Khamis, 5 April 2018

7 CARA MENINGKATKAN HORMON TESTOSTERON SECARA SEMULAJADI YANG ANDA BOLEH CUBA


7 cara semulajadi yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan hormon testosteron




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hormon adalah isu yang semakin diambil berat oleh kebanyakan individu yang mendalami mengenai ilmu perubatan dan tubuh. Semakin ramai doctor yang menerangkan sesuatu penyakit turut berkaitan dengan hormon. Terdapat pelbagai jenis hormon didalam tubuh manusia dan dikatakan ia lebih 600 jenis hormon.

Kecelaruan hormon dan hormon tidak stabil sering kali dikaitkan dengan penyakit yang dihidapi oleh pelbagai individu termasuk stress atau tekanan juga sukar tidur. Malah penyakit mengenai kesuburan dan kedutan turut berkait dengan hormon. Itu antara alasan kuat mengapa anda berjumpa dengan individu 30 an tetapi seperti 50 an, juga individu 50 an seperti 30 an. Ini kerana perkaitan hormon, pemikiran, cara hidup juga persekitaran.

Antara hormon yang sering dibincangkan oleh kebanyakan doktor dan ilmuwan kesihatan ialah hormon testosterone. Hormon testosterone bukan sahaja berkait dengan kulit, ‘awet muda’ dan kesihatan malah ia juga berkait rapat dengan kesihatan.

Semakin berusia seorang individu, semakin menurun hormon testosteron, tidak seperti ketika remaja dan muda belia, hormone testosterone meningkat ketika itu.

Bagi individu yang menghadapi isu Hormon Testosteron yang rendah dan ingin mengatasi masalah isu hormone testosterone ini anda boleh mencuba cara semulajadi yang insyaallah tidak meninggalkan kesan sampingan buruk terhadap tubuh berbanding hormone gantian.

Menurut Dr. Eric Berg didalam video yang dikongsikan oleh beliau di saluran youtube beliau, menggamalkan hormone gantian akan menyebabkan ‘pemberhentian kerja gland’ yang merembeskan hormone. Dengan bahasa mudah faham sebagai masyarakat umum, apabila kerja ‘gland’ diambil alih oleh hormon gantian, ‘gland’ ini akan merajuk dan berhenti bekerja, sekaligus akan lebih memburukkan keadaan atau pengantungan berterusan kepada hormon gantian. Bagi mengelakkan ‘gland’ merajuk lebih baik bagi mereka yang menghadapi isu ini untuk belajar dari mula bagaimana meningkatkan hormon testosterone secara semulajadi.

Di bawah ini dikongsikan 7 CARA SEMULAJADI BAGI MENINGKATKAN HORMON TESTOSTERON BAGI MEREKA YANG MENGHADAPI ISU HORMON TESTOSTERONE RENDAH.


1. Berpuasa atau Interminate Fasting

Berpuasa atau intermite fasting dikatakan mampu meningkatkan hormone testosterone sehingga 400%. Ia cara paling mudah dan berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone. Maka berpuasalah. Umat Islam digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis juga puasa hari putih iaitu pada 13, 14 dan 15 bulan hijrah selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

2. Pemakanan Sihat dan Semulajadi
Pemakanan sihat dan asli bukan sahaja hangat dibincangkan di dunia kesihatan malah telah lama diajar oleh Islam sendiri betapa makanan baik itu penting. Ia bukan sahaja halal malah toyyib dengan kata lain tidak membahayakan kesihatan kecuali dalam keadaan darurat. Dengan kata lain apa bila ada pilihan yang sihat didepan mata berbanding pilihan tidak sihat, ia bukan darurat untuk memilih yang tidak sihat. Maka tidak hairanlah mengapa cendikiawan mengatakan bahawa zaman ini , sihat itu jihad.

Pilih pemakanan sihat dan kurangkan karbohidrat terutama karbohidrat proses, jumlah protein yang mencukupi, kurangkan gula proses.

Ingat nikmati ‘real food’ atau makanan sebenar. Jangan tinggalkan sayur-sayuran terutama sayur-sayuran hijau, amalkan makan buah-buahan setiap hari termasuk buah masam seperti buah limau, mangga dan nenas muda.


3. Tambah makanan mengandungi LEMAK HAIWAN BAIK atau saturated fat

Saturated Fat atau lemak dari haiwan sebelum ini dikatakan lemak tidak baik untuk kesihatan tubuh. Anda harus faham, haiwan yang tinggi pengambilan makanan berunsur hormon, menghasilkan lemak yang tidak bagus. Namun bagi binatang yang menikmati makanan sihat seperti rumput segar yang tumbuh liar menghasilkan lemak yang baik. Lemak kambing biri-biri, lemak dari sendi-sendi tulang binatang seperti kambing, lembu dan ayam yang menikmati rumput dan makanan sihat amatlah bagus untuk kesihatan manusia dan membaik pulih usus sekaligus mengstabilkan hormon termasuk hormon testosteron.


4. Melakukan aktiviti angkat berat atau weight training

Aktiviti angkat berat sering dikatakan boleh menyebabkan Rahim turun dikalangan wanita dan sakit badan atau terseliuh di kalangan lelaki.
Namun berita kesihatan moden hari ini mengatakan bahawa angkat berat dengan cara yang betul membantu menyihatkan tubuh dan menguatkan otot dan tulang.

Anda harus tahu cara sebenar angkat berat dan melakukan senaman dan aktiviti angkat berat bagi mengelakkan risiko seperti Rahim semakin menurun, terseliuh, sakit belakang dan pelbagai kecederaan kecil yang lain.

Mulakan aktiviti angkat berat ringan seperti mengangkat dumbbell ringan sebelum mengangkat barang atau objek lebih berat.

Dengan sering bergerak atau mengangkat berat, tubuh anda akan mudah bekerja dan berfungsi sekaligus membantu meningkatkan hormon testosteron. Jangan terlalu manjakan tubuh anda kecuali anda sedang sakit atau berpantang kerana ketika ini otot dan tubuh anda memang berada dalam keadaan lemah atau cedera.

Aktiviti angkat berat atau weight training ini digalakkan dilakukan dalam 3-5 kali seminggu sahaja berpandukan kesihatan dan tubuh badan anda serta aktiviti angkat berat yang dilakukan. Jika anda ingin meningkatkan hormon testosteron, jangan takut melakukan aktiviti angkat berat dan mula belajar melakukan ia dengan cara yang betul dari sekarang.


5. Menambahkan Omega 3 dalam pemakanan seharian

Omega 3 telah lama diiklankan sebagai sumber vitamin penting untuk tubuh. Belajar nikmati makanan yang tinggi omega 3 kerana kebanyakan makanan moden hari ini tinggi omega 6 dan tidak seimbang kandungan omega 3 sehingga menyebabkan berlaku keradangan dalam tubuh individu sekaligus menyebabkan penyakit lebih mudah hinggap di tubuh.

Antara makanan yang tinggi omega 3 ialah ikan tuna, ikan sardine, kuning telur , badam, bayam, kangkung , susu kambing , ikan salmon liar , yogurt, brokoli, avocado dan banyak lagi.

Kandungan omega 3 yang seimbang membantu menaikkan hormon testosteron.


6. Detoks Hati Anda

Islam mengajar kita menjaga hati dan betapa hati itu ialah sarang penyakit. Terkini berita perubatan mengatakan hati harus dihindarkan dari perasaan marah, dengki dan dukacita untuk sihat. Ini kerana hati merupakan organ ke 2 terbesar di tubuh dan berfungsi dalam mengawal hormon ditubuh.

Hati juga mudah rosak bukan sahaja kerana pemikiran dan emosi individu tetapi kerana factor pemakanan dan persekitaran. Antara cara detoks hati ialah menikmati makanan yang boleh mencuci hati  dan senang didapati seperti ubi bit merah, bawang putih, limau gedang , lobak merah, teh hijau atau matca , sayur-sayuran hijau , alphukat atau avocado , apple, minyak zaitun, brokoli, kobis bunga , lemon, limau nipis, kacang walnut, kobis  dan kunyit.

Hati yang bersih akan membantu hormon yang lebih stabil dan membantu menaikkan hormon testosteron.


7. Dapatkan sinaran matahari mencukupi

Jangan terlalu takut kepada sinaran matahari terutama sinaran matahari pagi. Jangan takut berjemur dipantai dan sunburn kerana kuasa sinaran matahari dan pasir pantai untuk kesihatan telah terbukti amat bagus oleh doktor-doktor semulajadi yang menggalakkan berjalan diatas pasir pantai yang bersih dan berjemur di bawah cahaya matahari di waktu pagi atau petang.

Cahaya matahari membantu mengstabilkan hormon, memberi sinaran vitamin D asli yang amat penting untuk tubuh dan kesihatan. Malah cahaya matahari pagi atau petang turut membantu menaikkan hormon testosteron.

Individu yang sering tertekan atau bersedih digalakkan menikmati sinaran cahaya matahari pagi, kerana sinaran cahaya matahari ini membantu mengurangkan stress dan mengstabilkan hormon. Malah mereka yang sukar tidur dan hamil juga digalakkan menikmati sinaran cahaya matahari pagi atau petang untuk tidur yang lena dan salah satu cara mengatasi isu kesuburan.

Anda yang menghadapi masalah hormon terutama hormon testosteron, sukar tidur, berat badan yang sukar turun dan pelbagai masalah kesihatan lain berkaitan hormon testosteron, boleh mencuba 7 CARA SEMULAJADI UNTUK MENAIKKAN HORMON TESTOSTERON ini.

Terima kasih.







Selasa, 3 April 2018

Zai's Beauty Formula Dalam Kenangan :- Produk Penapaian dan Rahsia Kecantikan Istana Zaman Silam


Brochure Zai's Beauty Formula

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Produk Zai's Beauty Formula adalah antara carian yang sering dipaparkan di 'reference dashboard' blog ini, sekaligus membuktikan masih ramai yang mencari produk Zai's Beauty Formula.

Apa istimewa produk Zai's Beauty Formula ini berbanding produk traditional lain?.

Selain berada di pasaran lebih 20 tahun, produk ini yang pertama mewar-warkan cara didikan dalam mempromosikan produk Zai's Beauty Formula.

Mengetengahkan bahaya bahan kimia yang sering digunakan dalam produk komersial dan produk yang konon dilabelkan herba dan bahan asli antara yang sering ditekankan dalam brochure Zai's Beauty Formula adalah bahaya pewangi, pewarna, penyatu, pengawet dan kimia berbahaya seperti DMM Hydantoin, Allantoin, Mineral oil, Butylene Glycol, Petroleum Jelly, butylparaben dan pelbagai bahan kimia lain yang sehingga kini masih tidak diketahui masyarakat umum bahayanya.

Untuk masa sekarang kebanyakan mereka yang mula belajar mengenai bahan semulajadi hanya tahu bahaya paraben, Sodium Laureth Sulfate, SLS, SLES, BHT dan florida sahaja, bahan-bahan lain masih ramai tidak tahu bahayanya termasuk bahan berunsur TALC.

Iklan bedak Zai's Beauty Formula telah lama membahaskan bahaya talc, maka bonus untuk para pengguna Produk Zai's Beauty Formula yang 'alert', anda akan pelajari banyak perkara yang sukar anda dapati dari pembacaan jika anda menggunakan produk ini 20 tahun dahulu sebelum internet dan google mendominasi.

penerangan mengenai proses pembuatan dan penapaian yang digunakan oleh Zai's Beauty Formula. Suatu waktu dulu saya tidak faham kenapa asyik sebut organisma dan probiotik dalam proses penapaian, kini saya semakin faham dan faham.

Pengasas Zai's Beauty Formula ialah YM Dr. Tunku Zaidar, beliau belajar banyak ilmu kecantikan dan istana zaman silam dari moyang beliau.

Tahukah anda, berkurun dan berabad dahulu, di tanah melayu, Istana dan golongan bangsawan menjadi pelopor bidang keilmuan termasuk ilmu kecantikan kerana pada masa itu, istana merupakan pusat pentadbiran, kebudayaan dan keilmuan. Sebagai puat tumpuan masyarakat setempat, pelbagai keramaian sentiasa diadakan diistana. Jadi, tentu sekali penting untuk wanita bangsaawan sentiasa kelihatan  cantik, berseri dan awet muda supaya menjadi kebanggaan suami mahupun keluarga mereka sendiri. Disinilah bermulanya amalan dan rahsia ilmu kecantikan puteri di DiRaja Melayu.

Istimewa YM Dr Tunku Zaidar amat berminat dengan bidang kecantikan istana zaman silam dan beliau sempat belajar ilmu ini dengan moyang beliau, dengan ilmu yang penuh didada YM Dr Tunku Zaidar mengabungkan teknologi saintifik terkini dengan rahsia ilmu kecantikan warisan DiRaja Melayu.

