Selasa, 28 April 2015

KENAPA SIDIA BELUM AJAK KAMU KELUAR?




wah.. jika sidia sehensem ini??? gambar dari sumber http://georgenick.co.uk/Spring%202009.htm


Bilakah DIA akan ajak SAYA keluar?

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda artikel berkaitan cinta dan perhubungan yang saya perolehi dari majalah cosmopolitan. Artikel ini amat sesuai bagi mereka yang masih tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu sidia yang anda menyimpan perasaan didalam diam untuk memulakan langkah pertama. Walaupun anda dan si dia telah lama saling memandang, saling senyum sesame sendiri bila terserempak, sering keluar bersama dalam satu kumpulan. Tetapi sidia masih tidak memulakan tindakan mengajak anda keluar walau berjuta kali anda memberi ‘hint’ dan sidia juga jelas menunjukkan tindakbalas turut menyukai anda. Masalahnya mengapa sidia masih tidak mengajak anda keluar berdua atau proper date?


Antara sebab mengapa sidia belum memulakan langkah mengajak kamu keluar adalah kerana :-


1. Perkara biasa, sidia yang menunggu kamu dahulu mengajaknya keluar. Setiap kali berjumpa, dia yang berharap dan berdoa, kamu sendiri yang bertanya walau secara bergurau “bila u nak ajak I keluar?”. Ini adalah kerana sesetengah lelaki atau wanita memang inginkan sidia yang melakukan “first move”.
2. Dia tengah tunggu untuk pastikan yang kamu seratus peratus atau 200% akan keluar dengan kamu. Dia sengaja ‘buang masa’ untuk tengok dan lihat semua petanda yang kamu tunjukkan, hinggalah dia benar-benar yakin kamu akan kata “yes please” bila dia ajak kamu keluar berdua. Dan perkara begini bagi sesetengah lelaki, mungkin makan bulan atau tahun. Apa kata kamu sajalah yang ajak? Tak salah pun.
3. Dia mungkin rasa, kalau dia ajak kamu keluar dan rupa-rupanya kalian tak serasi untuk jadi pasangan, maka musnahlah persahabatan yang dah terjalin elok selama ini.
4. Dia mungkin serik dengan perhubungan lamanya, apatah lagi dia baru patah hati secara agak tragis dengan bekas kekasihnya. Jadi dia tak berani nak terus mulakan sesuatu yang menjurus ke arah lebih serius dengan kamu. Pendek kata, dia belum bersedia. Berikan dia masa untuk pulih dahulu.
5. Kemungkinan terdapat orang lain dalam kumpulan kalian ada menyimpan hati dengan kamu dan sidia tahu mengenainya. Atas semangat setiakawan, tidak mungkin dia akan cuba rebut peluang kawannya walaupun dia dah mula ada hati dengan kamu.
6. Kemungkinan bekas kekasih kamu adalah salah seorang daripada kawannya. Dan disebabkan kamu pun baru putus hubungan, dia masih menunggu untuk masa yang sesuai untuk mengajak kamu keluar. Sidia mungkin juga tidak mahu dituduh menjadi punca cinta kalian tidak menjadi, atau menjadi ‘orang ketiga.’ Ya, lelaki pun tak suka drama.
7. Atau dia memang jenis lurus. Dia dah tunjuk petanda sukakan kamu, dan kamu pun dah tak larat nak bagi hint cakap kamu berperasaan sama. Cuma dia tak terlintas dalam kepala yang dia perlu lakukan sesuatu tentangnya. Biasalah ramai jenis manusia slow bab perasaan dan tindakan lanjut dalam bab ini. Jadi kamu sendiri kena melakukan sesuatu dahulu.
8. Dan sebab terakhir, yang mungkin mengecewakan hatimu, tetapi wajib diberitahu agar kamu boleh move on. Ya, seperti dijangkakan dalam hati kecilmu itu, dia sebenarnya tidak berminat untuk ke arah perhubungan yang serius seperti diharapkan olehmu. Dia baik dengan kamu sebab dia baik dengan semua orang. Daripada terus menaruh harapan dan kelihatan desperate, sila move on dan cari insan lain yang lebih baik dan sesuai untuk anda.
Semoga sebab-sebab diatas boleh membantu dan memberikan anda sedikit ilmu untuk anda melakukan tindakan seterusnya dalam perhubungan dan perasaan anda sendiri. Sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


Isnin, 27 April 2015

Khasiat Teh Camomile @ Chamomile - Digalakkan bagi pengidap MIGRAIN



Teh chamomile pilihan saya yang dibeli dikedai organik


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang khasiat teh chamomile.Teh chamomile adalah antara teh tanpa kafein yang popular dikalangan pengemar teh.   Tahukah anda dikatakan bahawa teh ini mampu mengurangkan migrain dan memberi efek ketenangan kepada peminumnya?. Berikut adalah antara khasiat teh chamomile yang  digemari ramai ini.

