Jumaat, 12 Jun 2015

8 PRINSIP KEJAYAAN STEVE JOBS







Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Salam Jumaat yang berkah. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 8 Prinsip Kejayaan Steve Jobs yang saya ambil dari majalah AO Tribe (Majalah Pakar Motivasi Dr. Azizan Osman). Saya sering membaca majalah AO Tribe ini sebagai antara motivasi bagi saya , sebagai manusia biasa kita memang memerlukan motivasi untuk diri sendiri. 

Apakah 8 Prinsip Kejayaan Steve Jobs itu?

1) Buat perkara yang anda suka lakukan
Cari minat sebenar anda. Lakukan apa yang anda suka sehingga ia membawa perbezaan. Satu-satunya cara untuk mendapat hasil kerja yang terbaik adalah dengan mencintai apa yang anda lakukan.
2) Jadikan ia berbeza
Mempunyai pemikiran berbeza “Lebih baik menjadi lanun daripada menyertai tentera laut” kata Steve Jobs. Maksudnya bukan berfikir untuk melakukan perkara yang buruk, tapi selalu berfikiran luar biasa.
3) Lakukan yang terbaik
Melakukan yang terbaik bagi setiap kerja yang dilakukan. Jangan leka! Hanya kejayaan membina lebih banyak kejayaan. Mengupah orang yang bagus dengan mempunyai kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.
4) Membuat analisis SWOT
Sebaik sahaja anda menyertai atau membina syarikat, buat satu senarai tentang kekuatan dan kelemahan diri dan syarikat anda di atas sekeping kertas. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan demi keuntungan syarikat. S-Strengths, W-Weaknesses, O-Opportunities & T-Threats.
5) Jadi usahawan
Mencari sesuatu yang hebat untuk masa hadapan. Cari idea-idea dengan pantas dan mengambil tindakan tegas terhadap idea tersebut. Kadang-kala langkah pertama merupakan langkah yang paling sukar. Teruskan sahaja!
6) Mula kecil, berfikiran besar
Jangan bimbang terhadap banyak perkara pada waktu yang sama. Selesaikan beberapa perkara yang mudah dahulu dan kemudian baru selesaikan perkara yang lebih rumit. Fikirkan tentang masa hadapan bukan masa esok sahaja.
7) Berusaha menjadi pemimpin industri
Memiliki dan mengawal teknologi utama di dalam semua perkara yang anda lakukan. Jika terdapat teknologi baru yang lebih baik, gunakan ia walaupun orang lain masih tidak menggunakannya. Jadikannya yang pertama dan menjadikannya satu taraf industri.
8) Pelajari dari kegagalan
Kadang-kala apabila anda membuat pembaharuan, anda boleh terjerumus kepada kesilapan. Adalah lebih baik untuk mengakui kesilapan itu dengan cepat dan terus meningkatkan inovasi anda yang lain.
Baiklah ini sahaja yang boleh saya kongsikan dengan anda untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini.  Insyaallah kita akan berjumpa lagi diartikel akan datang. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.



Khamis, 11 Jun 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KL PART 10 - KEK & COOKIES PALING BEST DI KL

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Entry ini adalah sambungan dari link ini Tempat Makan Best Di KL - PART 9. 

Jika anda mencari kek yang sihat dan amat sedap sekali. Sila datang menimati keenakannya di Butik Cafe Zurhana Shoppe di Platinum Walk, Danau Kota.

Istimewanya kek ini, ia diperbuat dari "pure butter" atau "premium butter" jenama SCS yang terkenal antara mentega terbaik dikalangan mereka yang mementingkan kesihatan. Paling penting ada sesetengah kek yang dibuat oleh chef ini diperbuat dari gandum dari Turki, malah jika anda adalah pencinta organik , anda juga boleh membuat "special request" dengan chef kek ini dengan menggunakan tepung dan gula organik. Hebatkan????



antara barisan kek yang terdapat di butik cafe ini


Terdapat pelbagai jenis kek di butik kafe ini antaranya carrot cake yang resepinya dipelajari oleh Chef Yuyu ketika beliau belajar di Amerika lagi. Carrot Cake atau kek lobak beliau adalah antara kek paling sedap pernah saya nikmati. Salted Caramel Choc Cake beliau juga amat enak sekali. Jadi tunggu apa lagi sila datang cepat ke butik cafe ini atau jika anda tinggal jauh dari Kuala Lumpur anda juga boleh membeli kek ini online melalui intagram atau facebook Nurul Syuhada Yuyu.

fuhhh!! serius sedap sekali kek salted caramel chocolate ini.






Selain kek chef yang amat mengemari bidang masakan dan mencintai bidang bakery ini turut menjual secara online produk menarik dan sedap yang lain seperti congo bar, Premium chewy choc chips Cookies dan sebagainya. Sila lawati facebook beliau di link ini https://www.facebook.com/nurul.yuyu


























Chef Yuyu juga turut menyediakan perkhidmatan tempahan kek untuk perkahwinan , hari jadi, keraian, pejabat dan sebagainya. Anda hanya perlu menghubungi beliau di talian hp melalui wassap atau telegram 0196216141.


Chef yuyu juga aktif didalam bazar-bazar yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur. Berikut adalah gambar-gambar suasana di gerai kek beliau.






Chef yuyu juga mempunyai blog beliau sendiri iaitu bemycupcakehouse.blogspot.com . Anda boleh lawati blog beliau ini. Tetapi beliau bukan aktif blogger dan blog beliau amat jarang diupdate.

mengenai yuyu digoogle






Anda tidak perlu risau tentang harga kek dari chef yuyu ini. Amat murah sekali dibandingkan dengan rasa dan kualiti kek beliau serta bahan-bahan sihat dan berkualiti tinggi yang digunakan oleh beliau. Sebagai pencinta dan pengemar kek, beliau telah menterjemahkan rasa sebenar dan keenakan kek kedalam setiap resepi beliau sendiri. Tunggu apa lagi, sila lawati facebook beliau sekarang atau datang segera ke butik cafe Zurhana Shoppe di Platinum Walk, Danau Kota, untuk merasai nikmat indah menikmati keenakan kek sebenar. Anda juga boleh melawati facebook Chef Yuyu di https://www.facebook.com/nurul.yuyu atau pun menghubungi beliau di talian 0196216141. untuk tempahan. Tempahan dibulan Puasa dan Hari Raya telah pun dibuka sekarang. Sila cepat sebelum tempahan ditutup.

Baiklah sekian sahaja entry saya untuk kali ini. Salam sayang dari saya.  Insyaalalah kita akan berjumpa lagi di entry akan datang. Love, huge & kiss.

*** ini link sambungan seterusnyaTempat Makan Best Di KL - PART 11

Rabu, 10 Jun 2015

BLOGGER : BUAT DUIT DENGAN EXABYTES


Exabytes 100 Blogger Ads Program


Assalammmualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Baiklah selain Nuffnang, kini Exabytes juga adalah antara platform yang boleh digunakan oleh blogger untuk menjana pendapatan. 




Jika anda menepati syarat-syarat berikut anda boleh mencuba nasib untuk memohon iklan exabytes untuk diletakkan pada blog anda.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :-

- minimum 350 unique visitor sehari
- Hantar screenshoot unique visitor blog anda bagi 2 bulan lepas kepada marketing@exabytes.com.my , digalakkan dari google analytic
- Proses kelulusan dalam 5-7 hari bekerja
- Selepas kelulusan, pihak Exabytes akan memberikan skrip banner dalam 5-7 hari bekerja

Terma dan syarat permohonan Iklan Exabytes :

- Trafik Blog kebanyakannya dari Malaysia
- Bayaran akan dibuat  6 minggu selepas banner diletakkan di blog melalui akaun bank.
- Bayaran hanya menggunakan akaun bank di Malaysia sahaja.
- Kelulusan permohonan iklan ini bergantung kepada trafik blog, sumber trafik, niche kandungan dan bounce rate.


email pertama yang dihantar oleh saya ke pihak Exabytes

Syukur alhamdulillah, saya telah mencuba nasib dengan menghantar email kepada pihak Exabytes. Hanya dengan imej yang ringkas dan screenshot dari iphone sahaja. Oleh kerana screenshot @ gambar yang dihantar oleh saya tidak jelas. Pihak admin memohon agar saya  "printscreen" Nuffnang analytic saya. Anda boleh mendapatkan Nuffnang Analytic ini di akaun nuffnang anda sahaja.




Saya hanya menghantar satu bulan sahaja penyata screenshot Nuffnang analytic bagi blog saya kerana saya tidak tahu dimana ingin mencari penyata Nuffnang analytic bagi bulan sebelumnya dan saya telah memaklumkan kepada pihak Exabytes. Biasalah saya memang agak perlahan dalam bab-bab teknologi maklumat kebelakangan ini. heheheh.



Syukur ke hadrat illahi, pihak Exabytes tetap menerima alasan saya itu dan berdasarkan satu bulan sahaja penyata screenshoot dari Nuffnang analytic , pihak Exabytes telah meluluskan permohonan saya. Alhamdulillah.




Alhamdulillah juga, proses permohonan Exabytes saya ini memakan masa dalam dua hari sahaja (itu pun kerana screenshot saya kabur) . Sungguh pantas sekali pihak Exabytes memproses permohan saya ini. Pihak Exabytes telah memberi 2 pilihan untuk saya memilih banting iklan dan tawaran manakah yang diterima oleh saya dan saya dikehendaki mengisi link invois yang diberi oleh pihak Exabytes.



Saya telah pun menghantar invois yang diberi kepada pihak Exabytes, dan pihak Exabytes akan memberikan skrip banting dalam masa satu minggu dari tarikh email yang dihantar kepada saya untuk diletakkan diblog saya ini.

Bagi anda yang berminat dengan program Exabytes ini. Tunggu apalagi, sila cuba nasib anda dengan memohon program ini. Mungkin ini adalah antara permulaan anda memulakan blog sebagai salah satu sumber pendapatan pasif.

Sekian sahaja entry saya untuk kali ini, terima kasih kerana membaca entry ini. Insyaalah kita akan jumpa lagi di entry akan datang. Salam sayang dari saya, love , huge & kiss.


Isnin, 8 Jun 2015

INI DIA ALASAN KENAPA DIA TINGGALKAN KAMU



imej dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda antara sebab mengapa sidia tinggalkan kamu. Artikel ini saya dapati dari website majalah kesayangan saya cosmopolitan

Bila tiba-tiba si dia putuskan hubungan dengan kamu, pasti kamu akan tertanya-tanya kenapa si dia tinggalkan diri kamu tanpa berikan alasan yang kukuh. Tak perlulah kamu nak jadi investigator ya. Cosmo senaraikan lapan alasan si dia tinggalkan kamu supaya kamu boleh tenangkan minda dan jiwa yang bergelora itu.


1.Si dia lebih sesuai hidup single.
 Bertenang : Jika jejakamu kena ambil masa fikir panjang antara nak putus hubungan atau tinggalkan seluar dalam kotor terbiar dalam lantai bilik selama dua hari, dia kemungkinan besar bukanlah “bahan” baik dijadikan teman lelaki pun.

2.Kamu lebih sukakannya daripada si dia sukakan kamu. Ini bukan salahmu, tetapi ketidakseimbangan ini sangat awkward untuk lelaki. So, kamu seeloknya bersama jejaka yang fikirkan kamulah ratu hatinya.

3.Si dia tak nampak masa depan denganmu. Ya, lelaki ada memikirkan hal masa depan perhubungan kamu. Dan jika mereka tak nampak ada harapan, kenapa masih nak bazirkan masa kamu ataupun si dia.

4. Dia hanya mahukan apa saja perhubungan. Ia mungkin berlaku di mana si dia hanya nak ada perhubungan bukan serius tapi kamu mula dah tersangkut. Ada kemungkinan si dia mahukan perhubungan rebound selepas putus dengan teman wanita sebelum kamu atau si dia sedang murung dan perlukan kasih sayang sementara. Yes, it sucks, but it happens.