YM Dr Tunku Zaidar bukan sahaja lulusan dari kedoktoran vaterinar, malah saya melihat sendiri betapa cinta beliau kepada ilmu falak dengan pelbagai info yang saya lihat dan baca sendiri di portal khas untuk pengguna Zai's Beauty Formula terpilih yang diberi pangkat tertentu sekaligus bahagian tertentu sahaja untuk dibaca. Saya bernasib baik kerana terpilih berada dalam bahagian tertinggi untuk mendalami portal dan ilmu yang disampaikan disitu.

Untuk info, cinta YM Dr Tunku Zaidar kepada ilmu falak (semua produk Zai's Beauty Formula berdasarkan ilmu falak terutama ekstrak bunga dan batu, serta bahan tertentu yang mempunyai waktu paling berkembang dan paling banyak ekstak berpandu tarikh falak atau cahaya bulan) membolehkan beliau tersenarai antara 3 individu ahli NASA Malaysia. Saya melihat sendiri sijil atau pengesahan nama penuh beliau dari NASA dan gambar bulan serta gambar istimewa tertentu yang diberikan oleh NASA kepada ahlinya dalam tahun 2008-2012. Tidak sia-sia saya sering bertandang ke salon Zai's Beauty Formula membaca dan berkongsi ilmu serta berborak dengan ramai pelanggan Zai's Beauty Formula yang memasuki 3 generasi.

Saya akan menyambung kisah mengenai beberapa individu yang saya jumpa di salon Zai's Beauty Formula untuk artikel sambungan akan datang.

Bagi anda yang baru belajar mengenai penapaian, ketahuilah produk Zai's Beauty Formula menggunakan proses penapaian dan mempunyai yis sendiri. Satu produk mengambil masa bertahun untuk proses ekstrak dan penapaian. Malah paling istimewa ilmu penapaian ini turut menggunakan ilmu falak diraja. Masih teringat Beautician Zai's Beauty Formula berkata bahawa segala herba, tumbuhan, buah delima digunakan dalam produk ini ditanam di ladang milik Zai's Beauty Formula sendiri, ketika itu saya masih tidak faham apa itu organik dan kepentingan tanaman ditanam sendiri. Apabila terkena ekzema dan melalui proses TSW (Topical Steroid Withdrawal), saya akhirnya faham kenapa organik dan tanam sendiri itu penting. 

Banyak lagi mengenai rahsia proses dan produk Zai's Beauty Formula yang akan saya kongsikan di artikel sambungan akan datang.

Bagi anda yang terus mencari produk Zai's Beauty Formula dan menghubungi saya, ketahuilah bahawa produk Zai's Beauty Formula kini tidak lagi dijual di pasaran dan tidak diberi hak oleh mana-mana syarikat untuk di jual atau diberi formula untuk menjaga kualiti dan nama baik produk Zai's Beauty Formula itu sendiri.

Berkenalan dengan produk Zai's Beauty Formula seterusnya terkena ekzema dan melalui proses TSW memberikan satu nikmat ilmu dan didikan yang pasti sukar difahami jika jalannya tidak seindah diatur oleh Illahi.


Terima kasih.





Isnin, 2 April 2018

8 CARA MUDAH BAGI MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Keguguran rambut adalah perkara biasa di zaman moden, ia disebabkan oleh pemakanan dan diet yang tidak seimbang, udara bertoksik, bahan kegunaan harian yang kaya bahan kimia yang merosakkan hormon serta tekanan kerja dan perhubungan.

Isu keguguran rambut juga berkait rapat dengan hormon tertentu dalam tubuh.

Antara cara yang paling mudah untuk anda mengurangkan masalah atau isu keguguran rambut ialah :-

1.  Kurangkan penggunaan bahan kimia dalam produk penjagaan diri terutama produk rambut.

Produk seperti syampu, pelembab, serum, minyak rambut dan vitamin dan serum rambut realitinya terlalu banyak bahan kimia. Anda harus rujuk setiap bahan yang digunakan dalam produk rambut anda. Hasil kajian dan penelitian produk yang mewar-warkan sebagai vitamin dan supplement rambut juga mengandungi bahan kimia merbahaya. Dapatkan syampu dan produk rambut yang menggunakan bahan kimia lembut, kurangkan penggunaan syampu dan perapi atau produk rambut lain. Jika anda biasa menggunakan syampu sebesar syiling 50 sen sekali bersyampu, kurangkan menjadi sebesar duit syiling 20 sen.


2. Guna minyak atau sapu minyak di rambut sebelum bersyampu

Minyak boleh mendap atau menyebabkan kelemumur jika terlalu banyak disapu diatas kulit kepala. Anda harus faham, sekalipun ia minyak asli 100% risiko komodegenik tetap ada.

Salah satu cara untuk memakai minyak ialah hanya sapu dihujung helaian rambut sahaja. Bukan keseluruhan rambut.

Namun salah satu cara mengelakkan risiko rambut gugur dan syampu terus ke rambut anda (syampu mengandungi bahan kimia kuat), ialah dengan menyapu minyak sebelum anda mandi. Antara minyak yang disyorkan termasuk minyak zaitun, minyak kelapa dara atau minyak argan. Sapu hanya untuk 2 jam sahaja, kemudian cuci dan mandi. Minyak diakui membantu melebatkan dan menguatkan rambut namun anda harus tahu cara sebenar dalam menggunakan minyak di rambut.


3. Santan Kelapa sebagai penganti syampu atau masker rambut

Selain minyak kelapa, santan kelapa juga amat bagus untuk menguatkan rambut serta melebatkan rambut juga mengurangkan rambut gugur. Bonus untuk anda yang rajin mengamalkan santan kelapa, rambut anda juga akan hitam berkilat dan lambat di tumbuhi uban.

Anda boleh menukar syampu anda kepada santan kelapa jika anda rajin, cairkan santan kelapa dan tambah daun pandan untuk bau wangi.

Pilihan lain anda boleh buat masker rambut dari paste lemak santan. Biar santan dalam 5 jam, sampai lemak pekat naik ke atas. Ambil lemak pekat itu dan sapu ke rambut buat sebagai masker. Biarkan selama 5 jam dirambut anda kemudian cuci bersih-bersih. Pilihan lain jika anda sanggup anda boleh membalut rambut anda dengan santan kelapa sebelum tidur. Pagi esok sila cuci dengan 5 biji limau nipis sebersih-bersihnya.

Harus ditegaskan disini santan kelapa atau lemak kelapa jika tidak dicuci dengan bersih akan menyebabkan pemendapan minyak sekaligus kelemumur. Ramai yang tidak menyedari akibat ini kerana tidak cukup ilmu. Jika kepala anda jenis cepat berminyak dan berkelemumur jauhkan dari memakai santan pekat atau lemak santan ini di waktu malam. Hanya pakai siang kurang dari 5 jam dan cuci bersih.


4. Bunga Raya dan daunnya

Bunga raya selain membantu mengurangkan uban juga menyejukkan rambut. Ia mengurangkan risiko rambut gugur. Kepala yang panas kerana dipenuhi toksin diotak selain stress dan terlalu banyak berfikir dan mengingati pelbagai perkara menyebabkan keguguran rambut. Ambil beberapa kuntum bunga raya dan beberapa helai daun bunga raya segar. Ramas dan sapukan seluruh kepala dan rambut. Amalkan selalu. Insyaallah cara ini akan mengurangkan kepanasan kulit kepala dan mengurangkan risiko rambut gugur.


5. Sebiji Telur

Telur terkenal sebagai sumber protein dan lemak baik yang sihat. Makan sebiji telur rebus sehari, jangan tinggal kuning telur tersebut. Selain makan sebiji telur rebus anda juga digalakkan mencuci rambut dengan sebiji telur dan perapkan ia dalam 2 ke 3 jam. Cuci bersih dengan limau nipis. Jangan terus syampu. Syampu sahaja pada hari esok. Telur bukan sahaja menguatkan rambut sekaligus ini membantu mengurangkan rambut putus dan rambut gugur. Bonus rambut anda pasti akan lebih berkilat.


6. Lidah Buaya untuk menyejukkan kulit kepala

Harus diakui lidah buaya bukan sahaja berguna sebagai minuman detoks dan supplement asli yang bagus untuk tubuh. Malah lidah buaya juga membantu menyejukkan kepala yang panas, membuang toksin dikepala sekaligus ia menerbitkan rasa dingin sekaligus menguatkan rambut. Rambut yang berasaskan kepala yang panas pasti akan memudahkan risiko keguguran rambut terjadi. Sapu lidah buaya dirambut anda dan jangan lupa minum isi lidah buaya tersebut. Pastikan anda kenal lidah buaya yang boleh dibuat jus dan dimakan dengan tidak. Jika tidak lebih baik anda sapu sahaja dirambut anda tanpa perlu diminum.


7. Menjaga Pemakanan dan Persekitaran

Terimalah hakikat pemakanan memang berhubung kait dengan hormon sekaligus rambut anda. Ini termasuk persekitaran anda dari bahan yang anda gunakan udara dan cara anda menguruskan tekanan atau stress.

Perubahan hormon akibat usia, mengandung, keguguran, sakit, perubatan dan pelbagai lagi menyumbang kepada keguguran rambut dan masalah kesihatan lain. Jaga pemakanan seharian anda. Amalkan menikmati makanan kaya zink, biotin, omega3, lemak baik, minyak biji labu, biji-bijian terpilih, kekacang yang sihat dan kurangkan makanan tinggi gula dan proses. Rajinkan berjalan dan bermain dengan matahari pagi atau petang.


8. Minum air menyejukkan badan seperti air kelapa muda atau barli

Badan yang panas, penuh toksin dan sering mengabaikan nutrisi penting adalah antara penyebab rambut gugur dan kulit kering. Nikmati air kelapa atau air barli antara minuman menyejukkan badan yang disyorkan bagi mengurangkan risiko panas badan yang turut memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut.

Selain itu anda juga boleh mencuba basuh rambut atau kepala dengan air kelapa untuk kulit kepala yang lebih sihat dan rambut yang lebih kuat dan cantik. Air kelapa tidak sesuai bagi wanita dalam pantang dan baru lepas bersalin. Selain itu air kelapa juga boleh menyebabkan sakit tulang bagi mereka yang mengalami sensiviti tubuh pada air kelapa. Kenali tubuh anda sebelum mengamalkan sesuatu remedy dan makanan.

Dengan 8 cara mudah dilakukan ini, insyaalah isu keguguran rambut anda akan mudah diatasi.

Selamat mencuba 8 cara mudah bagi melebatkan rambut ,mengurangkan dan mengatasi masalah rambut gugur ini.


Terima kasih.




Ahad, 1 April 2018

3 KLAUSA PENGECUALIAN YANG HARUS ANDA AMBIL TAHU DALAM POLISI TAKAFUL @ INSURANS


Klausa Pengecualian Dalam Polisi Takaful @ Insurans

Jika anda merancang untuk menyertai pelan Takaful, cuba dapatkan risalah atau Product Disclosure Sheet (PDS) dari wakil Takaful untuk produk yang anda ingini. Risalah atau PDS juga boleh dimuat turun dari laman web pengendali Takaful jika anda ingin membuat perbandingan di antara beberapa produk-produk. Penting ke risalah atau PDS ni?...Secara peribadi, saya rasa penting untuk mendapat ‘First-Hand’ information bagi beberapa produk sebelum membuat pilihan...Ingat, pelan Takaful adalah pelan jangka panjang dan anda perlu berkira dan berhati-hati ketika memilih.

Jika anda menerima risalah atau PDS, cuba cari klausa atau peruntukan mengenai Pengecualian atau ‘Exclusion’ untuk pelan Takaful tersebut. Secara umumnya, Jika anda mengalami perkara-perkara di bawah klausa Pengecualian, peluang anda untuk menyertai pelan Takaful tersebut mungkin nipis atau jika diterima, jumlah caruman atau ‘Contribution’ yang perlu dibayar agak mahal dari biasa. Maklumlah, risiko anda telah berubah dan jika ingin juga dilindingi, ‘Special Conditions’ mungkin akan dikenakan. Di sini, saya ingin berkongsi 3 klausa Pengecualian yang biasa di dalam mana-mana pelan Takaful:

1) Penyakit atau keadaan sedia ada. Selalunya, ia merujuk kepada penyakit atau keadaan ketika ingin menyertai pelan Takaful. Contoh, jika anda pernah mengalami penyakit kronik sepert jantung atau kanser, peluang anda untuk mendapat perlindungan mungkin nipis atau tiada. Sama juga jika anda pernah masuk hospital atau menerima rawatan berkala seperti dialisis atau diabetic, chances untuk mendapat perlindungan agak sukar. Mengapa? Profil risiko anda berubah dan kebarangkalian untuk membuat tuntutan mungkin tinggi. Pelik tapi inilah realiti. Ingat, ambil pelan Takaful ketika sihat. 

2) Kecederaan yang dilakukan ke atas tubuh badan. Ini boleh berlaku dengan atau tanpa niat. Mesti anda terfikir, siapalah yang nak cederakan diri semata-mata untuk mendapat pampasan Takaful...jawapan saya, ada dan keadaan sekarang terlalu kerap. Melalui pengalaman, ada yang sanggup memotong jari untuk mendapat ganti rugi dari pengendali Takaful...Macam-macam kan? Mencederakan diri sendiri adalah dilarang dalam Islam dan mana-mana agama lain. So, perkara ini dikecualikan dan tidak layan memohon pampasan pelan Takaful.

3) Penyakit-penyakit kritikal yang simptom pertamanya dikesan 30 hari selepas tarikh sijil Takaful dikeluarkan. Sesetengah pengendali Takaful meletakkan diantara 15-30 hari dan yang mana lebih awal. Keadaan sebegini sukar dielakkan dan kadang-kadang menjadi beban kepada pemegang sijil Takaful. Cara untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, saya nasihatkan anda melakukan ‘Health Screening’ dengan kerap supaya anda tidak terkejut nanti. 

Ada banyak lagi Pengecualian di dalam pelan Takaful dan ia juga bergantung kepada produk yang dipilih (untuk maklumat tepat sila rujuk polisi anda). Jangan khuatir atau resah, rujuk dulu kepada agent Takaful anda jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai Pengecualian.  Satu lagi, jika anda rasa apa yang saya kongsikan hari ini bermanfaat, sila panjangkan perkongsian ini kepada yang lain. Semoga bertemu lagi. Terima Kasih.

-FN-





Selasa, 27 Mac 2018

Motivasi Untuk Kekal Dan TERUS BLOGGING


motivasi untuk kekal menulis dan berblogging


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ramai menulis blog tanpa arah tujuan dan suka-suka sebagai hobi dan minat yang mendalam terhadap penulisan dan coretan.

Ada yang menulis untuk berkongsi resepi dan minat memasak. Segolongan suka menulis untuk berkongsi ilmu dan menjadikan ia sebagai salah satu sedekah jariah.

Ada individu yang menulis blog sebagai motivasi untuk terus rajin membaca dan mengali ilmu agar dapat ditulis diblog dan digunakan sendiri.

Ada yang menulis blog untuk jangka masa panjang sebagai promosi produk akan datang dan juga branding.

Apa sahaja niat penulis, hanya penulis yang tahu namun ada waktunya tidak kira ia hobi atau sekadar suka-suka, ramai akhirnya meninggalkan bidang penulisan kerana kurang motivasi dan merasa jemu malah ada yang mula bertukar kepada media sosial lain.

Tidak kira siapa pun anda sebagai blogger picisan atau separuh mata atau sekadar suka-suka, realitinya blog tidak seindah yang sering dikhabarkan kecuali anda begitu serius dan focus untuk menjadikan blog anda Berjaya dengan mempelajari secara khusus mengenai blog dengan mengikuti segala video, ceramah, kursus, dan mengikuti segala tertib yang diajar dalam menjadikan blog anda sebagai super blog yang akhirnya Berjaya dikunjungi lebih ratus ribu pengunjung dalam sehari, ia itu menunjukkan bahawa segala penat lelah anda Berjaya. Anda boleh lihat kesungguhan seorang blogger dengan memerhati berapa artikel yang diposkan diblog setiap hari. Jika anda melihat artikel tidak konsisten anda sendiri tahu apa yang anda beri itulah apa yang anda dapat.

Setiap kualiti artikel blog melambangkan apa yang anda pelajari dan luahkan diblog. Belajar menulis artikel dari mula sehingga semakin bijak dan berkembang menunjukkan kematangan diri anda. Dari satu kategori ke satu kategori.

Realitinya blog tidak seperti media sosial lain yang lebih cepat mendapat follower, peminat mahupun pelanggan serta komen banyak seperti facebook, whatapps dan instagram. Untuk Mendapat likes juga sukar. Itulah blog hanya mereka yang kuat semangat sahaja yang akan meneruskan penulisan tanpa mengharapkan apa-apa balasan komen atau penambahan follower cukup ia memberi manfaat kepada insan lain atau sekadar memberi manfaat atau menghabiskan waktu yang terluang dari membuat perkara yang lebih sia-sia.

Blog secara halus membantu meredakan stress melalui penulisan. Membantu otak berkerja keras dengan memikirkan idea yang bernas ketika menulis. Malah blog akan mengajar penulis berfikir untuk menulis artikel apa untuk seterusnya meneroka kategori apa untuk seterusnya.

Apabila muncul kategori baru yang mula dikenalkan, anda sendiri akan boleh menilai kesusahan artikel pertama diterbitkan berbanding ratusan artikel yang akhirnya Berjaya diterbit dalam kategori sebelum itu. Ia Nampak seperti mudah dalam satu coretan panjang, namun realtiinya pemahaman setiap kategori tidak semudah itu.

Dengan cara yang benar dan konsisten, dalam jangka waktu tertentu blog akan membawa follower, peminat , pembaca malah pelanggan kepada anda sendiri. Itu yang sentiasa ditulis dan dipelajari dari mereka yang Berjaya dari blogging yang realitinya berkorban jauh banyak perkara dengan mereka yang menulis suka-suka. Apa yang anda beri itulah yang anda dapat.
Tidak seperti 10 tahun dahulu, kini blog disertakan sekali dalam website tertentu dimana di dalam satu website terdapat homepage atau pintu masuk, kemudian ke blog dan kemudian ke website untuk membeli belah atau mengkaji sesuatu produk sebelum dibeli.

Melihat carta belian di pusat membeli belah online anda boleh melihat dengan jelas betapa dekripsi atau decription sesuatu produk itu semakin ditulis panjang lebar dan jelas tahun demi tahun bagi melahirkan kepuasan pelanggan sebelum membeli produk. Blog yang menulis secara ikhlas kesan baik dan buruk serta maklumat am yang sukar didapati diblog lain atau media sosial lain akan mendapat lebih banyak manfaat seiring manfaat ilmu yang diberikan oleh blog tersebut. Maka beri yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik namun anda tidak perlu menunggu menjadi terbaik untuk bermula. Bermula dan baiki ia hari demi hari pasti niat baik dan ikhlas anda akan dibantu oleh tuhan.

Ada blog tertentu yang membawa pembaca yang berminat terus ke website membeli belah atau link jualan atau promosi produk tertentu. Ada blog yang meminta maklumat email dan mempromosikan mengikut email dan ada blog hanya digunakan sebagai hobi untuk melepaskan rasa jemu dan memberi ruang untuk menulis dan menjadi rujukan pembaca lain. Kebiasaannya blog dengan tulisan ringan dan tidak membebankan untuk suka-suka dan realease tension menjadi kegemaran pembaca termasuk blog fesyen dan kecantikan. Maka jika anda perlukan ramai follower dan pembaca yang rajin meninggalkan komen anda boleh mencuba membina blog jenis itu berpandukan sasaran anda apa.