Mampu mengubati insomnia @ sukar tidur
The Chamomile boleh memberi efek ketenangan kepada tubuh dan fikiran. Sekaligus dengan menikmati secawan teh ini akan membuatkan anda lebih tenang dan tidur lena.


Mengurangkan Radang Kulit

The chamomile juga mempunyai efek antri radang sekaligus mampu melawan bakteria yang menyebabkan infeksi kepada kulit termasuk bisul.

Amat sesuai bagi pengidap migrain
Pengidap migraine boleh mengamalkan meminum secawan the chamomile setiap hari. Ini kerana teh ini mampu mengurangkan rasa mual, dan sakit kepala sekaligus meredakan serangan migrain. 

Mengatasi gangguan perut
Teh chamomile juga membantu meredakan masalah perut seperti gangguan pencernaan, krem, pedih perut, dan ketidak keselesaan perut .  Ini kerana kandungan sifat antibakteria dan antiradang di dalam teh camomile mampu menurunkan rasa sakit di usus yang menyebabkan pelbagai masalah perut.


sedap dan rasa tenang selepas meminumnya


Membantu Menyembuhkan luka
Sejak zaman dahulu, teh chamomile dikenal sebagai antara ubat untuk mempercepat penyembuhan luka.

Mencegah diabetes
Menikmatii teh chamomile tanpa gula secara rutin setiap hari baik untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Sekaligus mengurangkan risiko kencing manis.


Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Beberapa  penelitian menunjukkan , dengan mengamal lebih dari 2 cawan teh chamomile setiap hari, maka  ia akan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh kerana camomile ini tinggi kandungan anti bakteria.


Teh chamomile juga dikatakan memberi efek rasa tenang kepada peminumnya sekaligus adalah minuman yang baik bagi wanita yang sedang haid atau mengalami sengugut seperti kekejangan kaki dan sebagainya. Dan jika anda banyak mengunakan otak atau berfikir , anda boleh berehat sebentar dengan minum teh panas ini bagi merehatkan fikiran dan otak anda.


Walaubagaimanapun tidak semua orang sesuai mengamalkan teh chamomile ini . Terutama kepada mereka yang mempunyai alergi terhadap tanaman dari genus genus Ambrosia.



Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, Huge & Kiss.





Jumaat, 17 April 2015

KHASIAT BUAH NAGA




buah naga merah yang berkhasiat

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Salam Jumaat yang berkah. Sekarang jika diperhatikan, banyak gerai buah dan pasaraya yang menjual buah naga, samaada buah naga merah ataupun naga putih. Buah naga kini amat mudah didapati dan digemari ramai kerana rasanya yang manis dan lemak. Kebetulan kerana kini musim buah naga, jadi ia antara buah yang sering dibeli oleh saya (kerana harganya yang murah  , sebiji kecil kurang pada RM2, pada musimnya  sekarang). Jika bukan musim buah naga, sebiji harga buah naga boleh mencecah RM7. Dan sudah tentu saya kurang membeli kerana harganya yang mahal.

Diringkaskan entry ini. Berikut adalah antara khasiat buah naga yang patut anda amalkan terutama ia jgua dikategorikan buah tempatan pada ketika ini:-

Antara Khasiat  Buah Naga ialah :-


1) Membantu menurunkan kadar gula di dalam darah dan Mencegah Diabetes
Buah naga merah mengandungi gula yang sederhana dan sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah.


2) Melancarkan sistem Pencernaan dan menyihatkan jantung
Buah naga merah mengandung serat yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan mereka yang berdiet untuk mengamalkan  buah naga merah. Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dan vitamin A dalam buah naga merah menjadikan kulit lebih awet muda dan memperbaiki penglihatan.


3) Meningkatkan nafsu makan
Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan . Vitamin B1 dan B2 sering digunakan dalam industry perubatan sebagai penambah nafsu makan terutama bagi mereka yang sedang sakit.

4) Meningkatkan Imunisasi Tubuh
Buah naga merah juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan oleh tubuh. Fungsi Vitamin C adalah untuk meningkatkan kekebalan tubuh dan melawan jangkitan virus terutama demam dan selsema. Dengan cuaca yang tidak memenentu ketika ini (sekejap musim panas atau musim hujan) ,akan menyebabkan kekebalan tubuh terganggu. Buah naga merah adalah amat baik diamalkan untuk penganti vitamin C didalam tubuh selain buah jambu batu atau oren.

5) Membantu memperkuatkan tulang dan Gigi
Kandungan fosforus dan kalsim pada buah naga turut membantu memperkuatkan tulang dan gigi. Tulang dan gigi memerlukan fosforus dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi lebih sihat.

6) Merawat pelbagai masalah kulit
Selain merawat masalah kulit dari dalam, dengan mengamalkan masker isi buah naga( isi buah naga dikisar dan diambil airnya dan disapu kewajah) , kulit akan terhindar dari jerawat dan bekas jerawat.


7) Membantu memperlahankan proses penuaan atau awet muda
Buah naga mengandung antioksidan yang tinggi sekaligus memperlambatkan proses penuanan dan membantu membantu menjadikan pengamalnha awet muda. Dengan kandungan vitamin yang tinggi ia turut membantu mengeluarkan toksin dari tubuh dengan efektif melalui sister perkumuhan.

8) Mengandungi lemak yang baik

Biji-biji yang terdapat dalam buah naga merupakan lemak yang baik untuk kesihatan kerana ia mambantu menurunkan kolestrol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.


9) Membantu Menurunkan Kolesterol Dalam Darah
Kandungan zat dalam buah naga juga berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh . Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah sekaligus memperlancarkan peredaran darah dan jantung.


10) Mengandungi pelbagai zat yang baik untuk tubuh badan

Dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, kandungan gula yang sederhana , vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan.
Baiklah ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


Selasa, 14 April 2015

BLOGGER : NUFFNANG & MY BLOG





April 2015 -  Restoran Al Dallah , Kuantan




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdullilah atas segala kenikmatan tuhan kerana masih memberi saya kesempatan dan semangat untuk menulis blog ini. Mungkin bagi mereka yang tidak pernah menulis blog akan terfikir menulis blog adalah perkara yang amat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Tetapi bagi mereka yang telah lama berblogging mahupun yang baru bermula, akan faham dan tahu, menulis blog bukan sesuatu yang mudah. Blogging juga adalah satu kerjaya untuk fulltime  bogger  @ blogger sepenuh masa. Tetapi bagi part time blogger @ blogger separuh masa seperti saya, menulis blog juga memakan masa dan tenaga yang bukan sedikit. Malah ada waktu dan ketika, focus bekerja juga akan lari terutama bagi mereka yang bekerja sendiri seperti saya.

Untuk makluman mereka yang rajin mengikuti blog saya. Saya telah pun merasai cashout pertama nuffnang tempoh hari. Malah cheque nuffnang tersebut telah pun “selamat” digunakan oleh saya untuk bayaran upah “pekerja perodua” untuk membaiki kereta adik lelaki saya dan juga untuk membayar saman parking serta sedikit bahan kegunaan harian saya. Ia ia memang bukan jumlah yang besar, tetapi tetap rezeki yang bernilai untuk saya. Perkara yang saya belajar mengenai nuffnang untuk pertama kali saya cashout ialah saya telah menukar setting blog saya dihandphone @ telefon bimbit agar setiap pembaca boleh membaca blog saya seperti paparan di computer, sekaligus ia memberi perubahan yang amat besar kepada jumlah harian viewer @ pembaca blog saya . Mungkin kerana linkwithin yang cukup jelas kelihatan dipaparan handphone @ telefon bimbit, ia telah meningkatkan paparan setiap entry saya diblog ini.

Perkara yang lebih mengagumkan lagi, dengan penukaran setting @ tetapan ini ia telah mengakibatkan KENAIKAN DRASTIK pada jumlah CREDIT @ DUIT didalam akaun Nuffnang milik saya. Percayakah anda jika saya katakan, jumlah credit @ duit dalam akaun saya meningkat hampir separuh @ setengah dari jumlah cashout Nuffnang pertama saya dalam masa hanya satu bulan @ 30 hari?. Kini baru saya saya fahami bahawa betapa pentingkan setting @ tetapan blog anda pada telefon bimbit dan betapa saya kerugian yang besar selama 2 tahun ini. Walaubagaimanapun saya harus bersyukur kerana mempelajari ilmu baru ini. Better late, than never.

Baiklah saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang masih setia membaca blog saya ini. Masih setia untuk tidak menekan butang “unfollow” email yang dihantar dari blog ini.  Atas peluang ini saya ingin memberitahu anda, kemungkinan besar saya akan kurang menulis blog buat sementara waktu untuk menumpukan kembali kepada bidang insurans dan takaful saya kembali.. Saya berharap agar anda semua akan terus setia untuk menjadi follower saya dan membaca blog ini walau mungkin saya akan semakin kurang masa untuk berblogging dan akan semakin jarang mengemaskini entry terbaru selepas ini.

Ini sahaja yang saya dapat kongsikan untuk anda pada kali ini.. insyaallah kita akan berjumpa lagi pada entry akan datang.  Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..