5.Dia sukakan kamu, tapi tak cintakan kamu. Ada kalanya perhubungan bermula dengan hebat tetapi tidak bertahan. Mungkin pada awalnya tiada magis, tapi kamu berdua” layan” saja kerana mengharapkan cinta sejati berputik. Akhirnya, si dia bosan dan kamu terperangkap.

6.Kamu mengambil mudah si dia dalam perhubungan. Si dia tak pernah kata“No” pada kamu sehingga kamu layannya seperti your personal butler.

7.Kamu berdua ada pendirian yang berbeza. Ini sudah tentu ultimate dealbreakerdalam perhubungan. Bila nak buat keputusan, kamu pasti akan bertengkar kerana perbezaan hidup terlalu jauh untuk saling bertolak ansur.


8.Mungkin takdir tak menyebelahi kamu. Macam nilah, mungkin kamu wanita sempurna dan kamu mungkin belum nampak sekarang, kerana terlalu kecewa…Tetapi ada kalanya lelaki ni putuskan hubungan kerana ada sesuatu tentang diri kamu yang si dia tak boleh terima atau si dia rasakan membosankan. So, jika ini menjadi alasannya, baik juga si dia tinggalkanmu. Kamu berhak punyai lelaki yang mahukan kamu seadanya.


Sekian sahaja antara 8 alasan yang diberikan oleh majalah Cosmopolitan untuk rujukan anda. Jika anda mengalami tanda-tanda diatas, diharap anda tabah dan “move-on”. Don’t worry, “yang patah akan tumbuh berganti”. Sekian sahaja entry saya untuk kali ini. Insyaallah kita akan jumpa lagi dientry akan datang. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love , huge & kiss. 



Jumaat, 5 Jun 2015

Khasiat Pucuk Pegaga - Ulam Terbaik Untuk Diamalkan


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Sempena petang Jumaat yang mulia ini saya ingin berkongsi dengan anda semua rahsia dan khasiat pucuk pegaga yang menjadi kegemaran nenek moyang kita suatu masa dulu.


pucuk pegaga ini dibeli oleh saya di pasar dengan harga RM2 sahaja


Khasiat diambil dari wikipedia
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.[perlu rujukan]
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.[5]
Antara khasiat lain pegaga adalah:[perlu rujukan]
·         penawar alahan
·         merawat asthma dan sesak nafas
·         merawat jangkitan paru-paru
·         merawat kegusaran dan kegigilan
·         anti kanser
·         melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
·         penawar batu karang
·         penawar kencing berdarah
·         penawar ulser
·         merangsang peredaran darah
·         merawat cirit birit dan gastrik
·         menurunkan tekanan darah
Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti karimi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.
Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.[6]

***Dibawah ini pula adalah artikel mengenai pegaga yang saya copy paste dari link blog ini http://zakariahashim.blogspot.com/2012/03/seribu-satu-khasiat-tersenbunyi-pegaga.html

Daun Pegaga ini rasa nya pahit sedikit sahaja. Dia lah pegubat luka yang amat mustajab. yang saya tahu ia ada lah PEGUBAT LUKA. LUKA DALAMAN  DAN LUARAN YANG KITA ALAMI SERPERTI ( RADANG USUS DAN PENDARAHAN OTAK ) KITA  BUAT IA SEBAGAI TEH HERBA ( TEH CINA ) CARA NYA KITA AMBIL DAUN PEGAGA DAN KERING KAN NYA ..
'' KITA JUGA BOLEH MAKAN SEBAGAI ULAMAN SETIAP KALI MAKAN BERSAMA NASI ''

MARI KITA BELAJAR APA YANG ADA DI SEBALIK KHASIAT PEGAGA INI...

1) IA DAPAT MENGATASI PENYAKIT KENCING MANIS.

2) MENGURANGI KADAR LEMAK SETELAH MEGAMBIL SECARA. BERTERUSAN SELAMA 2 MINGU. BADAN AKAN TERASA RINGAN DAN SEGAR.

