imej dari google |
Assalammuaalaikum
wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini
saya ingin berkongsi dengan anda tentang insurans @ takaful isi rumah dan
MENGAPA ANDA PATUT MEMIKIR UNTUK MENGAMBILNYA.
Pernahkan anda risaukan keselamatan barang-barang didalam rumah anda? Termasuk
duit dan barangan peribadi yang lain serta keselamatan tubuh badan anda
sendiri?
Pernahkah anda terfikir adakah rumah anda tahun ini terselamat dari
malapetaka seperti banjir atau tanah runtuh walaupun setelah hampir seratus
tahun anda hidup dan kawasan rumah anda bebas serta terselamat dan tidak menunjukkan
tanda-tanda kawasan yang berisiko untuk kejadian banjir atau tanah runtuh.
Pernahkah anda berasa takut ketika petir dan guruh sambar menyambar, barangan elektrik @ gadget kesayangan anda mengalami akan mengalami kerosakan kerana litar pintas?
Adakah pernah terlintas di kotak fikiran anda kecurian yang mungkin berlaku ditempat anda ,
lebih-lebih lagi dengan tambahan pendatang asing yang mungkin berkerja
dikawasan pembinaan yang amat hampir dengan rumah anda. Pernahkah anda
terfikir?.
Jika
anda pernah terfikir kemungkinan kejadian atau bencana diatas. Anda patut
memikirkan untuk mengambil perlindungan TAKAFUL ISI RUMAH. Jangan risau
perlindungan ini amat murah sekali berbanding kerugian yang akan anda tanggung
jika malapetaka diatas terjadi.
Apakah
maksud perlindungan Takaful Isi Rumah?.. dibawah ini adalah maksud @ pengertian
Takaful Isi Rumah yang saya perolehi dari nota peperiksaan TBE (General) saya
tempoh hari.
TAKAFUL
ISI RUMAH
Perlindungan Isi
Rumah meliputi perkara berikut seperti perabot, kelengkapan perabot, peralatan
dapur, televisyen dan radio, pakaian, barang
peribadi dan barang-barang berharga dan juga memberi perlindungan kepada peserta
untuk kecederaan yang parah.
Perlindungan
Asas – Kerugian atau kerosakan kepada barang-barang dalam rumah (termasuk
pereabot, kelengkapan perabot, barangan dalam rumah, barang peribadi dan barang-barang
berharga) yang disebabkan oleh :-
1. Kebakaran, kilat
, petir dan kebakaran bawah tanah
2. letupan
3. Pesawat dan
peranti udara yang lain dan / atau benda yang gugur daripadanya
4. kerosakan impak
oleh kenderaan, kuda dan lembu
5. tangki air,
peralatan atau paip pecah dan melimpah, tidak termasuk RM50 pertama untuk
setiap kerugian dan kemusnahan atau kerosaka manakala bangunan yang dilindungi
ditinggalkan kosong
6. kecurian dengan
pecah masuk atau keluar bangunan secara paksa dan ganas atau sebarang cubaan
sepertinya.
7. taufan, siklon ,
taufan , rebut
8. gempa bumi,
letusan gunung berapi
9. banjir (termasuk
limpahan air laut)
Harta / barang yang
dipindahkah sementara tetapi masih berada di Malaysia akan dilindungi terhadap
bahaya seperti yang tersebut diatas. Harta / Barang dalam perjalanan atau ada
pada seseorang, tidak akan dilindungi terhadap kerugian atau kerosakan yang
disebabkan oleh gempa bumi, letusan gunung berapi, hurikan, siklon, taufan , ribut
dan banjir. Liabiliti di bawah perluasan ini adalah terhad kepada 15% daripada
jumlah yang dilindungi.
1. Kerugian sewaan
(seperti Takaful Empunya Rumah)
2. cermin pecah
(selain daripada cermin tangan)
3. Kecederaan parah
yang berlaku kepada peserta didalam kediaman persendirian akibat keganasan yang
berlaku disebabkan oleh pencuri atau kebakaran. Syarikat takaful akan membayar
RM10,000 atau separuh daripada jumlah yang dilindungi yang mana lebih rendah.
4. kerugian atau
kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana risikio yang dilindungi kepada pakaian
dan barang peribadi pembantu rumah.
