Jumaat, 23 Oktober 2015

DIET: KOS ATAU BUDGET BUAH-BUAHAN MURAH

Kini makin ramai menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari. Bayangkan 2 bulan lalu saya mampu mendapatkan sepeket Lobak Merah dari Australia dengan harga RM1.55 dan sekarang harga Lobak Merah Australia kini berharga RM3.99.  Perbezaan yang ketara bukan?. Bukan sahaja kerana perbezaan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang semakin menurun tapi juga kerana harga petrol yang meningkat pada tahun ini.

Walau bagaimanapun ini bukan alasan untuk mengelakkan mengamalkan diet yang lebih sihat. Ia diakui harga buah epal dari USA semakin meningkat begitu juga produk-produk import yang lain.

Masa untuk anda menukar pilihan buah dan sayur anda kepada barangan atau buah tempatan. Gambar diatas adalah antara buah-buahan tempatan atau import dari negara Thailand yang lebih murah dari buah import dari negara lain. Ia, matawang Thailand juga semakin meningkat, dan ia tidak dapat dielakkan kerana diluar bidang kuasa kita sebagai rakyat biasa.

Buah nenas tempatan yang menurut penjual pasar yang biasa saya beli, di ambil dari Johor HANYA BERHARGA RM2.50 sebiji. Cukup untuk anda menyediakan jus buah nenas yang kaya bromelin dan vitamin C. Anda boleh menggunakan blender atau mesin kisar biasa untuk membuat jus. Dan ia jauh lebih jimat dari anda membeli 10 biji oren valencia import. Jangan memandang rendah khasiat buah nenas ini. 

Sebiji pisang tanduk ini berharga RM3. Sekilogram pisang tanduk adalah RM6. Kenapa pisang tanduk? kerana ia kurang manis dan sedap di buat gorengan atau pun pengat. Jika dikerat dan dipotong kecil, cukup untuk 2-3 kali goreng. Sebenarnya cukup lengkap untuk anda yang mempunyai bilangan keluarga yang kecil.

Buah delima dari Thailand HANYA RM5 UNTUK 3 BIJI. 1 biji tidak sampai RM2. Buah delima adalah superfruit. Lebih berbaloi anda membeli buah delima ini pada musimnya dari membeli buah-buahan lain kerana kos penjimatan yang amat tinggi dari segi khasiat super food itu sendiri. Jangan pandang rendah kelebihan buah delima yang terpapar namanya dalam Al-Quran ini.

Buah belimbing besi 3 biji hanya RM1.50. Buah belimbing yang berwarna kuning terang ini juga merupakan buah tempatan yang kaya dengan vitamin C. Alangkah murah harga belimbing besi ini dibanding dengan buah import yang lain?

Seterusnya, jangan dilupakan buah jambu batu yang jauh lebih murah dari buah oren import. Sekilo hanya RM4 dan dengan 2 biji buah jambu batu yang saya beli ini harga tidak sampai RM4. Buah jambu batu lebih tinggi kandungan vitamin c dari oren. Baca lebih lanjut khasiat buah jambu batu di link ini KHASIAT BUAH JAMBU BATU.

Jumlah keseluruhan buah-buahan ini hanya RM11. Budget yang cukup untuk 3 hari jika anda pandai berjimat cermat. Jauh beza jika dibandingkan jika anda memilih buah-buahan import yang lebih banyak racun dari buah-buahan ini.

Semoga artikel ini membantu anda dalam menambah semangat untuk menambah buah-buahan dalam diet anda.

Terima kasih.


3 ulasan:

Aku dan Fibromyalgia berkata...

Hi Qisha...i am here...tinggal jejak sat

Aku dan Fibromyalgia berkata...

Hi Qisha...i am here...tinggai jejak

Liza

Qisya Khadeeja berkata...

Tqvm liza.. Line tenet i slow..nnti i lawag blog u ye 😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...