Khamis, 22 Oktober 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 23 - WARUNG AJA


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Ini adalah Tempat Makan Best di Kuantan yang seterusnya iaitu Warung AJA dan sambungan dari link ini Tempat Makan Best Di Kuantan : Qasar Saba.

Di ringkaskan sahaja artikel ini. WARUNG AJA ini berhadapan dengan MASJID BUKIT SETONGKOL.  Di tepi jalan sahaja. Berurusniaga untuk masakan tengah hari bermula jam 12 tengah hari. Juga menyediakan sarapan pagi dan masakan panas untuk hidangan petang.

WARUNG AJA ini istimewa kerana menyediakan 80 menu hidangan (anda boleh menggunakan carian google dan terdapat artikel paparan dari akhbar HARIAN METRO tentang keistimewaan warung ini).

Di bawah ini adalah antara hidangan yang terdapat di WARUNG AJA ini yang sempat saya ambil.

sotong








Dibawah ini pula antara hidangan atau makanan ringan yang boleh di bawa pulang.

harga jagung kelapa muda ini RM5
BUBUR CHA CHA RM4



Selain pelbagai snek dan makanan lain disini juga turut di jual potongan buah-buahan dan air kelapa muda.



Terdapat pelbagai pilihan cecahan ulam disini termasuk tempoyak, budu, cencaluk, kicap lada, bawang putih jeruk, petai jeruk dan sebagainya. Ubi kayu rebus juga terdapat disini selain buah dan ulam segar yang pelbagai pilihan.





Saya dan rakan saya menikmati menu sup ikan merah di kongsi berdua. Masing-masing mengambil sambal udang segar 3 ekor dan sayur pilihan saya ialah cendawan butang  dan sahabat saya sayur campur. Kos menu ini ialah RM25 (sup ikan merah RM10). Harga air kelapa muda segar pula RM3.50 tanpa ais atau tambahan air. Maaf gambar makanan kami telah dipadamkan secara tidak sengaja oleh saya.

Hidangan kambing bakar pula masih lagi tidak siap di masak kerana kami tiba ke warung ini awal untuk mengelakkan kena beratur panjang.

bubur lambuk yang diberi percuma
Warung AJA juga turut menyediakan bubur percuma kepada pelanggan pada hari RABU dan JUMAAT. Pada hari RABU tempoh hari kami mendapat bubur lambuk sea food percuma yang kaya dengan hidangan udang dan sotong. Menarik bukan?. Rasa bubur lambuk ini sungguh sedap dan kaya santan. Anda patut mencubanya.

Anda boleh memilih sama ada menikmatinya di WARUNG AJA atau membawa pulang. Bekas plastik percuma diberi jika anda ingin membawa BUBUR LAMBUK percuma ini pulang.


Pada hari JUMAAT, WARUNG AJA ini memberi bubur kacang  hijau percuma kepada semua pelanggan di sini. Bubur kacang hijau di sini juga sedap dan pekat.

Pujian harus diberikan kepada pemilik WARUNG AJA ini kerana beliau juga seorang yang cukup peramah dan pemurah . Ini tidak hairan kerana dalam seminggu , terdapat 2 hari makanan percuma yang diberikan disini. Semoga pemilik warung ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Tunggu apa lagi, jika anda berada di Kuantan, jangan lupa singgah di warung ini dan support warung yang sentiasa memberi sedekah dan makanan percuma seperti warung aja ini.

Terima kasih.

*** ini adalah artikel sambungan seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : SARA BOAT NOODLE


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...