangan, maka musnahlah persahabatan yang dah terjalin elok selama ini.
4. Dia mungkin serik dengan perhubungan lamanya, apatah lagi dia baru patah hati secara agak tragis dengan bekas kekasihnya. Jadi dia tak berani nak terus mulakan sesuatu yang menjurus ke arah lebih serius dengan kamu. Pendek kata, dia belum bersedia. Berikan dia masa untuk pulih dahulu.
5. Kemungkinan terdapat orang lain dalam kumpulan kalian ada menyimpan hati dengan kamu dan sidia tahu mengenainya. Atas semangat setiakawan, tidak mungkin dia akan cuba rebut peluang kawannya walaupun dia dah mula ada hati dengan kamu.
6. Kemungkinan bekas kekasih kamu adalah salah seorang daripada kawannya. Dan disebabkan kamu pun baru putus hubungan, dia masih menunggu untuk masa yang sesuai untuk mengajak kamu keluar. Sidia mungkin juga tidak mahu dituduh menjadi punca cinta kalian tidak menjadi, atau menjadi ‘orang ketiga.’ Ya, lelaki pun tak suka drama.
7. Atau dia memang jenis lurus. Dia dah tunjuk petanda sukakan kamu, dan kamu pun dah tak larat nak bagi hint cakap kamu berperasaan sama. Cuma dia tak terlintas dalam kepala yang dia perlu lakukan sesuatu tentangnya. Biasalah ramai jenis manusia slow bab perasaan dan tindakan lanjut dalam bab ini. Jadi kamu sendiri kena melakukan sesuatu dahulu.
8. Dan sebab terakhir, yang mungkin mengecewakan hatimu, tetapi wajib diberitahu agar kamu boleh move on. Ya, seperti dijangkakan dalam hati kecilmu itu, dia sebenarnya tidak berminat untuk ke arah perhubungan yang serius seperti diharapkan olehmu. Dia baik dengan kamu sebab dia baik dengan semua orang. Daripada terus menaruh harapan dan kelihatan desperate, sila move on dan cari insan lain yang lebih baik dan sesuai untuk anda.
Semoga sebab-sebab diatas boleh membantu dan memberikan anda sedikit ilmu untuk anda melakukan tindakan seterusnya dalam perhubungan dan perasaan anda sendiri. Sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan