buah betik yang ditanam sendiri dirumah saya |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya
yang tersayang. Selamat Menyambut Hari Pekerja untuk 1 Mei 2015 ini. Hari ini
saya ingin berkongsi dengan anda semua khasiat buah betik yang digemari ramai
ini.
Dibawah ini adalah antara khasiat buah betik yang enak ini.
1) Sebagai Makanan @ Supplement Penambah Tenaga
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan
tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab
bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus
buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang
tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang
hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
2) Penawar Bagi Sembelit dan Pengidap Buasir
Jika anda mengalami sembelit betik insyaallah boleh
membantu. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir
berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong
buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta
membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan,
bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut.
Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
3) Sebagai Pencegahan terjadinya batu di dalam
pundi kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan
bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa
yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem
kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita
dari mendapat masalah batu pada pundi kencing .
4) Mennyembuhkan sakit-sakit otot
Daun betik
yang dilayur di atas api dapat menyembuhkan sakit-sakit otot apabila dilekapkan
pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan
dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau
nipis boleh membantu.
5) Membantu
merawat masalah kulit seperti jerawat dan kedutan
Bagi merawat
masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik
tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum
mandi. Dengan memakan buah betik serta bijinya juga , ia turut membantu
mengurangkan masalah ini kerana khasiat yang terkandung didalamnya.
6) Menghilangkan
masalah tumit pecah
Betik juga
boleh digunakan untuk merawat masalah tumit pecah, yang boleh menyebabkan kaki
terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah
ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil
getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
7) Amat
sesuai dijadikan Ulam-ulaman
Daun betik
terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam dan rasanya
amat sedap terutama jika dicicah tempoyak atau sambal belacan. Selain itu, air
rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
Terbaru kajian menunjukkan jus daun betik adalah antara ubat atau ramuan
mengubati demam denggi.
8) Tinggi
kandungan vitamin c
Buah betik
yang ranum kaya tinggi kandungan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang
tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi,
fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain,
karposid, mirosin, papain dan pektin.
9) Amat kaya
dengan vitamin A
Buah betik
kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Vitamin A amat bagus untuk
kulit dan penglihatan. Nutrien -nutrien penting termasuk vitamin A yang
terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan
yang tersendiri.
10) Biji Buah Betik membantu membunuh Parasit
dan masalah kecacingan
Biji buah
betik adalah antara ubat atau ramuan untuk membunuh parasite dan masalah
kecacingan didalam usus. Dengan memakan biji buah betik segar setiap hari ,
insyaalah ia akan membantu membunuh parasite atau cacing didalam usus.
Sekaligus akan membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan yang lain. (Pengidap eczema atau yang sedang
mengharungi Topical Steroid Withdraw (TSW) digalakkan memakan biji betik mentah
yang segar sebagai supplement tambahan)
Terdapat
banyak petua menggunakan Daun betik antaranya Jus Daun betik untuk mengubati
demam denggi jika dikisar dan diminum segar. Malah pucuk betik juga jika
dicampur dengan ibu kunyit dan dikisar bersama air akan membantu mengurangkan
masalah eczema @ alahan kulit jika rajin diamalkan (mereka yang sedang mengharungi Topical Steroid Withdraw (TSW) boleh
mencuba ramuan ini). Bagi ibu yang menyusukan bayi, anda juga boleh
menggunakan petua tersebut, kerana apa sahaja khasiat yang dimakan oleh ibu
akan disalurkan dari susu ibu kepada bayinya.
Baiklah
sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini .
Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan