Selasa, 27 Oktober 2015

12 KHASIAT KULIT KAYU MANIS, KHASNYA UNTUK KAUM LELAKI


kulit kayu manis ceylon yang dibeli oleh saya dan sering dijadikan tambahan dalam minuman kopi panas

KULIT KAYU MANIS adalah antara herba paling popular dalam masakan kaum di Malaysia. Saya adalah antara yang menyukai kulit kayu manis terutama jika di isi di dalam sup kegemaran saya. 

Terkini meletakkan Kulit Kayu Manis di dalam minuman panas kegemaran seperti kopi dan koko adalah antara kegemaran saya. 

Memang jauh lebih sedap rasa minuman kopi dan koko panas dengan tambahan KULIT KAYU MANIS (saya menggunakan ceylon bukan cassia) berkali ganda dengan kopi atau koko tanpa campuran herba yang di panggil cinnamon di dalam bahasa inggeris ini.


PERBEZAAN KULIT KAYU MANIS CASSIA DAN CEYLON - imej dari google dan di edit oleh saya
Jika anda kerap menggunakan kulit kayu manis di dalam masakan atau minuman seperti saya.  Di nasihatkan agar anda memilih kulit kayu manis CEYLON kerana CEYLON lebih rendah kadar COUMARIN yang dikatakan boleh menyebabkan kerosakan hati.

Tetapi jika anda jarang menggunakan Kulit Kayu Manis. Cukup sekadar menggunakan KULIT KAYU MANIS yang biasa terdapat dalam pasaran iaitu kulit kayu manis jenis CASSIA yang jauh lebih murah.

Kulit Kayu Manis jenis CEYLON berharga RM16 untuk 100 gram. Amat mahal berbanding kulit kayu manis biasa yang terdapat di kedai runcit. Sila pastikan anda menggunakan kulit kayu manis CASSIA ini dengan kadar yang sedikit atau sesuai. 


Berikut adalah antara KHASIAT KULIT KAYU MANIS untuk perkongsian kita bersama:-

1. Herba nombor 2 yang terkenal di Amerika Syarikat dan di Eropah Barat selepas lada hitam atau black pepper ini  di katakan amat bagus mengubati batuk. Anda boleh menambah madu dengan serbuk kulit kayu manis ini untuk mengubati batuk yang di alami.

2. Seperti batuk, Kulit Kayu manis juga jika dibuat teh dan di campur lemon dan madu turut membantu melegakan sakit tekak dan selsema.

3, Air Kulit Kayu Manis dan campuran sedikit halia juga membantu melegakan sakit arthritis.

4. Paling istimewa KULIT KAYU MANIS ini juga dikatakan boleh mengurangkan risiko mati pucuk  (erectile dysfunction) di kalangan kaum lelaki. 

5. Pengambilan kulit kayu manis juga membantu mengurangkan kesejukan badan, kurang selera makan, kekejangan otot , muntah-muntah, cirit birit juga dehidrasi tubuh.

6. Dikatakan juga bahawa KULIT KAYU MANIS juga membantu dalam mengurangkan risiko dan kesembuhan Kencing Manis jenis 1 dan kencing manis jenis 2.

7. Kulit kayu manis juga dikatakan turut membantu mengurangkan jangkitan  fungus dan kulat kerana kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya.

8. Bahan CEppt yang terdapat di dalam kulit kayu manis di katakan turut membantu mengurangkan risiko ALZHEIMER.

9. Hasil kajian di INDIA , dikatakan bahawa kulit kayu manis mungkin berpotensi membunuh kuman yang bersangkut paut dengan HIV.

10. Kulit kayu manis juga dikatakan membantu mengurangkan kesan lemak jahat makanan yang di makan. 

11. Campuran kayu manis dan pepermint di katakan turut membantu dam penyembuhan dan rawatan luka.

Segala info diatas saya pelajari dan rumuskan dari artikel dari link ini http://www.medicalnewstoday.com/articles/266069.php

Tunggu apa lagi, sila tambah kulit kayu manis dalam menu masakan dan minuman anda dalam kadar yang sederhana dan sesuai.

Dan sila pilih jenis kulit kayu manis yang sesuai dengan keperluan anda. Pastikan jangan berlebihan kandungan coumarin kerana bahaya untuk kesihatan hati.


Terima kasih.



2 ulasan:

Farrah MF berkata...

Akak suka tambah kayu manis dalam air koko atau kopi. Aromanya best sangat!

Deeja berkata...

Wahhh!!! Samalah kita... Serius sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...