Selasa, 27 Oktober 2015

12 KHASIAT KULIT KAYU MANIS, KHASNYA UNTUK KAUM LELAKI


kulit kayu manis ceylon yang dibeli oleh saya dan sering dijadikan tambahan dalam minuman kopi panas

KULIT KAYU MANIS adalah antara herba paling popular dalam masakan kaum di Malaysia. Saya adalah antara yang menyukai kulit kayu manis terutama jika di isi di dalam sup kegemaran saya. 

Terkini meletakkan Kulit Kayu Manis di dalam minuman panas kegemaran seperti kopi dan koko adalah antara kegemaran saya. 

Memang jauh lebih sedap rasa minuman kopi dan koko panas dengan tambahan KULIT KAYU MANIS (saya menggunakan ceylon bukan cassia) berkali ganda dengan kopi atau koko tanpa campuran herba yang di panggil cinnamon di dalam bahasa inggeris ini.


PERBEZAAN KULIT KAYU MANIS CASSIA DAN CEYLON - imej dari google dan di edit oleh saya
Jika anda kerap menggunakan kulit kayu manis di dalam masakan atau minuman seperti saya.  Di nasihatkan agar anda memilih kulit kayu manis CEYLON kerana CEYLON lebih rendah kadar COUMARIN yang dikatakan boleh menyebabkan kerosakan hati.

Tetapi jika anda jarang menggunakan Kulit Kayu Manis. Cukup sekadar menggunakan KULIT KAYU MANIS yang biasa terdapat dalam pasaran iaitu kulit kayu manis jenis CASSIA yang jauh lebih murah.

Kulit Kayu Manis jenis CEYLON berharga RM16 untuk 100 gram. Amat mahal berbanding kulit kayu manis biasa yang terdapat di kedai runcit. Sila pastikan anda menggunakan kulit kayu manis CASSIA ini dengan kadar yang sedikit atau sesuai. 


Berikut adalah antara KHASIAT KULIT KAYU MANIS untuk perkongsian kita bersama:-

1. Herba nombor 2 yang terkenal di Amerika Syarikat dan di Eropah Barat selepas lada hitam atau black pepper ini  di katakan amat bagus mengubati batuk. Anda boleh menambah madu dengan serbuk kulit kayu manis ini untuk mengubati batuk yang di alami.

2. Seperti batuk, Kulit Kayu manis juga jika dibuat teh dan di campur lemon dan madu turut membantu melegakan sakit tekak dan selsema.

3, Air Kulit Kayu Manis dan campuran sedikit halia juga membantu melegakan sakit arthritis.

4. Paling istimewa KULIT KAYU MANIS ini juga dikatakan boleh mengurangkan risiko mati pucuk  (erectile dysfunction) di kalangan kaum lelaki. 

5. Pengambilan kulit kayu manis juga membantu mengurangkan kesejukan badan, kurang selera makan, kekejangan otot , muntah-muntah, cirit birit juga dehidrasi tubuh.

6. Dikatakan juga bahawa KULIT KAYU MANIS juga membantu dalam mengurangkan risiko dan kesembuhan Kencing Manis jenis 1 dan kencing manis jenis 2.

7. Kulit kayu manis juga dikatakan turut membantu mengurangkan jangkitan  fungus dan kulat kerana kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya.

8. Bahan CEppt yang terdapat di dalam kulit kayu manis di katakan turut membantu mengurangkan risiko ALZHEIMER.

9. Hasil kajian di INDIA , dikatakan bahawa kulit kayu manis mungkin berpotensi membunuh kuman yang bersangkut paut dengan HIV.

10. Kulit kayu manis juga dikatakan membantu mengurangkan kesan lemak jahat makanan yang di makan. 

11. Campuran kayu manis dan pepermint di katakan turut membantu dam penyembuhan dan rawatan luka.

Segala info diatas saya pelajari dan rumuskan dari artikel dari link ini http://www.medicalnewstoday.com/articles/266069.php

Tunggu apa lagi, sila tambah kulit kayu manis dalam menu masakan dan minuman anda dalam kadar yang sederhana dan sesuai.

Dan sila pilih jenis kulit kayu manis yang sesuai dengan keperluan anda. Pastikan jangan berlebihan kandungan coumarin kerana bahaya untuk kesihatan hati.


Terima kasih.



Ahad, 25 Oktober 2015

9 KHASIAT BUAH BELIMBING UNTUK INFO ANDA


BUAH BELIMBING atau STAR FRUIT ini amat terkenal satu masa dahulu di kalangan kanak-kanak kerana bentuk bintang setelah di potong.

BUAH BELIMBING tinggi dengan nutrisi seperti karbohidrat, serat, protein , vitamin c , vitamin B6, vitamin E, Kalsium, Potassium dan zat besi.

Berikut adalah antara KHASIAT BUAH BELIMBING untuk info anda :-

1. 100 gram buah belimbing hanya mempunyai 30 kalori.

2. Buah belimbing termasuk kulit amat kaya dengan serat sekaligus membantu mengurangkan kolesterol tubuh dan membantu pencernaan yang lebih sihat.

3. Vitamin C didalam buah belimbing turut membantu mencegah kanser. Dalam 100 gram buah belimbing terdapat 34,7 vitamin C, iaitu satu jumlah yang tinggi bersamaan dengan 57% peratus keperluan harian vitamin C untuk tubuh.

4. Belimbing Besi juga kaya dengan antioksidan penting seperti flavonoid polifenol. Bahan ini membantu dan melindungi tubuh dari kerosakan radikal bebas.

5. VITAMIN B kompleks seperti folat, riboflavin dan pridoksin (vitamin B6) didalam buah belimbing membantu sebagai co-faktor enzim dalam metabolisme badan dan membantu fungsi sintesis enzim tubuh.

6. Bahan mineral dan elektrolit seperti kalium, fosfor, seng dan besi turut terdapat dalam buah belimbing. Kalium yang merupakan komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu prestasi denyutan jantung dan tekanan darah.

7. Mengurangkan kolesterol jahat dan membantu kesihatan ginjal yang lebih bagus.

8. Buah belimbing yang kaya vitamin c juga bagus untuk mengurangkan jerawat di wajah dengan rajin menikmatinya.

9. Vitamin B kompleks didalam belimbing juga membantu mengurangkan kerosakan rambut dan rambut gugur serta masalah kelemumur.

Tunggu apa lagi, belilah buah belimbing yang banyak terdapat di pasaraya dan pasar dengan harga yang murah.

Buah tempatan ini jauh lebih segar dan kaya khasiat serta kurang racun.

Bantulah ekonomi petani di negara sendiri.

Terima kasih.

Jumaat, 23 Oktober 2015

DIET: KOS ATAU BUDGET BUAH-BUAHAN MURAH

Kini makin ramai menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari. Bayangkan 2 bulan lalu saya mampu mendapatkan sepeket Lobak Merah dari Australia dengan harga RM1.55 dan sekarang harga Lobak Merah Australia kini berharga RM3.99.  Perbezaan yang ketara bukan?. Bukan sahaja kerana perbezaan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang semakin menurun tapi juga kerana harga petrol yang meningkat pada tahun ini.

Walau bagaimanapun ini bukan alasan untuk mengelakkan mengamalkan diet yang lebih sihat. Ia diakui harga buah epal dari USA semakin meningkat begitu juga produk-produk import yang lain.

Masa untuk anda menukar pilihan buah dan sayur anda kepada barangan atau buah tempatan. Gambar diatas adalah antara buah-buahan tempatan atau import dari negara Thailand yang lebih murah dari buah import dari negara lain. Ia, matawang Thailand juga semakin meningkat, dan ia tidak dapat dielakkan kerana diluar bidang kuasa kita sebagai rakyat biasa.

Buah nenas tempatan yang menurut penjual pasar yang biasa saya beli, di ambil dari Johor HANYA BERHARGA RM2.50 sebiji. Cukup untuk anda menyediakan jus buah nenas yang kaya bromelin dan vitamin C. Anda boleh menggunakan blender atau mesin kisar biasa untuk membuat jus. Dan ia jauh lebih jimat dari anda membeli 10 biji oren valencia import. Jangan memandang rendah khasiat buah nenas ini. 

Sebiji pisang tanduk ini berharga RM3. Sekilogram pisang tanduk adalah RM6. Kenapa pisang tanduk? kerana ia kurang manis dan sedap di buat gorengan atau pun pengat. Jika dikerat dan dipotong kecil, cukup untuk 2-3 kali goreng. Sebenarnya cukup lengkap untuk anda yang mempunyai bilangan keluarga yang kecil.

Buah delima dari Thailand HANYA RM5 UNTUK 3 BIJI. 1 biji tidak sampai RM2. Buah delima adalah superfruit. Lebih berbaloi anda membeli buah delima ini pada musimnya dari membeli buah-buahan lain kerana kos penjimatan yang amat tinggi dari segi khasiat super food itu sendiri. Jangan pandang rendah kelebihan buah delima yang terpapar namanya dalam Al-Quran ini.

Buah belimbing besi 3 biji hanya RM1.50. Buah belimbing yang berwarna kuning terang ini juga merupakan buah tempatan yang kaya dengan vitamin C. Alangkah murah harga belimbing besi ini dibanding dengan buah import yang lain?

Seterusnya, jangan dilupakan buah jambu batu yang jauh lebih murah dari buah oren import. Sekilo hanya RM4 dan dengan 2 biji buah jambu batu yang saya beli ini harga tidak sampai RM4. Buah jambu batu lebih tinggi kandungan vitamin c dari oren. Baca lebih lanjut khasiat buah jambu batu di link ini KHASIAT BUAH JAMBU BATU.

Jumlah keseluruhan buah-buahan ini hanya RM11. Budget yang cukup untuk 3 hari jika anda pandai berjimat cermat. Jauh beza jika dibandingkan jika anda memilih buah-buahan import yang lebih banyak racun dari buah-buahan ini.

Semoga artikel ini membantu anda dalam menambah semangat untuk menambah buah-buahan dalam diet anda.

Terima kasih.


Khamis, 22 Oktober 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 23 - WARUNG AJA


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Ini adalah Tempat Makan Best di Kuantan yang seterusnya iaitu Warung AJA dan sambungan dari link ini Tempat Makan Best Di Kuantan : Qasar Saba.

Di ringkaskan sahaja artikel ini. WARUNG AJA ini berhadapan dengan MASJID BUKIT SETONGKOL.  Di tepi jalan sahaja. Berurusniaga untuk masakan tengah hari bermula jam 12 tengah hari. Juga menyediakan sarapan pagi dan masakan panas untuk hidangan petang.

WARUNG AJA ini istimewa kerana menyediakan 80 menu hidangan (anda boleh menggunakan carian google dan terdapat artikel paparan dari akhbar HARIAN METRO tentang keistimewaan warung ini).

Di bawah ini adalah antara hidangan yang terdapat di WARUNG AJA ini yang sempat saya ambil.

sotong








Dibawah ini pula antara hidangan atau makanan ringan yang boleh di bawa pulang.

harga jagung kelapa muda ini RM5
BUBUR CHA CHA RM4



Selain pelbagai snek dan makanan lain disini juga turut di jual potongan buah-buahan dan air kelapa muda.



Terdapat pelbagai pilihan cecahan ulam disini termasuk tempoyak, budu, cencaluk, kicap lada, bawang putih jeruk, petai jeruk dan sebagainya. Ubi kayu rebus juga terdapat disini selain buah dan ulam segar yang pelbagai pilihan.





Saya dan rakan saya menikmati menu sup ikan merah di kongsi berdua. Masing-masing mengambil sambal udang segar 3 ekor dan sayur pilihan saya ialah cendawan butang  dan sahabat saya sayur campur. Kos menu ini ialah RM25 (sup ikan merah RM10). Harga air kelapa muda segar pula RM3.50 tanpa ais atau tambahan air. Maaf gambar makanan kami telah dipadamkan secara tidak sengaja oleh saya.

Hidangan kambing bakar pula masih lagi tidak siap di masak kerana kami tiba ke warung ini awal untuk mengelakkan kena beratur panjang.

bubur lambuk yang diberi percuma
Warung AJA juga turut menyediakan bubur percuma kepada pelanggan pada hari RABU dan JUMAAT. Pada hari RABU tempoh hari kami mendapat bubur lambuk sea food percuma yang kaya dengan hidangan udang dan sotong. Menarik bukan?. Rasa bubur lambuk ini sungguh sedap dan kaya santan. Anda patut mencubanya.

Anda boleh memilih sama ada menikmatinya di WARUNG AJA atau membawa pulang. Bekas plastik percuma diberi jika anda ingin membawa BUBUR LAMBUK percuma ini pulang.


Pada hari JUMAAT, WARUNG AJA ini memberi bubur kacang  hijau percuma kepada semua pelanggan di sini. Bubur kacang hijau di sini juga sedap dan pekat.

Pujian harus diberikan kepada pemilik WARUNG AJA ini kerana beliau juga seorang yang cukup peramah dan pemurah . Ini tidak hairan kerana dalam seminggu , terdapat 2 hari makanan percuma yang diberikan disini. Semoga pemilik warung ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Tunggu apa lagi, jika anda berada di Kuantan, jangan lupa singgah di warung ini dan support warung yang sentiasa memberi sedekah dan makanan percuma seperti warung aja ini.

Terima kasih.

*** ini adalah artikel sambungan seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : SARA BOAT NOODLE


BISNES CRUNCHY FLAKES SAYA

Crunchy Flakes By QK juga sungguh sesuai diletakkan di meja pejabat dan dinikmati pada bila-bila masa bersama minuman panas kegemaran anda


CRUNCHY FLAKES BY QK adalah produk pertama yang dihasilkan oleh saya sendiri. Hampir setahun saya menjual produk ini secara sampingan untuk belajar berniaga produk sendiri. Ia sampai bila saya harus fokus menjual produk syarikat lain semata-mata.

Produk CRUNCHY FLAKES BY QK ini saya hasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan bermutu :

1. Hanya emping jagung asli yang digunakan
Saya tidak menggunakan jenama emping jagung popular tapi tidak ranggup dan besar. Malah saya juga tidak membeli emping jagung di kedai bakery bagi memastikan hanya kualiti emping jagung terbaik dan terpilih sahaja yang digunakan.

2. Rempah ratus segar
Rempah ratus yang digunakan ialah rempah ratus segar yang tahan lama serta dari rempah terpilih

3. Lada kering segar
Saya hanya memilih lada kering merah berkilat dan bukan jenis berkedut. Harga lada kering sekilogram sekarang lebih dari RM20 sekilo. Saya memastikan hanya kualiti lada kering terbaik untuk mengelakkan bau tengik juga kerana saya menggalakkan pelanggan saya menikmati lada kering ini bagi tujuan membantu menguruskan berat badan dari menikmati makanan proses lain.

4. Kacang-kacang terpilih
Saya hanya menggunakan jenama kacang yang terpilih dan sedap. Jika anda merasai setiap kacang yang saya pilih semua kacang ini sungguh sedap , enak dan bermutu tinggi.

5. Pilihan 3 jenis kacang
Saya memasukkan 3 jenis kacang berkhasiat dalam resepi CRUNCHY FLAKES BY QK ini. Ini termasuk kacang tanah shandong (yang paling enak dan kos paling tinggi), kacang parang dan kacang pis hijau. Setiap kacang-kacang ini mempunyai khasiat sendiri dan pengemar kacang itu sendiri. Sekaligus mencukupkan keperluan menu jenis kacang itu sendiri. Warna hijau kacang pis, coklat kacang shandong dan kuning kacang parang. Bukankah warna pelbagai mempunyai khasiat yang pelbagai.

6. Daun kari segar
Saya menggunakan hanya daun kari yang dipetik segar dari pokok dan digoreng garing dengan minyak SAJI baru. Daun kari amat kaya khasiat. Menikmati 6-7 helai daun kari amat bagus untuk kesihatan tulang dan gigi anda. Banyak sekali khasiat daun kari ini. Ini kenapa alasan anda kena menikmati dan habiskan daun kari dalam resepi saya ini dengan menikmatinya dengan emping jagung atau kacang-kacang yang terdapat dalam resepi SNEK PREMIUM , CRUNCHY FLAKES BY QK ini. Saya ada menulis tentang khasiat daun kari di entry ini KHASIAT DAUN KARI

7. Jintan manis terpilih
Jintan manis digoreng garing bagi memudahkan anda menikmatinya. Khasiat dan kegunaan jintan manis dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan antara sebab saya meletakkan jintan manis antara ramuan utama resepi CRUNCHY FLAKES BY QK ini.

8. Menggunakan MINYAK GORENG jenama SAJI
Saya tidak menggunakan minyak peket atau minyak lama untuk mengoreng segala bahan-bahan yang terdapat dalam resepi istimewa CRUNCHY FLAKES BY QK ini. Semuanya menggunakan minyak kelapa sawit SAJI yang baru atau belum pernah digunakan. Ini bagi memastikan kesedapan juga agar kandungan toksid penggunaan minyak peket atau minyak lama di elakkan dalam menghasilkan ramuan dan SNEK PREMIUM BERMUTU TINGGI.

9. FRESHLY MADE/ DIBUAT ATAS PERMINTAAN
CRUNCHY FLAKES BY QK , kebiasaannya adalah di masak atau di buat bersandarkan atas permintaan untuk memastikan KESEGARAN SNEK PREMIUM ini. Rasa yang baru dibuat dan segar membezakan CRUNCHY FLAKES BY QK dengan produk snek lain. Ini bagi menjamin kualiti dan kepuasan mereka yang menjadi pelanggan dan pelanggan tetap  yang setia kepada produk ini.

10. Harga yang Berpatutan
Dengan kos bahan-bahan yang semakin meningkat naik. Saya sedaya upaya memastikan harga CRUNCHY FLAKES BY QK mampu dimiliki oleh semua pihak dan golongan termasuk pelajar. Sehingga hari ini, dengan kenaikan kos bahan-bahan , hanya sekali sahaja saya menaikkan harga produk ini iaitu dari RM10 ke RM11 walaupun kos kenaikan bahan-bahan sentiasa meningkat. Ini adalah bagi mengalakkan anda menikmati CRUNCHY FLAKES BY QK dan memperkenalkannya di pasaran.

Seiring masa saya berharap semoga produk CRUNCHY FLAKES BY QK akan terus maju, semakin bertambah pelanggan dan peminat dan terus disukai dan diminati  oleh semua golongan. Insyaallah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini atau berminat ingin menjadi pengedar. Hubungi saya atau wassap dan telegram ke nombor berikut


KHADEEJA 016-276 2636

HARGA : RM11 SEBALANG

MINIMUN ORDER : 4 BALANG

KOS POS UNTUK 4 BALANG : RM10


Terima kasih.




Rabu, 21 Oktober 2015

10 KHASIAT KOKO YANG PERLU ANDA TAHU


antara serbuk koko yang popular di Malaysia - Van Houten Koko
pek paling kecil hanya berharga RM8 sahaja.
Oleh kerana kini saya sering menikmati minuman koko panas yang di tambah oat , selain minuman kopi dan teh. Artikel ini adalah bagi mereka yang mengemari koko sama ada didalam masakan seperti kek coklat atau minuman coklat panas kegemaran anda.

Ini adalah KHASIAT KOKO yang menarik untuk di kongsikan bersama :-

1. KOKO melambatkan penuaan ini kerana
Koko membantu mengurangkan kerosakan radikal kerana kandungan antioksida yang terdapat di dalam KOKO.

2. Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Cornell, kepekatan antioksidan di dalam koko panas adalah tiga kali lebih kuat daripada teh hijau dan empat hingga lima kali lebih kuat daripada teh hitam.

3. Secawan koko panas mengandungi 611 miligram daripada sebatian fenolik setara asid Gallic (GAE) dan 564 miligram setara epicatechin flavonoid (ECE). Asid Gallic yang tinggi antioksidan digunakan untuk merawat pendarahan dalaman, albuminuria (dalam air kencing yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang) dan kencing manis.

4. Flavonoid di dalam koko turut membantu mencegah dari darah membeku atau penyumbatan arteri darah. Flavonoid juga meningkatkan aliran oksigen di dalam darah dan otak sekaligus dikatakan boleh merawat sindrom demensia atau nyanyuk.
jangan tersilap  memilih koko asli - terdapat perbezaan ketara antara CACAO dan COCOA.
- imej diambil di google dan diedit oleh saya


5. Dikatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya penambahan koko yang bertindak membantu mengubah susu beku di dalam perut.

6. Flavonoid yang tinggi di dalam koko iaitu epicatechin dikatakan amat berfaedah terhadap kesihatan kardiovaskular. Sekaligus ia membantu dalam mengurangkan risiko kencing manis, kolesterol., penyakit jantung dan risiko kanser kolon.

7. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa koko juga berguna merawat penyakit saraf tridgeminal termasuk migrain dan gangguan temporomandibular sendi kerana koko mengandungi ramuan aktif secara biologi yang melegakan saraf yang mudah teransang.

8. Koko juga mengandungi polyphenols iaitu bahan anti radang yang menghalang enzim tertentu terus ke usus kecil yang boleh menyebabkan keradangan @ inflamasi.

9. Koko juga dikatakan boleh mengurangkan hormon stress kerana kekayaan antioksidan dan juga kandungan epicatechin yang menguatkan membran dan menghalang risiko penyakit bahaya lain.

10. Pastikan anda bijak memilih koko asli dan terbaik, dan bukan koko proses yang mengandungi trans lemak serta gula yang tinggi , malah membahayakan kesihatan.

Terdapat perbezaan jelas antara CACAO dan COCOA.  CACAO adalah koko asli yang sebenar. Ia ada dijual di kedai-kedai organik dan harganya berkali ganda lebih mahal dari COCOA. Koko campuran kebiasaannya jauh lebih murah dan boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Anda juga boleh membeli CACAO atau koko asli sebenar di website terkenal iherb.com.

Selamat menikmati KOKO Asli.


Terima kasih.

*** ini adalah antara jenama serbuk koko yang anda boleh fikirkan untuk pilihan anda

1,ANTARA JENAMA KOKO TERBAIK

2. KAKAO ATAU CACAO  ORGANIK YANG ENAK







Selasa, 20 Oktober 2015

BLOGGER : Akhirnya ...


proses mereka bentuk gambar bagi barisan penulis TSC- kerana pertukaran jumlah dan kategori penulis

Bukan mudah menjemput 10 penulis atau blogger dalam satu blog.

Jemputan yang pada mulanya di sambut, kemudian difikirkan kembali untuk 2-3 kali atau kesekian kalinya.

Saya bermula dengan menjemput penulis jemputan di blog ke 2 saya Wake Up & Be Awesome . Tetapi sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan penulis jemputan yang betul-betul berkualiti dan hampir dengan imej blog dan nieche blog yang dipersembahkan.

Proses BLOG KERJASAMA " THE SUCCESFUL CLUB " sebenarnya hanya mengambil masa 2 minggu sahaja.

Idea ini datang semenjak SEPTEMBER 2015 lagi, tetapi saya sendiri tidak tahu siapakah blogger yang ingin bekerjasama di dalam blog ini.

Ilham asal ialah 7 Blogger atau penulis tetap.  Tetapi melihat kepada objektif blog yang lebih luas 9 Blogger di jemput, dan disaat-saat akhir, akhirnya saya menjemput seorang lagi DOKTOR WANITA yang terkenal di kalangan group NAAE / EKZEMA MALAYSIA juga group TELEGRAM kesihatan yang saya sertai.

Dengan  cabaran mengumpulkan 10 orang penulis, tentu sekali THE SUCCESSFUL CLUB harus menyesuaikan keadaan setiap penulis tetap untuk memastikan artikel pertama disiarkan pada 18 Oktober 2015 tepat pada pukul 10 pagi , hari Ahad.

3 hari sebelum tarikh permulaan Artikel pertama disiarkan, Dr. Hafiz Sulaiman memberitahu bahawa kerana kekangan masa dan produk baru beliau yang akan dipasarkan awal tahun 2016, beliau terpaksa memikirkan kembali komitmen beliau sebagai penulis tetap di THE SUCCESSFUL CLUB. Beliau turut mengesyorkan pengganti beliau sebagai penulis tetap di THE SUCCESSFUL CLUB. Beberapa orang doktor disyorkan oleh Dr. Hafiz Sulaiman kepada saya sebagai pencetus idea blog kerjasama ini.

Syed Ishak pula menghadapi , masalah sambungan internet yang teruk akibat kes dari pengeboman di ANKARA, Turki. Syed Ishak yang kini bekerja dan menetap di TURKI adalah antara SPECIAL APPEARANCE atau penampilan istimewa khas di THE SUCCESSFUL CLUB. Pada permulaan idea, hanya beliau seorang yang akan menjadi special appearance di THE SUCESSFUL CLUB.

Oleh kerana senarai doktor yang disyorkan oleh Dr. Hafiz Sulaiman agak kurang sesuai dengan imej THE SUCCESFUL CLUB, maka Dr. Hafiz Sulaiman bersetuju untuk menjadi special apperance atau penampilan istimewa di THE SUCCESSFUL CLUB. Ini bermakna Dr. Hafiz akan cuba menulis sekurang-kurangnya 1 artikel sebulan di THE SUCCESSFUL CLUB (TSC) ini.


bermula dari Syed Ishak seorang sebagai 'Special Appearance' kemudian 2 orang dan akhirnya menjadi 3 orang 'special appearance'

Penulis tetap THE SUCCESSFUL CLUB ialah Qisya Khadeeja, Iffah Zaimi, Shauki Alizan , Hezren Hezzarol , Norazlina Borhan, Suhana Abdul Ghani dan Izzat Beserah.

Pada permulaan seorang sahaja penulis sebagai Special Appearance atau penampilan istimewa menjadi kepada dua orang iaitu Dr. Hafiz Sulaiman dan Syed Ishak.

Pada masa saya menunggu pengesahan persetujuan dari Dr. Hafiz Sulaiman, saya menjemput seorang lagi doktor wanita yang menepati imej yang dicari oleh THE SUCCESSFUL CLUB , iaitu Doktor Hajjah Suraya. Beliau adalah antara doktor homeopathy popular di facebook dan internet.


Ketika pertama kali menghubungi Doktor Hajjah Suraya untuk menjemput beliau menjadi penulis di The Successful Club, Doktor Hajah Suraya baru sahaja  tiba di Malaysia dari Mekah Al Mukaramah kerana mengerjakan ibadah haji. Alhamdulillah, beliau terus bersetuju walau saya pasti beliau amat keletihan ketika menjawab mesej saya. Terima kasih Doktor Hajjah Suraya. Saya amat terharu.

Maka bermulalah proses-proses dan pengalaman seterusnya, dalam melengkapkan THE SUCCESSFUL CLUB ini. Saya akan berkongsi dengan anda pengalaman ini di artikel seterusnya.

Terima kasih.





Khamis, 15 Oktober 2015

BLOGGER: ALHAMDULILAH, CABARAN DUNIA BLOGGING




Apa sahaja pasti ada cabarannya. Termasuk dunia blogging. Cabaran artikel di tiru, virus yang cuba memasuki dashboard blog dan segalanya tidak mematahkan cabaran untuk terus menulis segala ilmu di blog kesayangan ini.

Mulai mencintai dunia blogging, sudah tiba masanya untuk memulakan satu blog yang diharapkan lebih bagus dan jauh lebih baik. Insyaallah. 

Malah objektif blog TERBARU ini ADALAH untuk menggalakkan sahabat dan kenalan di sekeliling belajar menanam minat menulis dan berkongsi ilmu di medan sosial yang paling mudah iaitu  Blog.

Dengan semakin banyak carian yang menggunakan GOOGLE di seluruh dunia, semakin ketara kepentingan BLOG untuk mengurangkan kos masa dan perbelanjaan membeli buku dan bahan ilmiah lain terutama jika ilmu itu diperlukan serta merta atau pada waktu terdesak.

Bayangkan tiba-tiba seorang kanak-kanak jatuh sakit, dan tiada satu pun ubat hospital di rumah (bayangkan jika ubat itu telah tamat tempoh tanpa anda sedar) ketika lewat malam? . Tentu sekali remedi , petua atau ubatan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah amat membantu anda ketika itu.

Dengan hanya satu butang carian google , kebanyakan maklumat hanya berada di hujung jari.

Mengetahui tentang perkara ini, saya dan rakan kongsi dalam proses menghasilkan sebuah BLOG KERJASAMA terbaru antara kami.

Insyaallah, blog ini akan beroperasi dalam waktu terdekat ini.

Blog kerjasama ini yang bermatlamat berkongsi segala ilmu bermanfaat dan menambah minat menulis serta keusahawanan di kalangan pembaca selain cinta kepada makanan sunnah dan kesihatan alami. Tidak lupa juga diet holistik dan resepi-resepi home made sihat dan terbaik.

Segala dalam blog ini adalah antara perkongsian pengalaman dan ilmu yang dikongsikan oleh 7 BLOGGER TETAP selain, penampilan istimewa individu-individu terpilih dalam bidang masing-masing  yang  akan di kongsikan untuk ilmu dan manfaat anda semua.

Nantikan perkongsian ilmu dan pengalaman dari ibu, suri rumah, usahawan, doktor, peguam, perunding insurans dan takaful, pengamal diet holistik, pencinta minyak pati dan banyak lagi.

Insyaallah anda akan menyukai dan menjadikan blog ini antara blog kegemaran dan kesayangan anda nanti.

Saya adalah antara penulis tetap blog ini dan juga pencetus idea blog kerjasama ini. Saya amat gembira dengan kerjasama indah dan bermakna ini.

Doakan agar projek BLOG KERJASAMA ini berjaya dan kekal lama selamanya. Alhamdulillah.


Terima kasih.






Ahad, 11 Oktober 2015

KHASIAT DAN KEBAIKAN KOPI

antara kopi yang pernah saya dan rakan beli dan nikmati
Minuman KOPI PANAS atau kopi sejuk adalah antara minuman paling laris dalam pasaran. Malah terdapat banyak cafe yang memfokuskan kepada jualan produk minuman kopi yang tumbuh bak cendawan di mana-mana sahaja.

29 September adalah sambutan hari KOPI sedunia. Dan ia tentu sekali bagi meraikan penggemar-penggemar tegar kopi. Terdapat pelbagai jenis kopi, dari kopi arabica, kopi robusta, kopi tenum ,Sabah dan pelbagai jenis kopi lagi.

Rasa kopi adalah berlainan bagi setiap jenis dan kawasan kerana rasa kopi bergantung kepada jenis tanah dan galian yang terdapat di kawasan penanaman benih kopi tersebut.

Kopi yang kaya dengan kandungan kafein dan antioksidan ini amat popular dikalangan semua generasi termasuk generasi muda dan tua, korporat atau orang kampung.

Mari kita bersama-sama mendalami KHASIAT DAN KEBAIKAN yang terdapat di dalam BIJI KOPI yang menjadi fenomena seluruh dunia dari dulu hingga sekarang.

ANTARA KHASIAT DAN KEBAIKAN KOPI IALAH:-

A. KEBAIKAN KOPI UNTUK KULIT
1. Membantu mencegah dan mengurangkan kedutan di kulit
2. sebagai skrub kulit
3. juga boleh dibuat sebagai masker
4. mengurangkan risiko tumbuh jerawat
5. turut melembabkan kulit
6.mencegah timbul selulit
7.membantu menanggalkan sel kulit mati
8. memberi khasiat untuk kulit
9.kandungan kafein kopi turut mengurangkan lingkaran gelap di mata dengan cara meletakkan uncang kopi di kelopak mata anda.
10.juga membantu mengurangkan keradangan dan kemerahan kulit.


B. KEBAIKAN KOPI UNTUK RAMBUT
1.membantu menghitamkan rambut
2. sebagai ramuan untuk inai rambut


C. KEBAIKAN KOPI UNTUK TUBUH
1. sebagai lulur dan mandian
2. turut membantu menghaluskan kulit tubuh
3. Membantu melangsingkan tubuh
4. sebagai body massage atau urutan tubuh yang bagus digunakan sendirian atau tambahan minyak kecantikan lain.
5. menjadikan kulit lebih sihat dan lembut
6. mampu meningkatkan pengaliran darah jika digosok-gosok dengan lembut di seluruh tubuh ketika mandi
7. mengurangkan pelbagai masalah kulit lain termasuk jerawat pada belakang badan.

D. KEBAIKAN KOPI UNTUK KESIHATAN
1. Menambah tenaga dan semangat
2. mewujudkan mood yang lebih baik ketika bekerja
3.mengurangkan rasa mengantuk jika anda perlu bekerja lewat malam
4. membantu sperma lebih aktif untuk kaum lelaki
5. Tinggi antioksidan
6. amat bagus untuk memulakan pagi hari
7. membantu mencantikkan kulit kerana sifatnya yang mampu melawan radikal bebas yang berkaitan penuaan awal.

Tunggu apa lagi jangan takut menikmati kopi kegemaran anda. Walau bagaimanapun selain kebaikan kopi juga ada keburukannya. Jadi sila minum berpada-pada. Kandungan kafein yang tinggi tidak bagus untuk wanita yang mengandung, sila ambil dalam jumlah yang diperlukan sahaja.


Terima kasih.



Jumaat, 9 Oktober 2015

19 REMEDI DAN PETUA MENGUBATI BATUK UNTUK ANDA SEKELUARGA

Di musim jerebu ini, sering terjadi sakit tekak dan kes batuk yang makin meningkat baik di kalangan kanak-kanak, dewasa mahu pun golongan tua.

Walau pelbagai cara di lakukan bagi mengurangkan kesan jerebu seperti memakai topeng muka, mengurangkan aktiviti di luar dan sebagainya, bagi sesetengah individu yang alah dengan habuk, batuk dan sakit tekak sering menganggu aktiviti harian dan mengakibatkan kesihatan semakin merosot.

Di bawah ini saya kongsikan antara remedi dan petua batuk yang saya kompilasikan dari perkongsian saya dan rakan-rakan di group telegram dan whatapps kesihatan.

1. Minyak Kelapa Dara Organik (VCO) yang di campur madu dan juga jus perahan lemon.

2. Jus lemon dan madu (tanpa air), juga boleh di campur air- kedua-dua cara boleh digunakan.

3. Anak di bawah satu tahun, sesudu kecil Minyak Kelapa Dara dan Setitik Olivenol (Ekstrak Zaitun) yang boleh di beli di farmasi-farmasi terkemuka.