Ketika anda rasa malas menulis dan berhenti berblogging, kebiasaannya akan ada sesuatu mengejutkan anda untuk singgah diblog anda dan menulis. Andai penulisan dan meluah rasa serta berkongsi ilmu itu memang budaya dan minat serta passion anda, blog anda akan kekal aktif walaupun mungkin ia ditinggal tidak dikemaskini memakan bulan.

Tentukan apa minat anda dan tulis mengenai apa yang anda minat dan suka, pasti anda akan terus menulis dan pastikan apa yang anda tulis memberi manfaat kepada orang lain terutama mereka yang singgah membaca dan menjadikan blog anda sebagai idola dan sumber rujukan.

Ketika anda merasa lemah, anda boleh berhenti sebentar. Kemudian tulis lagi dan lagi walaupun pendek. Jangan biar blog yang anda bina terus berhabuk, blog membantu anda rajin membaca jika anda menjadikan blog anda sebagai motivasi untuk anda membaca, blog akan menjadikan anda berilmu jika anda menjadikan blog anda sebagai medan berkongsi ilmu. Dengan cara ini anda akan lebih kekal lama berblogging. Malah anda harus ingat dengan mempelajari ilmu baru anda bukan sahaja mengerakkan lagi otak anda supaya terus berfikir malah ia membantu otak anda lebih aktif dan kurang risiko nyanyuk.

Lakukan pelbagai aktiviti yang memerlukan anda berfikir, pelajari perkara baru dan kongsikan ia dalam blog anda.

Selamat mencuba, terima kasih.





Isnin, 26 Mac 2018

8 Cara Yang Anda Boleh Cuba Bagi Membantu Masalah Tiroid Terlalu Aktif







Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Antara tajuk yang sering diketengahkan oleh kebanyakan doctor ialah penyakit berkaitan hormone. Doktor Eric Berg, Dr. Axe, Dr. Mercola, Dr Mark Hyman dan pelbagai doctor popular dalam bidang holistic sering menekankan perkaitan hormone dalam kesihatan dan kesimbangan tubuh badan.

Dikatakan terdapat 600 jenis hormone dan 12 gland dalam tubuh manusia. Setiap hormone ini mempunyai perkaitan sendiri. Setiap bahagian tubuh manusia mempunyai PH tertentu yang berlainan antara satu sama lain.

Selain pemakanan, factor persekitaran dan bahan penjagaan diri memberi kesan negative kepada tubuh manusia, malah pengunaan wifi dan internet yang berleluasa turut menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada manusia walaupun manusia telah menjaga diet dan pemakanan sebaik mungkin. 

Antara isu kesihatan yang paling kerap diutarakan oleh doctor holistic ialah mengenai thyroid atau tiroid. Dikatakan tahun demi tahun isu tiroid semakin meningkat , malah golongan wanita dikatakan hampir 20% mengalami isu ini tidak kira umur, dan golongan. Ini bagi mereka yang di datang membuat ujian dan di diagnose. Bagi yang tidak di diagnose atau tidak pernah membuat ujian mereka sendiri tidak tahu bahawa mereka menderita tiroid.

Antara tanda hypothyroid ialah kulit kering, merasa panas membahang, usus bocor, badan atau suhu badan sentiasa panas, otak lembab, depresi atau kemurungan, masalah usus, sensitive, mudah letih dan penat, terlalu gemuk atau terlalu kurus, pcos dan masalah berkaitan kesuburan.

Berikut 8 Cara Yang Boleh Dijadikan Amalan Bagi Mengatasi Isu atau Masalah kesihatan berkaitan Tiroid

1. Mengamalkan Makanan Memaksimakan Fungsi Tiroid

Makanan terbukti antara penyebab penyakit juga antara penyembuh pelbagai penyakit.  Antara makanan digalakkan untuk fungsi tiroid ialah makanan tinggi omega 3 seperti ikan liar, ikan salmon liar, minyak ikan, rumpai laut, spirulina, lembu yang makan daging atau kambing. Makanan berwarna gelap seperti blackberry, delima merah, juga warna unggu pekat seperti blueberry, terung , keledek unggu dan sebagainya asalkan berwarna gelap kerana lebih gelap warna sesuatu makanan asli lebih tinggi antioksidan. Selain itu dapatkan makanan tinggi vitamin B, Thiamine, B12 dan belajar menikmati caviar.


2. Kekurangan Nutrien Dalam Tubuh

Kekurangan nutrient akibat diet tidak seimbang dan gaya hidup zaman moden juga menjadi punca pelbagai penyakit zaman moden ini. Rambut nipis, emosi yang sering berubah-ubah, isu metabolism dan masalah kesihatan lain termasuk kesuburan juga timbul akibat kekurangan nutrient. Antar nutrient yang sering dijumpai kurang diamalkan oleh masyarakat moden ialah Vitamin B, iodin, selenium, vitamin D terutama dari cahaya matahari. Warna makanan yang gelap sinonim dengan isu tiroid. Maka pilih makanan yang berwarna gelap seperti blueberry, lobak unggu, keledek unggu dan beras hitam yang kaya pelbagai nutrisi.


3. Herba Adoptegenics

Herba terkenal zaman berzaman sebagai antara remedy penyembuhan dan kesihatan. Antara herba popular ialah Ashwaganda yang terkenal untuk hormone kortisol. Herba rhodiola amat bagus untuk kes depresi atau kemurungan ringan, selain itu ginseng, holy basil atau selasih, ciasandra dan licoris juga amat bagus untuk mereka yang menghadapi isu thyroid.


4. Detoksifikasi Menggunakan Herba Asli

Tubuh manusia kaya dengan toksin sama ada toksin luaran dan toksin luaran. Detok amat penting untuk tubuh. Antara penyebab kecelaruan hormone tiroid dan pelbagai hormone lain termasuk toksin. Maka anda boleh amalkan beberapa herba untuk detoksifikasi seperti kunyit, chilagi, pegaga, milk thistle, chilantra, dandelion, parsley juga saderi. Amalkan herba ini dalam pemakanan anda atau buat jus dengan campuran buah dan sayuran kegemaran anda.


