Khamis, 4 Jun 2015

INSURAN @ TAKAFUL ISI RUMAH



imej dari google


Assalammuaalaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang insurans @ takaful isi rumah dan MENGAPA ANDA PATUT MEMIKIR UNTUK MENGAMBILNYA. 

Pernahkan anda risaukan keselamatan barang-barang didalam rumah anda? Termasuk duit dan barangan peribadi yang lain serta keselamatan tubuh badan anda sendiri?

Pernahkah anda terfikir adakah rumah anda tahun ini terselamat dari malapetaka seperti banjir atau tanah runtuh walaupun setelah hampir seratus tahun anda hidup dan kawasan rumah anda bebas serta terselamat dan tidak menunjukkan tanda-tanda kawasan yang berisiko untuk kejadian banjir atau tanah runtuh.

Pernahkah anda berasa takut ketika petir dan guruh sambar menyambar, barangan elektrik  @ gadget kesayangan anda mengalami akan mengalami kerosakan kerana litar pintas?

Adakah pernah terlintas di kotak fikiran anda  kecurian yang mungkin berlaku ditempat anda , lebih-lebih lagi dengan tambahan pendatang asing yang mungkin berkerja dikawasan pembinaan yang amat hampir dengan rumah anda. Pernahkah anda terfikir?.

Jika anda pernah terfikir kemungkinan kejadian atau bencana diatas. Anda patut memikirkan untuk mengambil perlindungan TAKAFUL ISI RUMAH. Jangan risau perlindungan ini amat murah sekali berbanding kerugian yang akan anda tanggung jika malapetaka diatas terjadi.

Apakah maksud perlindungan Takaful Isi Rumah?.. dibawah ini adalah maksud @ pengertian Takaful Isi Rumah yang saya perolehi dari nota peperiksaan TBE (General) saya tempoh hari.

TAKAFUL ISI RUMAH
Perlindungan Isi Rumah meliputi perkara berikut seperti perabot, kelengkapan perabot, peralatan dapur, televisyen dan radio, pakaian, barang peribadi dan barang-barang berharga dan juga memberi perlindungan kepada peserta untuk kecederaan yang parah.

Perlindungan Asas – Kerugian atau kerosakan  kepada barang-barang dalam rumah (termasuk pereabot, kelengkapan perabot, barangan dalam rumah, barang peribadi dan barang-barang berharga) yang disebabkan oleh :-

1. Kebakaran, kilat , petir dan kebakaran bawah tanah
2. letupan
3. Pesawat dan peranti udara yang lain dan / atau benda yang gugur daripadanya
4. kerosakan impak oleh kenderaan, kuda dan lembu
5. tangki air, peralatan atau paip pecah dan melimpah, tidak termasuk RM50 pertama untuk setiap kerugian dan kemusnahan atau kerosaka manakala bangunan yang dilindungi ditinggalkan kosong
6. kecurian dengan pecah masuk atau keluar bangunan secara paksa dan ganas atau sebarang cubaan sepertinya.
7. taufan, siklon , taufan , rebut
8. gempa bumi, letusan gunung berapi
9. banjir (termasuk limpahan air laut)

Harta / barang yang dipindahkah sementara tetapi masih berada di Malaysia akan dilindungi terhadap bahaya seperti yang tersebut diatas. Harta / Barang dalam perjalanan atau ada pada seseorang, tidak akan dilindungi terhadap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh gempa bumi, letusan gunung berapi, hurikan, siklon, taufan , ribut dan banjir. Liabiliti di bawah perluasan ini adalah terhad kepada 15% daripada jumlah yang dilindungi.


1. Kerugian sewaan (seperti Takaful Empunya Rumah)
2. cermin pecah (selain daripada cermin tangan)
3. Kecederaan parah yang berlaku kepada peserta didalam kediaman persendirian akibat keganasan yang berlaku disebabkan oleh pencuri atau kebakaran. Syarikat takaful akan membayar RM10,000 atau separuh daripada jumlah yang dilindungi yang mana lebih rendah.
4. kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana risikio yang dilindungi kepada pakaian dan barang peribadi pembantu rumah.
5. liability yang melindungi peserta terhadap orang ramai berkenaan dengan kejadian kemalangan yang berlaku didalam atau pada sekitar premis peserta yagn dilindungi sebagai kediaman persendirian dan menduduki dalamnya, sehingga had RM50,000 termasuk kos guaman tertakluk kepada persetujuan syarikat takaful.

Perlindungan Takaful tidak termasuk perkara berikut :

A. Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh
- peperangan , rusuhan dan risiko seumpamanya
-pencemaran radioaktif

B. Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh hurikan, siklon , taufan atau ribut angin kepada perkara berikut :-

-          -Mana-mana bangunan dalam pembinaan, pembinaan semula atau pembaikan

-        - Cerobong asap logam, kajang, birai , papan tanda dan lain peralatan dan kelengkapan luar termasuk pintu pagar dan pagar.

-    -Kerugian atau kerosakan yang disebebabkan oleh penenggelaman tanah dan gelinciran tanah kecuali disebebkan oleh gempa bumi atau letusan gunung berapi.

TAMBAHAN

Perlindungan Takaful Isi Rumah boleh diperluaskan kepada perkara berikut dengan kos tambahan:

-       - Kecurian penuh (tidak terhad kepada pecah masuk ke dalam dan keluar bangunan dengan paksa dan ganas)

-         - Rusuhan, mogok, dan perbuatan khianat
-
-       -  Plat kaca melebihi RM500 setiap satu

Kesimpulannya Takaful Isi Rumah bukan sahaja melindungi barang-barang didalam rumah anda. Paling penting ia melindungi barang peribadi anda termasuk diri anda sendiri (perlindungan peserta untuk kecederaan parah).
Anda tidak perlu risau untuk mengambil insurans @ takaful untuk perlindungan barangan elektrik juga barangan peribadi anda dari kilat atau petir kerana  insurans @ takaful ini turut merangkumi perlindungan ini. (So ibu-ibu tak perlu susah-susah tutup plug peti sejuk @ television lagi jika petir sambar menyambar ok).

Harga perlindungan insurans & takaful isi rumah ini adalah standard contohnya  seperti kes dibawah.

A. Encik Amran ingin melindungi barang-barang didalam rumahnya iaitu :-

1. Peti Sejuk 2 pintu RM2000
2. Penghawa Dingin RM1000
3. Telefon Bimbit 2 biji RM4000
4. Sofa RM700
5. Pelbagai Perabot RM2000
6. Pinggan Mangkuk RM500
7. Cadar , Tilam , Bantal RM2000
8. Langsir, pakaian, kasut, beg tangan , accessories RM1000
9. Komputer Peribadi (2 biji) RM5000
10. Ketuhar, oven, blender dan lain-lain RM1000
11. Barang kemas dan jam tangan RM2000
11. barang-barang lain RM1800
 Jumlah keseluruhan Perlindungan dianggarkan RM23000

Pengiraan Takaful Isi Rumah RM23000 X 0.398% = RM91.54 + GST 6% RM5.50 + Stamp duty RM10 = Jumlah Bersih RM107.04

Jumlah anggaran bayaran Takaful Isi Rumah bagi Encik Amran adalah RM107.04

Dengan bayaran RM107.04 Encik Amrah bukan sahaja mendapat perlindungan bagi isi rumah diatas tetapi turut mendapat perlindungan dibawah :-
a. Kecederaan parah yang berlaku kepada peserta didalam kediaman persendirian akibat keganasan yang berlaku disebabkan oleh pencuri atau kebakaran. Syarikat takaful akan membayar RM10,000 atau separuh daripada jumlah yang dilindungi yang mana lebih rendah.

b. liability yang melindungi peserta terhadap orang ramai berkenaan dengan kejadian kemalangan yang berlaku didalam atau pada sekitar premis peserta yagn dilindungi sebagai kediaman persendirian dan menduduki dalamnya, sehingga had RM50,000 termasuk kos guaman tertakluk kepada persetujuan syarikat takaful.

Contoh yang diberi diatas adalah secara kasar sahaja. Jika anda berminat untuk mendapatkan perlindungan insuran @ takaful isi rumah ini, adalah boleh menghubungi mana-mana insurans @ takaful agen .

Baiklah ini sahaja yang boleh saya coretkan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Jumpa lagi di entry berikutnya. Salam sayang dari saya, love , huge & kiss.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...