4.  Jus Daun Bangun-bangun atau karpuvalli

5. Rebusan air barli job's tears. untuk imej barli jobs tears di link ini TEKAK KERING? BATUK? AMAL BARLI JOB'S TEARS

6. Buat jus nenas sendiri.

7. Campuran jus lobak merah, nenas, halia dan bawang putih turut membantu. Sila cuba.

8. Sapu minyak bawang putih. Juga boleh buat minyak bawang putih sendiri. Hanya campurkan bawang putih yang telah dibakar dengan kulitnya (seulas sahaja, guna sahaja api dapur), buang kulit bawang putih bakar tadi, hancurkan bawang putih tersebut dan campur dengan 2 sudu besar minyak zaitun asli atau minyak kelapa dara pilihan anda.

9. Anda juga boleh mandi mandian lemon di rumah dengan membuatnya sendiri,

10. Mandian Epsom salt juga membantu.

11. Anda juga boleh membuat jus buah pear dan halia  . Ada dua pilihan sama ada buat menggunakan slow juicer (buah pear dan halia segar) atau pilihan kedua, kukus buah pear dan halia , dah empuk boleh blend sahaja dan minum.

12. Anda juga boleh membuat teh halia panas campur lemon juga madu.

13. Teknik tepukan percussion (tepuk perlahan-lahan, pastikan selepas sejam anak menyusu, takut muntah atau masalah lain) amat digalakkan untuk mengurangkan simpton batuk dan mengeluarkan kahak.

14. Minyak habbatus sauda juga boleh diamal. Minum sesudu besar untuk dewasa. Satu sudu teh untuk kanak-kanak.

15. Minyak kelapa dara sesudu pagi dan malam, untuk memperkuatkan imun sistem

16. Buat bone broth atau sup tulang.

17. Sup petola juga digalakkan dengan campuran tulang atau sup tulang yang dicampur dengan petola. Untuk anak bawah 1 tahun, tolong pastikan anda tidak mengisi garam dalam ramuan.

18. Anda juga boleh melakukan  rawatan MEGADOSE VITAMIN C. Sila lihat jadual maksima sukatan vitamin C seharian dan sukatan untuk wanita mengandung, menyusu dan sebagainya.

19. Air kelapa muda juga boleh dijadikan remedi sesuai untuk masalah batuk atau tekak kering. Sila cuba jika ia sesuai dengan anda.

Seboleh-bolehnya sila elakkan perkara-perkara ini :-

A. Elakkan makanan atau masakan tinggi gula atau air bergula serta makanan berasaskan tepung gandum , produk tenusu dan minuman kotak.

B. Ais krim, puding-puding dan susu juga boleh menyebabkan batuk.

C. Buah-buah berikut juga dikatakan boleh menyebabkan batuk, tengok pada tubuh antaranya buah oren, rambutan, mata kucing, longan, limau, tembikai dan kacang. Jika anda atau anak anda tidak alergik , anda boleh menikmatinya.

D. Suhu bilik yang panas juga boleh menyebabkan batuk. Sila periksa dan rasa suhu bilik anda.

Ini sahaja perkongsian untuk kali ini.  Harap ia akan membantu anda dalam merawat dan mengubati masalah batuk ini.

Terima kasih.



Rabu, 7 Oktober 2015

BLOGGER : APA BILA MOOD MENULIS TIADA


Blogger juga seperti insan biasa

Ada waktu ilham mencurah-curah, boleh menaip dengan laju 2-3 artikel satu hari tanpa berhenti.

Tiba waktu ilham tiada, puas di paksa-paksa , walau draft segala gambar telah tersedia, mood yang tidak kunjung tiba akan menbantut penulisan sesuatu artikel.

Bukan mudah menulis artikel jika ketika itu hati blogger tidak berada di situ.

Blogger juga seperti insan biasa lain, punya perasaan lemah dan malas.

Ada rasa ingin menyendiri, ada rasa kadang-kala ingin melihat dashboard blog pun tiada selera.

Pernahkah anda sendiri sebagai BLOGGER rasa penat dengan tulisan sendiri?

Berulang-ulang membaca artikel yang telah ditaip kemudian memadamnya?

Punyai berpuluh-puluh draft artikel yang telah memakan tahun tetapi masih belum disiapkan dan disiarkan?

Ingin mencuci bilangan draft post yang kadang-kala telah masuk ratusan dan anda sendiri sebagai blogger sudah tidak berminat menulisnya?

Jika apa yang saya kongsikan turut terjadi kepada anda, ketahuilah kita serupa.

Seboleh-bolehnya sebagai blogger , saya ingin menulis sesuatu yang berinformatif dan evergreen sepanjang zaman, sehingga ia boleh dijadikan pahala berpanjangan untuk saya walau saya telah tiada.

Sesuatu yang akan menolong insan lain yang lebih memerlukan pemahaman penuh sesuatu topik. Tetapi saya juga seperti insan lain ada masa penat dan lelah, mencari info dan membaca, serta kadang-kadang tidak mampu berfikir, tetapi tetap risau jika pengunjung dan follower mengharapkan saya menulis sesuatu artikel yang bermanfaat untuk mereka.

Pernah menjadi seorang pencari yang tercari-cari pelbagai info terutama mengenai Ekzema dan Topical Steroid Withdrawal serta pemakanan sunnah yang lain.

Saya faham bagaimana tidak puas hatinya apa bila info yang diberi tidak memuaskan hati dan tidak cukup lengkap.

Lagi sakit hati jika tajuk di gunakan hanya untuk meraih SEO, tetapi tiada isi yang penting dan berkaitan terutama jika ketika carian dibuat kita terlalu sibuk dan kuota internet pula semakin sedikit dan makin perlahan.

Pernah terkena suatu waktu dulu beberapa kali, saya belajar dari pengalaman sendiri untuk seboleh-bolehnya berkongsi info yang banyak membantu, keburukan dan kebaikan, pertanyaan yang sering ditanya dan sebagainya.

Maaf jika ada kurang pada setiap artikel yang saya coretkan dan tuliskan. Saya juga seperti insan lain, yang kadang-kala di serang sakit kepala atau pening kepala semenjak mula mencintai dunia blogging dan rasa kekurangan jika tidak berkongsi artikel atau entry terbaru di blog tersayang saya ini.

Benar saya faham sekarang, kenapa seorang blogger perlu belajar menyukai blog sendiri, walau mungkin blog anda tidak sehebat blog terkemuka yang lebih famous di google atau kalangan pembaca.

Dengan menyukai dan menyayangi blog sendiri, perlahan-lahan anda akan menulis artikel bermutu dan perlahan-lahan anda sendiri akan membina follower dan jutaan pembaca blog yang setia sendiri.

Ikhlaslah dalam melakukan sesuatu perkara.

Semoga perkongsian kita sebagai blogger memberi lebih kesenangan kepada mereka yang memerlukan maklumat dan motivasi.

Terima kasih.