5. Menggunakan Minyak Pati Asli

Minyak pati asli seperti luban atau kemenyan arab, lemon, lavender, thyme dan pelbagai lagi terkenal berkurun lama sebagai salah satu remedi penyembuhan kesihatan dan kecantikan serta awet muda. Pastikan anda memilih minyak pati asli organic dan dilabelkan sebagai dietary supplement. Minyak pati asli amat bagus untuk merawat masalah hormone tiriod. Anda boleh hidu, sapu ditubuh atau menggunakan minyak pati tertentu (tidak semua minyak pati selamat untuk dimakan) sebagai tambahan dalam makanan anda. Anda boleh mendapatkan minyak pati asli jenama Young Living Essentials Oils dengan whatapss atau hubungi Khadeeja di 016 276 2636.


6. Cendawan Perubatan

Cendawan adalah makanan kesihatan dan ubat dalam perubatan cina dan suku kaum asli di dunia ini. Dikalangan kaum asli di Malaysia cendawan kurap harimau terkenal sebagai ubat kanser payudara. Dalam bidang kesihatan dan penyembuhan semulajadi dan holistic, cendawan juga merupakan makanan kesihatan dan pengubatan. Antara cendawan yang disyorkan diamalkan oleh individu yang menghadapi isu tiroid ialah cendawan reishi yang juga dikenali sebagai mushroom of immortality, cordyceps, lion mane, shitake, chaga dan pelbagai fungus. Buat sup cendawan atau tambah cendawan ini dalam sup atau bubur kegemaran anda atau jadikan ia sayur campuran dalam sayur kegemaran anda.


7. Probiotik

Masyarakat zaman moden kehilangan banyak probiotik atau bakteria baik dalam tubuh. Amalan antibiotic, steroid dan pelbagai makanan yang memusnahkan bakteria baik ini termasuk air paip yang tinggi klorin menyebabkan pelbagai masalah usus dan penghadaman. Tambah probiotik dalam diet anda terutama jika anda menghadapi isu hypertiroid. Makanan kaya probiotik seperti kefir, kambucha, kimchi, miso sup, nato, tempoyak, budu, cencalok, tapai, sayur jeruk, temped an yogurt adalah antara makanan yang digalakkan dalam pemakanan seharian. Kurangkan makanan proses yang tinggi gula.


8. Makan Lebih Lemak Baik, Seimbangkan Karbohidrat dan protein

Lemak baik amat bagus untuk tubuh. Contoh lemak baik ialah santan, minyak sapi, minyak zaitun, mentega, telur, ikan salmon, minyak kelapa, susu segar dari lembu yang makan rumput, avocado dan pelbagai jenis lemak baik lagi. Amalkan lebih lemak baik dalam pemakanan, kurangkan karbohidrat terutama karbohidrat proses, anda boleh belajar menikmati beras tercambah atau produk bijirin tercambah sihat yang lain.
                                                     

Dengan mengamalkan diet yang tepat serta perubatan berpandukan pakar perubatan mengenai hormone tiroid dan penyakit tiroid.  Penyembuhan isu tiroid akan lebih mudah dan menyenangkan. Penyakit hari ini bukan sahaja akibat dari pemakanan, malah juga dari udara dan alam sekitar serta stress yang sering terbentuk dalam jiwa dan tubuh anda.


Selamat mencuba 8 cara yang anda boleh cuba untuk mengatasi isu Tiroid terlalu aktif, yang diubah suai dari video oleh Dr.Axe ini khas untuk anda yang mengalami isu hypertiriod.


Terima kasih.




Sabtu, 24 Mac 2018

CUBA 10 SOLUSI MASALAH KESUBURAN INI






Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hormon menjadi isu kesihatan beberapa tahun kebelakangan ini. Malah ia merupakan isu normal dikalangan masyarakat dunia hari ini. Masalah hormon berkaitan adrenal, estrogen, progesterone, kortisol dan pelbagai lagi hormone semakin kerap di bincangkan oleh para doctor baik doctor perubatan moden juga doctor yang mengamalkan perubatan semulajadi.

Isu hormone paling utama ia menggangu kesuburan dan emosi, mengakibatkan stress dalaman dan luaran pada individu. 

Hormon gantian bagi sesetengah individu meninggalkan kesan sampingan kepada tubuh seperti menyebabkan kesan sampingan kepada adrenal gland dalam cara kerja adrenal gland sekaligus ia tidak disyorkan bagi mereka yang masih boleh diubati dengan cara lebih semulajadi seperti perubahan pemakanan, gaya hidup dan pemikiran.

Berikut ialah 10 Solusi Yang Boleh Di Cuba Jika Anda Mengalami Isu Kesuburan.

1. Ambil Ujian Pengesahan

Kebanyakan individu, baik lelaki atau wanita, jarang mengambil ujian penuh kesuburan untuk mengetahui masalah hormone dan kekurangan nutrisi dan vitamin dalam tubuh mereka. Dengan ujian penuh, maklumat mengenai estrogen sama ada tinggi atau rendah termasuk hormone lain.

Hormon progesterone yang rendah boleh menyebabkan risiko kerugian. Hormon Kortisol juga menggangu tidur dan stress. Senaman yang dilakukan setiap hari juga boleh menyebabkan tubuh semakin sihat atau semakin teruk. Jika ini terjadi kepada tubuh, ia menunjukkan latihan atau senaman yang dilakukan itu sama ada tidak dilakukan dengan cara yang betul atau dilakukan pada waktu dan masa yang salah. Tidak semua senaman boleh dilakukan pada waktu malam dan pada waktu badan tidak sihat atau tertekan.

2. Belajar Mengenai Kolesterol

Kebanyakan hormone gantian ialah hormone steroid. Hormon steroid dikatakan mengandungi kolesterol.  Kolesterol terbahagi 2. Kolesterol baik dan kolesterol jahat. Dikatakan bahawa kolesterol dan protein berkait rapat. Hormon yang sihat memerlukan kolesterol baik seperti kolesterol dari telur, juga lemak avocado dan minyak zaitun. Jangan takut kepada kolesterol kerana kajian terbaru menunjukkan kolesterol baik dan menikmati telur tidak menyebabkan sakit jantung.

3.Jauhi Tekanan dan stress

Kajian menunjukkan depressi atau tekanan mental amat kuat dalam kes pengidap PCOS. Adalah disyorkan penggunaan minyak pati asli seperti lavender untuk mengurangkan tekanan dan stress. Selain itu herba seperti California poppy turut membantu mengurangkan tekanan.

4. Amalkan Pemakanan Asid Lemak

Makanan mengandungi lemak baik semakin dipromosikan sebagai makanan sihat dalam proses penurunan badan dan menguatkan tubuh. Suatu waktu dahulu ramai takut kepada makanan yang mengandungi lemak yang dikatakan menyebabkan kegemukan dan masalah kesihatan. Seiring kesedaran dan kajian terbaru menunjukkan lemak terbahagi dua, lemak baik dan lemak jahat. Untuk melawan lemak, lawannya juga lemak. Yang harus ditekankan pastikan anda memilih lemak baik seperti asid lemak baik yang terdapat dalam kacang gajus, kacang walnut, kacang macadamia dan badam. Makanan yang kaya asid amino juga turut digalakkan dalam diet seharian anda. Flaxseed dan ikan laut dalam seperti salmon dan sardine amat disyorkan diamalkan dalam pemakanan seharian anda.

Avocado atau alpukat yang kaya lemak baik amat disyorkan diamalkan setiap hari. Avocado bagus untuk hati, hati berkait rapat dengan hormon, malah hati juga berfungsi meningkatkan glutathione yang amat berguna untuk tubuh dan kesihatan.


5. Senaman Yang Betul dan Konsisten

Senaman dan latihan seperti yoga, berjalan kaki, mengangkat berat, burst training, tabata yang diamalkan secara rutin dan bersilih ganti amat bagus untuk awet muda, mengurangkan kesan penuaan sekaligus amat bagus untuk peningkatan hormone yang turut membantu mengurangkan stress dan membantu tidur yang lena sekaligus memudahkan tubuh dalam penyembuhan dan rehat dimalam hari. Pastikan anda lakukan senaman dan aktiviti yang sesuai pada waktu dan keadaan yang betul. Waktu dan cara latihan yang salah hanya akan menyebabkan stress dalaman yang lebih teruk pada tubuh.


6. Elakkan Toksin termasuk Toksin Persekitaran

Dunia hari ini terlalu banyak perkara sukar dielakkan. Toksin pencemaran dari kilang industry, toksin dari segala asap kenderaan, toksin dari barangan rumah dan sekitar, toksin dari barangan penjagaan diri, toksin dari makanan, toksin dari plastic serta pelbagai lagi.

Penggunaan bahan plastic dalam penyimpanan makanan sebagai bekal ke pejabat dan sekolah turut meninggalkan kesan toksid kepada tubuh. Logam berat seperti periuk dan sudu aluminium juga memberi kesan metal dalam tubuh, barangan plastic dalam masakan dan penyimpanan serta proses makanan turut memberi kesan. Dapatkan bekas plastic BPA Free, kurangkan makanan yang dibungkus dalam polisterin atau plastic ketika panas, minum air bertapis dan cuba elakkan pencemaran.

Selain itu elakkan makanan proses terutama daging proses, makanan sejuk beku, makanan dalam peket, soya, susu komersial, makanan tinggi gula dan makanan segera.

Selain itu elakkan penggunaan pil kecantikan yang anda sendiri tidak pasti apa bahan-bahannya, pil perancang juga tidak digalakkan kerana ia bukan sahaja menganggu hormon dalam tubuh wanita malah kesan toksid pil perancang ini turut dialihkan atau transfer kepada pihak suami ketika melakukan hubungan seks. Ramai tidak faham bahawa kesan sampingan yang diterima oleh pihak lain sebenarnya boleh di alihkan kepada pihak kelain ketika hubungan seks dan ketika hamil kepada bayi dan keturunan seterusnya. Penggunaan pil perancang bukan sahaja menyebabkan pelbagai kekurangan nutrient pada tubuh malah menyebabkan isu candida terlebih biak dan pertambahan yis tidak sihat terhadap tubuh badan anda. Ada alasan kukuh kenapa islam sendiri mengharamkan zina dan tidak menggalakkan sesuatu yang tidak sihat diamalkan dalam merancang keluarga.


7. Makanan Padat Nutrisi

Air mineral atau air hidup, garam laut, magnesium, CBD, Vitamin B dan spirulina antara makanan dan nutrisi yang disyorkan untuk diamalkan dalam pemakanan seharian. Koko merupakan salah satu superfood yang tinggi antioksidan dan bagus untuk otak serta penghadaman. Pastikan anda memilih koko asli bukan koko proses. Makan dan nikmati makanan padat nutrisi. Kurangkan pemakanan yang menghakis nutrisi dalam tubuh anda seperti air berkarbonat dan makanan proses yang merbahaya.


8. Amalan Herba

Herba terkenal zaman berzaman dalam aktiviti perdagangan semenjak zaman. Malah kehebatan herba tidak dapat dinafikan dalam kesihatan dan penyembuhan penyakit. Herba seperti schisandra yang popular dalam perubatan cina, milk thistle dan kunyik ialah herba yang amat digalakkan diamalkan oleh individu yang menghadapi cabaran isu kesuburan.


9. Pemakanan Sebenar ialah Pemakanan Asli Zaman Berzaman

Food is Medicine, makanan ialah ubat sebenar telah lama diamalkan oleh masyarakat berkurun lama dahulu. Makanan sihat seperti ubi bit merah, sup tulang, spirulina, hemp atau ganja (sila rujuk Negara yang membenarkan penggunaannya), makanan kaya asid amino, buah delima, blueberry, blackberry, buah zaitun dan pelbagai makanan yang wujud berkurun lampau harus diamalkan dalam pemakanan seharian. Kembali kepada menu dan diet nenek moyang, Jika makanan itu tidak pernah terdapat dalam diet nenek moyang kita dahulu, jangan makan jika anda benar-benar ingin sihat dan sembuh dari isu kesuburan.

10. Minyak Pati Asli

Penggunaan minyak pati menjadi amalan pelbagai kaum berkurun tahun lampau. Ia menjadi pengubatan pelbagai penyakit selain digunakan bagi kecantikan wajah dan tubuh. Terdapat pelbagai minyak pati asli seperti lemon, thyme, patchouli, lavender yang amat bagus untuk membantu meringankan stress dan melegakan minda dan tubuh. Belajar menggunakan minyak pati asli ini dalam kehidupan seharian. Pastikan ia asli, organik dan dilabelkan dietary supplement. Penyembuhan minyak pati adalah salah satu ubat yang selamat digunakan dengan ilmu. Untuk pembelian minyak pati asli dan organic Young Living Essential Oils anda boleh hubungi dan whatapps terus Khadeeja di 016 276 2636.

10 Solusi ini boleh dicuba jika kes kesuburan ini masih awal dan belum diperingkat serius. Jika anda merasakan sukar untuk melakukan semua ini, lebih baik anda merujuk doctor dan pakar perubatan yang merawat anda dan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.

Segala maklumat diatas ditonton di video yang dikongsi oleh DR. AXE dan diolah kembali dengan bahasa mudah dan ringkas diblog ini.


Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...