Isnin, 13 April 2015

Pengalaman Percutian Di Swiss Garden Golf & Resort Damai Laut, Perak - PART 4


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang . Ini adalah sambungan  bagi entry ini Pengalaman Percutian Di Swiss Garden Golf & Resort Damai Laut, Perak Part 3  dan juga merupakan bahagian terakhir bagi tajuk ini.

Diringkaskan sahaja entry ini. Selepas puas mengelilingi resort indah ini. Kami mengambil keputusan untuk sarapan pagi di resort ini sahaja sebelum pulang ke Kuantan, Pahang esok.

mengambil angin petang 

Esoknya kami sengaja bangun awal pagi untuk menyaksikan matahari pagi timbul di tingkap balkoni bilik kami yang mengangumkan itu hanya dari katil kami sahaja. Menarik kan?..

sambil bergossip sambil mengadap pemandangan pantai ditemani penghawa dingin didalam bilik hotel

cantikkan? sambil menaip entry blog sambil memandang kecantikkan laut dihadapan balkoni

pemandangan dari tingkap balkoni kami

pemandangan balkoni kami

Kami memilih menikmati Buffet breakfast di Garden Terrace . Buffet ini bermula dari pukul 7am hingga pukul 10.30 am. 

harga buffet breakfast
Anda boleh memilih view @ pemandangan swimming pool @ kolam mandi, pemandangan laut yang indah atau didalam restoran sendiri untuk menikmati sarapan pagi ini. Kami memilih untuk menikmati sarapan pagi kami di dalam restoran dahulu barulah keluar menghirup udara pantai sambil menikmati sarapan kami di meja berhadapan laut yang indah itu.

tempat makan berhadapan kolam renang


anda boleh memilih bersarapan berhadapan kolam renang sambil menikmati keindahan resort ini

Pada mulanya kami memilih untuk menikmati hidangan didalam restoran sahaja. Terdapat pelbagai pilihan makanan didalam pakej buffet ini termasuk makanan cina, thailand, melayu, western dan indian.

kami menikmati hidangan

antara menu dinikmati saya

menu dinikmati saya

Puas menikmati hidangan didalam restoran. Kami menukar meja diluar restoran sambil mengadap pantai. Walaupun cuaca masih pagi tetapi bahang kepanasan laut tetap terasa dan membuat kami berpeluh kepanasan kerana musim panas ketika ini.


menikmati hidangan sambil berlatar belakangkan pemadangan laut


pengungjung kusyuk mengambil gambar



Dibawah ini pula antara gambar yang sempat saya ambil untuk Damai Club Lounge. Jika anda pemegang keisitimewaan ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan 5 star mereka disini, Bersarapan disini dan aktiviti lain.


antara pintu masuk kelab ini

pemandangan dari luar


pemandangan dari luar

cantikkan?


berjalan menuju Dmai club lounge

Damai Club Lounge





Seterusnya saya terus berjalan pergi melawat kids club yang popular disini..



Saya melalui kawasan kolam renang yang cantik dan luas ,dari tempat sarapan kami tadi. Seterusnya menaiki tangga yang cantik ini ke kids club. Kids club tersebut berdekatan dengan bilik ke2 kami.
menaiki tanggan untuk melihat pemandangan laut diatas


pemandangan yang dilihat dari atas tangga

Seterusnya dibawah ini adalah gambar menuju ke kids club dan pemandangan didalam kids club tersebut.




Antara permainan yang terdapat disini. Kanak-kanak pasti mengemarinya.























Seterusnya saya terus pulang kebilik dan menikmati kopi  didalam bilik , sebelum berangkat pulang ke Kuantan.




Gambar terakhir yang kami sempat ambil untuk percutian tempoh hari di Swiss Garden Resort ini.

antara pemandangan disini
Kami terus melalu pintu gerbang resort ini dan terus menuju pulang ke Kuantan melalui Sg.Besar, Selangor

pintu gerbang resort 

Oleh kerana kakak saya awal-awal pagi lagi sudah wasap gambar kek harijadi ibu kami dan adik kami, kami bergegas pulang kerana terliur lihat gambar kek coklat dan strawberi yang diberi.

kek harijadi ibu kami yang jatuh pada hari kami pergi bercuti ke resort ini

Kami sempat singgah membeli kerepek di kawasan berhampiran Sg. Besar, Selangor. Kerepek disini bolehlah tahan rasanya dan murah. Ramai penjual kerepek yang kami jumpa sedang membeli stok disini.






Disini juga disediakan tester free untuk anda mencuba pelbagai jenis kerepek disini.



pelbagai jenis kerepek dan berat disini

kerepek besar ini 3kg @ 5kg - maaf saya sendiri tidak ingat


antara kerepek yang kami beli

adik saya membawa kerepek yang dibeli

Seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan.

Baiklah sekian sahaja entry kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, Huge & Kiss.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...