Isnin, 5 Oktober 2015

ADAKAH CUKA BUAH SELAMAT DI MINUM KETIKA HAID?


gambar hiasan - air mineral yang diisi di dalam botol cuka epal

Terdapat banyak pertanyaan mengenai CUKA BUAH,

Di antara soalan yang  KERAP di tanya ialah :-

ADAKAH CUKA KURMA SELAMAT DI MINUM KETIKA HAID?

ADAKAH CUKA EPAL SELAMAT DI MINUM KETIKA HAID?

ADAKAH CUKA SELAMAT DIMINUM WANITA YANG SEDANG HAID?


Terdapat banyak jawapan yang diberi ,

Tetapi berdasarkan banyak rujukan yang telah saya lakukan ,

adalah sebaiknya anda mengelakkan menikmati atau minum cuka ketika HAID.

Ini kerana CUKA BERSIFAT MENGHAKIS.

Tentu anda sayangkan RAHIM anda, dan tidak mahu rahim anda dihakis atau semakin menipis. Risiko ini kemungkinan ada jika anda kerap minum cuka buah ketika haid.

Adalah tidak berapa bagus untuk wanita meminum atau mengambil CUKA EPAL atau CUKA KURMA atau cuka buah lain ketika waktu ini.

Malah ada juga pendapat mengatakan, Cuka buah AKAN MEMBUAT TUBUH ATAU BADAN ANDA MENJADI SEJUK.

TUBUH DAN BADAN YANG SEJUK DIKATAKAN TIDAK BERAPA BAGUS UNTUK KESIHATAN DAN MUDAH DI MASUKI ANGIN DAN MENDAPAT PENYAKIT.

Cuka buah tidak digalakkan untuk diamalkan lebih dari 3x seminggu dan dalam amaun yang banyak.

Walau bagaimana pun jika anda dalam proses awal TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) atau mengharung EKZEMA, anda boleh menikmati cuka epal ini setiap hari, selama sebulan atau 2 bulan dan mula mengurangkan penggunaan cuka ini kepada 3x seminggu satu sudu kecil sahaja, seiring kesembuhan penyakit yang anda alami.

Ini sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda.

INI ARTIKEL PERKONGSIAN SAYA MENGENAI KHASIAT CUKA KURMA ATAU KHAL KURMA

Harap anda berpuas hati dengan info ini.

Terima kasih.


KHASIAT BUAH PETAI


Antara ulam kegemaran ramai ialah BUAH PETAI. Ini adalah ulam paling mudah untuk dibeli jika anda ingin menjimatkan masa dan tidak perlu celur atau memasak.

Malah ini juga ulam paling sedap untuk di isi dalam masakan sambal. Cuma bau BUAH PETAI sahaja yang kadang-kala menyebabkan ramai pengemar atau individu berfikir 10-20 kali untuk menikmatinya.

BUAH PETAI secara ringkasnya amat bagus bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, untuk mencuci kencing , atau mencuci gula di dalam tubuh. Biasanya orang-orang tua terdahulu menikmati BUAH PETAI sebagai ulam dan pencuci buah pinggang dan masalah pencernaan.

Antara KHASIAT BUAH PETAI antaranya :-

1. BUAH PETAI amat terkenal mampu mengurangkan RISIKO STROK, malah ada kajian mengatakan bahawa dengan menikmati PETAI risiko terkena STROK akan turun sebanyak 40%.

2. BUAH PETAI turut membantu individu yang berkeinginan untuk berhenti merokok. Kandungan VITAMIN B6, B12, kalium dan magnesium di dalam BUAH PETAI dikatakan membantu tubuh cepat pulih dari ketagihan nikotin.

3. BUAH PETAI turut mengandungi KANDUNGAN ZAT BESI yang tinggi, Ia tentu amat bagus untuk kaum wanita, bagus untuk pembentukan sel darah merah sekaligus amat bagus untuk mereka yang mempunyai anemia.

4. BUAH PETAI amat bagus untuk sistem pencernaan, sekaligus mengurangkan risiko obesiti.

5. BUAH PETAI juga dikatakan mampu mengurangkan risiko kemurungan atatu depresi ini kerana kandungan trytophan yang terdapat di dalam buah petai. Trytophan berfungsi mengubah mood atau perasaan individu untuk lebih tenang dan mengurangkan tekanan perasaan.

6. BUAH PETAI juga mengandungi gula semulajadi seperti sukrosa, fruktosa dan glukosa serta serat. Menikmati buah petai di dalam menu harian anda turut menambah tenaga. Tidak hairan jika buah petai juga dinikmati oleh atlet-atlet sukan untuk simpanan tenaga yang lebih lama.

7. Buah petai amat bagus dinikmati oleh wanita yang sedang haid kerana ia mampu mengurangkan simpton PMS (Prementrual Syndrome). Selain bagus untuk sel darah merah.

8. BUAH PETAI juga dikatakan mampu mengurangkan rasa mual dan loya kerana buah petai membantu mempertahankan kadar gula dan mengurangkan rasa loya serta muntah.

9. Kandungan VITAMIN V yang tinggi di dalam petai amat membantu menenangkan sistem sarah manusia.

10. Turut membantu merawat penyakit jantung dan kencing manis

Jika anda menghadapi stress, kemurungan, rasa mual , sembelit dan sebagainya cubalah menikmati petai di dalam hidangan anda.

Jika anda risau akan bau petai, nikmati makanan lain yang mampu membuang bau petai di mulut anda.

Terima kasih.





Ahad, 4 Oktober 2015

DIET HARI CUTI

di hari cuti dan berehat di rumah , lebih mudah untuk anda menjaga diet

Ketika hari cuti dan berehat di rumah adalah waktu yang tepat untuk memerhati setiap makanan yang masuk ke perut anda.

Sesungguhnya segala pemakanan yang kita amalkan hari ini pasti akan membawa kesan langsung dan jangka panjang kepada tubuh kita pada masa akan datang.

Dengan limpahan segala makanan yang terdapat di Malaysia , ramai kawan-kawan dan kaum keluarga sentiasa bermurah hati membeli pelbagai jenis makanan dan produk segera yang sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan dan kebaikan kepada tubuh walau rasa makanan dan produk segera itu jauh lebih sedap dan enak serta berbau wangi dari makanan dan produk yang lebih semulajadi.

Pernahkah anda meletakkan garis permulaan untuk menamatkan menikmati makanan segera atau sekurang-kurangnya mengurangkan hampir 50% makanan segera atau produk proses dalam menu dan diet harian anda?.

Ada antara anda yang meletakkan usia 30 tahun untuk berhenti menikmati makanan segera. Anda juga yang meletakkan usia 25 tahun untuk perlahan-lahan mengurangi tabiat pemakanan segera dan makanan proses dalam diet harian mereka.

Tetapi perkara ini amat sukar terutama bagi mereka yang baru memegang duit. Masih muda, dan berkerjaya. Bila merasai gaji mewah dan pendapatan yang lebih berbanding zaman belajar dahulu, ketika ini masa untuk merasai segala makanan dan restoran mewah yang sentiasa mereka lihat dan idamkan ketika zaman di pengajian tinggi dahulu atau zaman ketika terpaksa mencatu selera masing-masing.