5. liability yang
melindungi peserta terhadap orang ramai berkenaan dengan kejadian kemalangan
yang berlaku didalam atau pada sekitar premis peserta yagn dilindungi sebagai
kediaman persendirian dan menduduki dalamnya, sehingga had RM50,000 termasuk
kos guaman tertakluk kepada persetujuan syarikat takaful.
Perlindungan
Takaful tidak termasuk perkara berikut :
A. Kehilangan atau
kerosakan yang disebabkan oleh
- peperangan ,
rusuhan dan risiko seumpamanya
-pencemaran
radioaktif
B. Kerugian atau
kerosakan yang disebabkan oleh hurikan, siklon , taufan atau ribut angin kepada
perkara berikut :-
- -Mana-mana bangunan dalam pembinaan,
pembinaan semula atau pembaikan
- - Cerobong asap logam, kajang, birai ,
papan tanda dan lain peralatan dan kelengkapan luar termasuk pintu pagar dan
pagar.
- -Kerugian atau kerosakan yang
disebebabkan oleh penenggelaman tanah dan gelinciran tanah kecuali disebebkan
oleh gempa bumi atau letusan gunung berapi.
TAMBAHAN
Perlindungan
Takaful Isi Rumah boleh diperluaskan kepada perkara berikut dengan kos
tambahan:
- - Kecurian penuh (tidak terhad kepada
pecah masuk ke dalam dan keluar bangunan dengan paksa dan ganas)
- - Rusuhan, mogok, dan perbuatan
khianat
-
- - Plat kaca melebihi RM500 setiap satu
Kesimpulannya
Takaful Isi Rumah bukan sahaja melindungi barang-barang didalam rumah anda.
Paling penting ia melindungi barang peribadi anda termasuk diri anda sendiri
(perlindungan peserta untuk kecederaan parah).
Anda
tidak perlu risau untuk mengambil insurans @ takaful untuk perlindungan barangan
elektrik juga barangan peribadi anda dari kilat atau petir kerana insurans @ takaful ini turut merangkumi
perlindungan ini. (So ibu-ibu tak perlu susah-susah tutup plug peti sejuk @
television lagi jika petir sambar menyambar ok).
Harga
perlindungan insurans & takaful isi rumah ini adalah standard contohnya seperti kes dibawah.
A.
Encik Amran ingin melindungi barang-barang didalam rumahnya iaitu :-
1.
Peti Sejuk 2 pintu RM2000
2.
Penghawa Dingin RM1000
3.
Telefon Bimbit 2 biji RM4000
4.
Sofa RM700
5.
Pelbagai Perabot RM2000
6.
Pinggan Mangkuk RM500
7.
Cadar , Tilam , Bantal RM2000
8.
Langsir, pakaian, kasut, beg tangan , accessories RM1000
9.
Komputer Peribadi (2 biji) RM5000
10.
Ketuhar, oven, blender dan lain-lain RM1000
11.
Barang kemas dan jam tangan RM2000
11.
barang-barang lain RM1800
Jumlah keseluruhan Perlindungan dianggarkan RM23000
Pengiraan
Takaful Isi Rumah RM23000 X 0.398% = RM91.54 + GST 6% RM5.50 + Stamp duty RM10 =
Jumlah Bersih RM107.04
Jumlah
anggaran bayaran Takaful Isi Rumah bagi
Encik Amran adalah RM107.04
Dengan bayaran RM107.04 Encik Amrah bukan sahaja mendapat perlindungan bagi isi rumah diatas tetapi turut mendapat perlindungan dibawah :-
a. Kecederaan parah yang berlaku kepada peserta didalam kediaman persendirian akibat keganasan yang berlaku disebabkan oleh pencuri atau kebakaran. Syarikat takaful akan membayar RM10,000 atau separuh daripada jumlah yang dilindungi yang mana lebih rendah.
b. liability yang melindungi peserta terhadap orang ramai berkenaan dengan kejadian kemalangan yang berlaku didalam atau pada sekitar premis peserta yagn dilindungi sebagai kediaman persendirian dan menduduki dalamnya, sehingga had RM50,000 termasuk kos guaman tertakluk kepada persetujuan syarikat takaful.
Contoh
yang diberi diatas adalah secara kasar sahaja. Jika anda berminat untuk
mendapatkan perlindungan insuran @ takaful isi rumah ini, adalah boleh
menghubungi mana-mana insurans @ takaful agen .
Baiklah
ini sahaja yang boleh saya coretkan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca
artikel ini. Jumpa lagi di entry berikutnya. Salam sayang dari saya, love ,
huge & kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan