Rabu, 28 Oktober 2015

TOPICAL STEROID WITHDRAWAL @ EKZEMA : APA YANG PERLU DI ELAKKAN ?

Ini adalah artikel dari sambungan artikel sebelumnya di link ini BARANGAN PENCUCI UNTUK MEREKA YANG MENGHIDAPI EKZEMA

selepas fasa pertama TSW, boleh minum kopi tenum ye
Lama saya tidak menulis mengenai EKZEMA atau TOPICAL STREROID WITHDRAWAL (TSW). Mood menulis dan idea kadang-kadang datang, kadang-kadang hilang membuatkan saya kadang-kadang agak sukar mengatur ayat agar anda mudah memahami pengalaman saya dan ilmu yang ingin saya kongsikan.

Baiklah jika anda kini menghidapi EKZEMA atau sedang melalui TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW). 

Ini antara nota yang perlu anda hafal dan elakkan. Ingat satu perkara , setiap tubuh manusia berbeza. Ada yang alergik bahan-bahan berlainan. Itu sebabnya kenapa anda kena melakukan patch test dahulu sama ada sesuai dengan tubuh anda atau tidak.

Saya ringkaskan perkara yang perlu anda elakkan  hanya untuk sementara waktu 6 bulan atau jika rajin 9 bulan atau berterusan selama mungkin:-

1.Elakkan makan daging berproses termasuk sosej, nugget tempura dan sebagainya.

2. Elakkan makan biskut sama ada biskut kering atau biskut manis apa lagi coklat, gula-gula, kek dan ais krim.

3. Berhenti seketika menikmati makanan yang diperbuat dari tepung putih walau pun tepung "unbleach" seperti jenama faiza mahupun tepung bidara.

4. Faham. Roti paling mudah dinikmati ketika lapar sama ada waktu pagi atau malam, tetapi sila hentikan tabiat ini untuk sementara waktu dan jika terpaksa anda cuba dapatkan roti sourdough yang menggunakan proses penapaian.

5. Elakkan makanan bergoreng apa lagi jika menggunakan minyak yang sama berulang kali.

6. Kurangkan menikmati makanan tinggi GMO terutama jagung , kentang dan pelbagai lagi.

7. Elakkan binatang berhormon seperti ayam komersial dan daging lembu. Daging lembu korban di benarkan.

8. Pelik tapi benar. Ikan belaan yang konon terkenal seperti keli, haruan, tilapia atau apa sahaja yang dibela penuh dengan toksid dan boleh menyebabkan keradangan. Elakkan ikan ini.

9. Sedih tapi anda terpaksa berkorban terutama jika anda di fasa pertama topical steroid withdrawal, ikan kembung dan ikan kerisi juga boleh menyebabkan keradangan dan kegatalan. Fokus kepada sejenis ikan yang insyaallah selamat seperti ikan selar. Digalakkan rebus atau buat singgang.

10. Sila lupakan kopi dan teh berkafein buat sementara waktu kerana kafein mengeringkan kulit. Ganti teh tanpa kafein seperti rooibos dan teh herba lain.

11. Makan sayur-sayuran hijau atau buat juicing semua sayuran mentah berwarna hijau. Amal minum lemon dan cuka epal.

12. Lupakan sebentar buah yang tinggi kandungan gula atau ubi-ubian seperti buah mangga yang manis, buah rambutan dan ubi keledek oren yang amat manis.

13. Makan beras perang untuk sementara waktu dan bihun perang.

14. Buat kuih rebus-rebus dan steam sahaja.

15. Amal minum rooibos tea jika anda tidak alergik pada rooibos tea.

16. Jangan tinggal menikmati bawang putih mentah yang telah di cincang dan dibiarkan selama sepuluh minit baru telan. Sila hadapi bau badan yang teruk kerana pengeluaran toksin dari badan.

17. Jangan stress. Jaga emosi anda.

18. Elakkan sebarang pewangi sama ada bedak , perfume , deodorant dan sebagainya.

19. Elakkan penggunaan sabun kimia ganti organik.

20. Elakkan mandi menggunakan sabun , cari jenama tanpa kimia seperti moogo atau buds. Jika tidak cukup budget.. mandi sahaja tepung beras pulut atau lebih bagus cuka epal yang di tambah air.

21. Anda juga boleh mandi menggunakan daun semambu.

22. Pastikan sarung tilam dan bantal di basuh cuci-cuci dengan baking soda (boleh di beli di kedai bakery sekilogram hanya RM4.80) dan jadikannya sebagai bahan cucian baju dan cadar anda.