Ia, mungkin betul pendapat dan selera anda. Teruskan sahaja, tetapi pastikan berpada-pada. Sekurang-kurangnya pastikan ada satu hari dalam seminggu tubuh anda bebas dari sebarang makanan segera dan proses dan di perkaya dengan buah-buahan dan jus segar.

Jika dalam satu minggu 6 hari diet anda dipenuhi dengan pelbagai menu dan makanan kegemaran yang lebih banyak kandungan kimia dan toksid, mungkin tiba masa untuk hari minggu anda di penuhi dengan makanan vegetarian yang kaya dengan sayur dan buah-buahan serta gantikan minuman isotonik kegemaran anda dengan jus buah-buahan segar benar-benar asli dari buah kegemaran anda.

BUAT JUS BUAH-BUAHAN KEGEMARAN ANDA SENDIRI TANPA CAMPURAN GULA SEBOLEH-BOLEHNYA. MUNGKIN TIBA MASA UNTUK ANDA BELAJAR MENGGUNAKAN SLOW JUICER . 

SAYA BERKONGSI DENGAN ANDA DALAM ARTIKEL INI MENGENAI SLOW JUICER YANG SAYA GUNAKAN BEZA SLOW JUICER DAN BLENDER . DI BLOG TERBARU SAYA.

Jangan bermalas-malasan menjaga tubuh anda. Kerana tubuh anda satu-satunya yang akan anda gunakan seumur hidup anda.

SAYANGI DIRI ANDA , DENGAN MENYAYANGI TUBUH ANDA.

Terima kasih.


Jumaat, 2 Oktober 2015

BLOGGER : BILA ARTIKEL BLOG DI TIRU 100%


Apabila kita mula menulis blog, mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa artikel blog itu akan di salin dan di tiru seratus peratus oleh blogger lain tanpa di beri sebarang kredit. Malah gambar artikel anda juga diambil dan diletak pada tajuk artikel yang sama.

Hanya mereka yang menjadi blogger yang menaip artikel tanpa perlu menyalin atau copy paste sahaja yang tahu nilai artikel blog sebenar.

Saya juga seperti blogger lain, menggunakan khidmat carian google untuk mencari khasiat-khasiat tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan atau kebaikan produk sunnah dan supplement lain.

Dalam carian saya itu , saya menjumpai pelbagai blog yang menulis artikel yang sama atau seratus peratus salinan yang saya sendiri tidak tahu siapa penulis asal. 

Jika saya menulis artikel itu dan di salin dari blog tertentu ,saya tetap akan menaip sendiri untuk memastikan keaslian artikel saya di blog ini, dan jika benar hanya satu blog yang saya rujuk, saya akan memberi kredit link di blog tersebut.

Tetapi jika saya merujuk dua atau tiga blog, tiada kredit diberi, lebih-lebih lagi kerana saya suka menaip sendiri dan menggunakan bahasa saya sendiri.

Mungkin anda juga seperti saya dahulu , tidak tahu erti kualiti dan kepuasan sebenar menulis blog, Percayalah kadang-kadang artikel yang kita tulis sendiri, berkorban untuk mencari ilmu seratus peratus untuk menulis di blog, walau ia mungkin mendatangkan sakit kepala, lebih memberi kepuasan kepada diri anda sebagai blogger.

Malah kadang-kala tulisan yang asalnya di ambil sedikit dari blog lain dan blog seterusnya, tetapi diolah menggunakan ayat kita, ia lebih indah dan disukai lebih ramai pengunjung.

Tidak salah berkorban masa dan tenaga dari mengambil 100% hak cipta orang lain atau blogger lain.

Kita selalu menyangka bahawa insan lain lebih hebat dari penulisan , artikel dan lebih ramai follower dari kita, terlalu menyanjung sehingga meniru seratus peratus artikel dan tulisan beliau , baik di facebook mahu pun blog.

Tetapi kita terlupa, mungkin jika kita sendiri berkorban, belajar menulis setiap hari, mengasah bakat, kita akan menjadi jauh lebih hebat dari mereka. Practice make perfect. Jika hari-hari anda menulis, dan menulis menjadi makanan ruji anda, Tentu anda akan mengilap sendiri bakat anda untuk menjadi lebih hebat.

Hargailah bakat kurniaan Allah kepada anda . Mungkin hari ini anda tidak sedar bakat anda yang terpendam itu. Mengapa terus-terusan meniru artikel blogger lain. Jadikan artikel anda berkualiti dan unik dengan cara tersendiri. Jangan terlalu memuji blogger dan penulis lain, sehingga anda terlupa bahawa anda juga ada bakat menulis yang tersendiri.

BAGAIMANA anda ingin tahu jika anda sendiri tidak pernah memberi peluang kepada diri sendiri?

Hargai dan sayangi diri anda sendiri. Menghormati karya atau artikel serta status facebook insan lain, menunjukkan anda menghormati diri anda sendiri. 

Terima kasih.


Khamis, 1 Oktober 2015

INSURANS DAN TAKAFUL MURAH


ANDA BENCI DAN MALAS DENGAN KOMITMEN INSURANS ATAU TAKAFUL BULANAN YANG  MEMAKAN MASA LAMA?

MENCARI DAN BERDOA AGAR TERDAPAT INSURANS ATAU TAKAFUL YANG SINGKAT SAHAJA TEMPOH BAYARAN PREMIUM?

INGINKAN BAYARAN PREMIUM YANG RENDAH?

TETAP INGINKAN NILAI TUNAI DAN TIDAK INGIN WANG ANDA HANGUS BEGITU SAHAJA?

MENCARI BAYARAM PREMIUM INSURANS DAN TAKAFUL YANG RENDAH?

TERUSKAN MEMBACA ARTIKEL DI BAWAH INI...

Bagi anda yang mencari INSURANS ATAU TAKAFUL MURAH dari SERENDAH RM50 sebulan anda boleh memikirkan untuk melanggani produk TAKAFUL ini.


PREMIUM TAKAFUL bermula serendah RM50 Sebulan 

Pelan ini hanya MELINDUNGI 36 PENYAKIT KRITIKAL, KEMATIAN & KETIDAK UPAYAAN KEKAL.

ISTIMEWANYA PRODUK INI, 

ANDA HANYA PERLU MEMBAYAR SELAMA 7  @ 10 TAHUN SAHAJA PREMIUM, mengikut pilihan anda.

DAN ANDA DILINDUNGI  SELAMA 20 TAHUN

(DARI 36 PENYAKIT KRITIKAL ,KETIDAK UPAYAAN KEKAL DAN KEMATIAN )

Genap tempoh polisi 20 tahun ,

NILAI TUNAI anda akan di kembalikan.

Anda boleh menghubungi saya sendiri untuk maklumat lanjut ,

HANYA WASSAP & TELEGRAM :-

KHADEEJA DI TALIAN 016 - 276 2636

atau email sahaja maklumat diri atau keluarga anda ke email :-



Maklumat diri atau ahli keluarga anda yang diperlukan hanyalah :-

1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Jantina
4. Pekerjaan
5. Merokok atau tidak


Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...