3) MENGATASI SEMBELIT DAN ANGIN.

4) MELANCARKAN PEMBUAGAN AIR BESAR DAN MEMBANTU MENGELUARKAN TOKSID AKIBAT SEMBELIT.

5) MENURUN KADAR ASID URIK YANG BERLEBIHAN AKIBAT PENYAKIT GHOUT.

6) MENHILANG KAN SAKIT KEPALA AKBAT MIGRAN.

7) MENHALUS KAN KULIT DAN MENGATASI MASA ALAH PENYAKIT KULIT.

8) MENGUAT KAN SEL OTAK DAN BAIK UNTUK MINDA KITA SEMUA.

9) MENGUAT KAN IMUNISASI BAGI MENCEGAH PENYAKIT.

10) SANGAT BAIK UNTUK WANITA YANG MEGANDUNG DAN SETELAH MELAHIR KAN ANAK.

11) MENGATASI MASA ALAH KENCING MANIS DENGAN MENURUN KAN KADAR GLUKOS DAN MENYEMBUHKAN GENGREN.

12) MENCEGAH MASA ALAH KARDIVASKULAR.

13) BAIK BAGI WANITA YANG MENOPOUS DAN OSTEOPORISIS.

14) JIKA ANAK2 KEMBUNG PERUT IA BOLEH DI RAWAT. MINUM AIR INI DI TAMBAH KAN MADU ASLI. INSYAALLAH..

15) UNTUK PENYAKIT KULIT SEPERTI - KURAP - GATAL2 - KUTU AIR - GENGREN. ( AMBIL HAMPAS TEH TERSEBUT DAN SAPU KAN PADA BAHAGIAN TERSEBUT.

16) BUAWASIR SETELAH DI MINUM - HAMPAS TEH TERSEBUT DI BUNKUS DALAM KAIN PUTIH DI BUNKUS KEMAS. KEMUDIAN DI SELIT KAN TEMPAT SAKIT DAN PAKAI SELUAR DALAM.

'' CARA-CARA MINUM NYA. KITA DI GALAK KAN MINUM SETIAP RENDAMAN SEBANYAK 3 KALI. SETELAH ITU BARU HAMPAS INI DI GUNA KAN. BUAT SAPU PADA TUBUH KITA.

AIR RENDAMAN JAGAN LAH TERLALU PANAS SETELAH DI MASAK BIAR KAN SELAMA 15 - 10 MINIT BARU LAH KITA RENDAM TEH HERBA PEGAGA INI.''

Baiklah secara ringkasnya khasiat pegaga ialah untuk menyegarkan badan dan menambah tenaga, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awet muda dan untuk mengecutkan peranakan amat sesuai untuk wanita lepas bersalin.

Jika anda ingin membeli pegaga , pilihlah pegaga kampong (yang bersaiz kecil).  Jangan lupa makan akar pucuk pegaga itu sekali kerana ibu saya berpesan akar pegaga itulah yang bagus dan memanaskan badan. Seeloknya jauhkan dari membeli pegaga yang berdaun besar kerana ada orang yang makan badannya berangin (pegaga yang biasa dibuat jus). Jika anda sukar menikmati pegaga. Digalakkan anda mengisar ulam pegaga mentah-mentah dan terus meminumnya. Anda boleh belajar mengamalkan ulam pegaga dengan menikmatinya dengan nasi panas dan cicah tempoyak. Pegaga adalah ulam yang jarang mengandungi racun perosak dan alternative baik bagi sayur organic yang jauh lebih mahal.

Baiklah sekian sahaja artikel saya untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Jumpa lagi dalam artikel akan datang. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


Khamis, 4 Jun 2015

INSURAN @ TAKAFUL ISI RUMAH



imej dari google


Assalammuaalaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang insurans @ takaful isi rumah dan MENGAPA ANDA PATUT MEMIKIR UNTUK MENGAMBILNYA. 

Pernahkan anda risaukan keselamatan barang-barang didalam rumah anda? Termasuk duit dan barangan peribadi yang lain serta keselamatan tubuh badan anda sendiri?

Pernahkah anda terfikir adakah rumah anda tahun ini terselamat dari malapetaka seperti banjir atau tanah runtuh walaupun setelah hampir seratus tahun anda hidup dan kawasan rumah anda bebas serta terselamat dan tidak menunjukkan tanda-tanda kawasan yang berisiko untuk kejadian banjir atau tanah runtuh.

Pernahkah anda berasa takut ketika petir dan guruh sambar menyambar, barangan elektrik  @ gadget kesayangan anda mengalami akan mengalami kerosakan kerana litar pintas?

Adakah pernah terlintas di kotak fikiran anda  kecurian yang mungkin berlaku ditempat anda , lebih-lebih lagi dengan tambahan pendatang asing yang mungkin berkerja dikawasan pembinaan yang amat hampir dengan rumah anda. Pernahkah anda terfikir?.

Jika anda pernah terfikir kemungkinan kejadian atau bencana diatas. Anda patut memikirkan untuk mengambil perlindungan TAKAFUL ISI RUMAH. Jangan risau perlindungan ini amat murah sekali berbanding kerugian yang akan anda tanggung jika malapetaka diatas terjadi.

Apakah maksud perlindungan Takaful Isi Rumah?.. dibawah ini adalah maksud @ pengertian Takaful Isi Rumah yang saya perolehi dari nota peperiksaan TBE (General) saya tempoh hari.

TAKAFUL ISI RUMAH
Perlindungan Isi Rumah meliputi perkara berikut seperti perabot, kelengkapan perabot, peralatan dapur, televisyen dan radio, pakaian, barang peribadi dan barang-barang berharga dan juga memberi perlindungan kepada peserta untuk kecederaan yang parah.

Perlindungan Asas – Kerugian atau kerosakan  kepada barang-barang dalam rumah (termasuk pereabot, kelengkapan perabot, barangan dalam rumah, barang peribadi dan barang-barang berharga) yang disebabkan oleh :-

1. Kebakaran, kilat , petir dan kebakaran bawah tanah
2. letupan
3. Pesawat dan peranti udara yang lain dan / atau benda yang gugur daripadanya
4. kerosakan impak oleh kenderaan, kuda dan lembu
5. tangki air, peralatan atau paip pecah dan melimpah, tidak termasuk RM50 pertama untuk setiap kerugian dan kemusnahan atau kerosaka manakala bangunan yang dilindungi ditinggalkan kosong
6. kecurian dengan pecah masuk atau keluar bangunan secara paksa dan ganas atau sebarang cubaan sepertinya.
7. taufan, siklon , taufan , rebut
8. gempa bumi, letusan gunung berapi
9. banjir (termasuk limpahan air laut)

Harta / barang yang dipindahkah sementara tetapi masih berada di Malaysia akan dilindungi terhadap bahaya seperti yang tersebut diatas. Harta / Barang dalam perjalanan atau ada pada seseorang, tidak akan dilindungi terhadap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh gempa bumi, letusan gunung berapi, hurikan, siklon, taufan , ribut dan banjir. Liabiliti di bawah perluasan ini adalah terhad kepada 15% daripada jumlah yang dilindungi.


1. Kerugian sewaan (seperti Takaful Empunya Rumah)
2. cermin pecah (selain daripada cermin tangan)
3. Kecederaan parah yang berlaku kepada peserta didalam kediaman persendirian akibat keganasan yang berlaku disebabkan oleh pencuri atau kebakaran. Syarikat takaful akan membayar RM10,000 atau separuh daripada jumlah yang dilindungi yang mana lebih rendah.
4. kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana risikio yang dilindungi kepada pakaian dan barang peribadi pembantu rumah.
5. liability yang melindungi peserta terhadap orang ramai berkenaan dengan kejadian kemalangan yang berlaku didalam atau pada sekitar premis peserta yagn dilindungi sebagai kediaman persendirian dan menduduki dalamnya, sehingga had RM50,000 termasuk kos guaman tertakluk kepada persetujuan syarikat takaful.