23. Minum air mineral yang banyak setiap hari.

24. Makan makanan yang anti radang seperti nenas muda yang kaya bromelin di ulu nenas, bawang putih mentah, sayuran hijau, gum arabic @ manna , lidah buaya segar , minyak kelapa dara dan cuka epal. Jika mampu anda boleh tambah supplement seperti olivenol dan lactogg atau probiotik dan prebiotik lain yang boleh di dapati di farmasi.

25. Dapatkan minuman probiotik semulajadi seperti kefir dan kambucha yang di beri percuma di kebanyakan group facebook.

26. Sila join kumpulan sokongan ekzema (KSE) atau naae (ekzema malaysia) di facebook untuk sokongan rakan-rakan lain yang mengharungi EKZEMA ini.

27. Tukar garam biasa anda gunakan dengan garam pink himalayan dalam masakan. Anda juga boleh mandi menggunakan epsom salt atau garam epsom.

28. Berhenti menikmati semua produk tenusu termasuk susu, keju dan pelbagai produk tenusu lain untuk sementara waktu. 

29. Pastikan tidur yang cukup walau tidur anda tentu akan terganggu dengan keradangan kulit dan proses yang berlaku.

30. Pastikan kulit anda sentiasa lembab dengan sapuan minyak kelapa dara ( jika anda tidak alergik / actually jarang terdapat individu yang alergik minyak kelapa dara).

31. Elak makanan mengandungi transfat, majerin, gula proses, ragi , soya dan pelbagai lagi makanan yang boleh mencetuskan keradangan. (Sila google maklumat ini).

32. Elakkan juga kacang tanah kerana ia mempunyai fungus dan tidak berapa bagus untuk kesihatan hati.

33. Juga elakkan kacang soya dan segala makanan yang melibatkan soya untuk sementara waktu.

34. Elakkan juga minum minuman seperti milo, horlics, susu kambing serbuk kerana ia adalah makanan terproses.

35. Lupakan jua jus-jus sunnah terproses seperti jus delima gulsan atau jus-jus sunnah campuran kurma dan sebagainya. Jika anda inginkan makanan sunnah sebenar buat jus delima dan kurma sendiri. Minum susu kambing asli.

Pada fasa pertama topical steroid withdrawal adalah normal jika anda tidak sesuai menggunakan produk seperti minyak kelapa dara sebagai sapuan atau produk-produk lain kerana ketika fasa pertama ini tubuh memang menolak segala-galanya. Walaupun anda menjaga dan mengamal diet yang keras dan straight.

Fasa pertama TSW ialah fasa kulit anda sedang "mengamuk" dan tidak makan di pujuk. Tetapi teruskan sahaja advice diatas kerana ia akan "heal" atau sembuh sendiri seiring anda menjaga pemakanan dan diet anda serta produk harian anda gunakan.

Jangan risau atau tertekan dengan saranan di atas.

Atas pengalaman saya dan rakan-rakan perkara di atas hanya di lalui 6 ke 9 bulan sahaja. 

Anda sudah boleh menikmati makanan kegemaran anda perlahan-lahan peringkat demi peringkat seiring kesembuhan.

Tetapi pantang selama 6 bulan itu mengajar anda diet yang lebih sihat untuk anda terus jalani.

Harus diingatkan proses Topical Steroid Withdrawal ini di lalui dalam 1 sehingga ke 3 tahun mengikut fasa-fasa tertentu. 

Belum tentu anda sembuh sepenuhnya dari Ekzema ia boleh datang kembali jika anda tidak menjaga diet dan produk harian anda serta emosi anda.

Setakat ini perkongsian untuk kali ini, semoga bermanfaat.


Terima kasih.

*** ini sambungan artikel seterusnya DIARI MAKANAN @ FOOD DIARY UNTUK EKZEMA . Anda boleh membaca segala artikel mengenai EKZEMA DAN TSW DI BAWAH KATEGORI EKZEMA / TSW di blog ini. Sila pastikan anda menggunakan desktop atau menukar paparan desktop jika anda menggunakan telefon bimbit. Terima kasih.






4 ulasan:

Farrah MF berkata...

Banyak ye kena pantang makan. Tapi yelah, nak baik kena cekal sikitlah.

Qisya Khadeeja berkata...

Itulah nak sihat atau sembuh sebenarnya mmg byk kn jaga makan ni..

nadia berkata...

Lengkap jgk kak qisya punya blog :)

Qisya Khadeeja berkata...

Tqvm nadia ๐Ÿ‘๐Ÿ˜ƒ. Thanks sudi singgah & komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...