Rabu, 27 Mei 2015

Cara Makan @ Pengunaan Gum Arabic @ Manna



Gum Arabic yang dibeli oleh saya


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.  Ini adalah sambungan artikel dari tajuk ini  Khasiat Gum Arabic @ Manna. Cara penggunaan @ makan gum arabic ini saya hanya copy paste dari group whatapps herba dan pemakanan yang saya sertai. Baiklah diringkaskan sahaja entry ini . Dibawah ini dinyatakan cara menikmati arabic gum @ manna ini.


Cadangan penggunaan: Arabic gum serbuk / ketul.

1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.

4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. 5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).
6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.

7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.

9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.

10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.

11. Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.

12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan


Sekian sahaja artikel saya untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini.  Jumpa lagi dalam entry akan datang. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.



1 ulasan:

  1. Saya merupakan pengimport gum arab dari Sudan ke Malaysia melalui pelabuhan port klang

    Boleh wasapp ke 0194951082 untuk order secara borong/runcit

    atau boleh ke website kami di www.getaharab.com

    atau boleh direct ke kedai kami di pasir puteh, kelantan.

    Semoga bermanfaat :)

    BalasPadam