Perlindungan Takaful tidak termasuk perkara berikut :

A. Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh
- peperangan , rusuhan dan risiko seumpamanya
-pencemaran radioaktif

B. Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh hurikan, siklon , taufan atau ribut angin kepada perkara berikut :-

-          -Mana-mana bangunan dalam pembinaan, pembinaan semula atau pembaikan

-        - Cerobong asap logam, kajang, birai , papan tanda dan lain peralatan dan kelengkapan luar termasuk pintu pagar dan pagar.

-    -Kerugian atau kerosakan yang disebebabkan oleh penenggelaman tanah dan gelinciran tanah kecuali disebebkan oleh gempa bumi atau letusan gunung berapi.

TAMBAHAN

Perlindungan Takaful Isi Rumah boleh diperluaskan kepada perkara berikut dengan kos tambahan:

-       - Kecurian penuh (tidak terhad kepada pecah masuk ke dalam dan keluar bangunan dengan paksa dan ganas)

-         - Rusuhan, mogok, dan perbuatan khianat
-
-       -  Plat kaca melebihi RM500 setiap satu

Kesimpulannya Takaful Isi Rumah bukan sahaja melindungi barang-barang didalam rumah anda. Paling penting ia melindungi barang peribadi anda termasuk diri anda sendiri (perlindungan peserta untuk kecederaan parah).
Anda tidak perlu risau untuk mengambil insurans @ takaful untuk perlindungan barangan elektrik juga barangan peribadi anda dari kilat atau petir kerana  insurans @ takaful ini turut merangkumi perlindungan ini. (So ibu-ibu tak perlu susah-susah tutup plug peti sejuk @ television lagi jika petir sambar menyambar ok).

Harga perlindungan insurans & takaful isi rumah ini adalah standard contohnya  seperti kes dibawah.

A. Encik Amran ingin melindungi barang-barang didalam rumahnya iaitu :-

1. Peti Sejuk 2 pintu RM2000
2. Penghawa Dingin RM1000
3. Telefon Bimbit 2 biji RM4000
4. Sofa RM700
5. Pelbagai Perabot RM2000
6. Pinggan Mangkuk RM500
7. Cadar , Tilam , Bantal RM2000
8. Langsir, pakaian, kasut, beg tangan , accessories RM1000
9. Komputer Peribadi (2 biji) RM5000
10. Ketuhar, oven, blender dan lain-lain RM1000
11. Barang kemas dan jam tangan RM2000
11. barang-barang lain RM1800
 Jumlah keseluruhan Perlindungan dianggarkan RM23000

Pengiraan Takaful Isi Rumah RM23000 X 0.398% = RM91.54 + GST 6% RM5.50 + Stamp duty RM10 = Jumlah Bersih RM107.04

Jumlah anggaran bayaran Takaful Isi Rumah bagi Encik Amran adalah RM107.04

Dengan bayaran RM107.04 Encik Amrah bukan sahaja mendapat perlindungan bagi isi rumah diatas tetapi turut mendapat perlindungan dibawah :-
a. Kecederaan parah yang berlaku kepada peserta didalam kediaman persendirian akibat keganasan yang berlaku disebabkan oleh pencuri atau kebakaran. Syarikat takaful akan membayar RM10,000 atau separuh daripada jumlah yang dilindungi yang mana lebih rendah.

b. liability yang melindungi peserta terhadap orang ramai berkenaan dengan kejadian kemalangan yang berlaku didalam atau pada sekitar premis peserta yagn dilindungi sebagai kediaman persendirian dan menduduki dalamnya, sehingga had RM50,000 termasuk kos guaman tertakluk kepada persetujuan syarikat takaful.

Contoh yang diberi diatas adalah secara kasar sahaja. Jika anda berminat untuk mendapatkan perlindungan insuran @ takaful isi rumah ini, adalah boleh menghubungi mana-mana insurans @ takaful agen .

Baiklah ini sahaja yang boleh saya coretkan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Jumpa lagi di entry berikutnya. Salam sayang dari saya, love , huge & kiss.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...