Isnin, 23 Mac 2015

LIRIK LAGU : I'm Not The Only One - Sam Smith





You and me, we made a vow
For better or for worse
I can't believe you let me down
But the proof's in a way it hurts

For months on end I've had my doubts
Denying every tear
I wish this would be over now
But I know that I still need you here

You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one

You've been so unavailable
Now sadly I know why
Your heart is unobtainable
Even though Lord knows you have mine





You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one
I have loved you for many years
Maybe I am just not enough
You've made me realize my deepest fear
By lying and tearing us up
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one
 
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one
I know I'm not the only one
I know I'm not the only one
And I know, and I know, and I know, and I know, and I know, and I know, know
I know I'm not the only one

Songwriters
SMITH, SAM / NAPIER, JAMES

Published by
Lyrics © Sony/ATV Music Publishing LLC, Universal Music Publishing Group



Jumaat, 13 Mac 2015

7 Kebenaran Mengenai Jejaka







Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. hari ini saya ingin berkongsi dengan anda maklumat yang saya dapat dari majalah seterusnya untuk entry label “Love” didalam blog saya ini…

Diringkaskan sahaja entry ini , apa yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya baca dan dapat dari majalan cosmopolitan Malaysia febuari 2012 dari article bertajuk 35 kebenaran mengenai jejaka oleh Raihana Hussin….so , I ambil 7 sahaja dari 35 kebenaran ini untuk dikongsikan dengan anda… jika saya punyai masa… saya akan kongsikan yang selebihnya dilain waktu…

1. Adakah lelaki akan perasan berat badan buah hati naik 5 hingga 10 paun?
5 paun tidak, 10 paun ya.

2. Kenapa lelaki selalu Nampak tidak peduli walau kekasih minat sangat Annuar Zain?
Lelaki rasional – dia tahu kemungkinan untuk kamu berjumpa tidak wujud.

3.Bila wanita kata “tidak mengapa, semua ok”. Lelaki betul-betul percayakah?
Mungkin tidak. Kajian menunjukkan lelaki kurang sensitive membaca emosi wanita, tetapi ayat kamu ini ibarat red flag.

4. Cara terbaik memohon maaf pada lelaki ?
Renung dalam matanya dan ucapkan kemaafan –biasanya ini sudah cukup.

5. Bagaimana nak buat kekasih dan rakan lelaki saya berkawan rapat?
Ajak mereka tonton bola, pastikan mereka sokong pasukan yang sama.

6. Bila lelaki anggap sesuatu hubungan itu sudah ditahap serius?
Bila dia dah tak berminat tengok wanita lain.

7.Kenapa lelaki terasa bila kamu merajuk ?
Sebab seakan-akan dia telah mengecewakanmu.

Oleh kerana mata saya pun makin mengantuk.. hampir terlelap di pukul 3.47am ini,  sekian dahulu 7 sebab ini..  terima kasih kerana membaca entry ini..  jumpa lagi di entry akan datang, salam sayang dari saya.. love, huge & kiss.




Khasiat Teh



image tea ini dari link ini http://www.menuism.com/blog/10-things-to-know-about-tea/



Assalammualaikum wbt & salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Antara minuman digemari masyarakat kita pada hari ini ialah teh, samaada teh hitam, hijau, merah, putih, teh bunga , flavour teh @ the berperisa samaada yang berkafein atau yang tidak berkafein… Dengan teknologi dan dunia yang pesat membangun ini, amat mudah untuk mendapat minuman ini dimana-mana. 

Antara keistimewaan teh-teh, ini sama ada jenis hijau, hitam, merah mahupun putih boleh dianggap kunci kepada kulit yang cantik. Bagi mereka  yang mengamalkan penggunaannya, ia mengandungi bahan antioksidan yang tinggi bersama kumpulan vitamin penting termasuk vitamin C dan E serta karotenoid dan flavonoid.

Semua vitamin itu berserta antioksidan di dalam teh berfungsi mewujudkan pertahanan yang dapat melindungi kulit daripada elemen merosakkan dari persekitaran dan pemakanan kita sendiri. 

Vitamin C berperanan mengurangkan pengeluaran pigmen melanin kulit, sekali gus membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya. Ia juga diperlukan bagi proses sintesis kolagen untuk mengurangkan kedutan dan memperbaiki kulit.

Vitamin E ialah antioksidan yang berkuasa dan mampu menghalang radikal bebas bertindak merosakkan kulit dan keupayaannya memperbaiki tekstur kulit turut diperkuatkan dengan kehadiran vitamin C.

Karotenoid pula ialah antioksidan yang mampu menyerap dalam lemak dan mampu menahan serangan radikal bebas yang diaktifkan oleh selaran ultraungu.

Pada masa sama, teh juga mengandungi kira-kira 30 peratus flavonoid yang dapat mengurangkan serta menenangkan masalah radang kulit, seterusnya menghalang penuaan pramatang serta risiko barah kulit.

Gabungan semua antioksidan semula jadi berkenaan mampu memperbaiki kesihatan kulit, menjadikannya lebih lembut, cerah dan berseri.

Selain diminum, teh juga boleh disapu pada kulit bagi mendapatkan faedahnya yang besar. Ia boleh digunakan untuk mengawal kulit berminyak terutama ketika cuaca panas memandangkan teh mempunyai sifat menenangkan yang mampu mengawal kelenjar terlalu aktif.

Caranya, dengan memasukkan teh ke dalam bekas ais dan bekukan sebelum digunakan pada wajah bagi mengawal peluh dan minyak, lalu membantu membuatkan solekan tahan lebih lama.

Teh juga boleh digunakan untuk menghapuskan bau badan yang tengik melalui cara mencampurkan teh bersama kelopak bunga ros dan dibiarkan rendam semalaman. Hasil rendaman itu kemudiannya dicampur dalam air mandian dan hasilnya, tubuh berbau harum sepanjang hari.

Ia juga boleh digunakan untuk mencuci wajah bagi mendapatkan faedah antioksidan bahan itu yang tinggi.

Melembapkan kulit kering, teh yang mengandungi bahan tambahan chamomile, lavender dan pudina boleh digunakan dengan memanaskannya dan wap yang terhasil diasapkan pada wajah.

Selain itu, teh yang mengandungi campuran herba seperti burdock, dandelion, echinacea, valerian wangi, goldenseal, akar marshmallow, selada air, daun strawberi dan akar yarrow boleh digunakan bagi merawat masalah kulit seperti jerawat.

Campuran teh bersama bunga raya pula mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu menghalang kulit daripada kerosakan akibat pelbagai elemen persekitaran dan dalaman.

Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat, turut melaporkan teh hijau mengandungi vitamin K yang mampu mengawal darah beku, sekali gus berkesan untuk mengurangkan kegelapan di kawasan orbit mata.

Oleh itu, uncang teh yang sudah digunakan tidak perlu dibuang sebaliknya boleh diletak pada kawasan mata dan dibiarkan seketika.
Selain itu hampas teh juga amat sesuai dibuat skrub badan semulajadi yang mencantikkan tubuh dan kulit.

Saya juga kadangkala mengunakan hampas teh sebagai baja bagi tumbuhan dan pokok yang ditanam sekitar rumah saya.

Bagi anda yang mengamalkan teh atau berfikir untuk membeli teh, selepas ini anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mengamalkannya untuk cara hidup yang sihat.

Baiklah ini sahaja entry yang boleh saya coretkan untuk kali ini, terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..

*** info khasiat teh ini kebanyakannya saya dapati dari link ini http://www2.hmetro.com.my/articles/1001khasiatteh/Article/


Khasiat Teh Bunga Raya




Teh bunga raya & rosehip yang diamalkan oleh saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. .baiklah sebelum ini saya berkongsi info tentang teh tanpa kafein iaitu rooibos tea.. .selain rooibos tea terdapat banyak lagi teh tanpa kafein yang anda boleh amalkan… saya sekarang antara pencinta teh tanpa kafein yang pelbagai.. maklumlah ketika melalui proses Topical Steroid Withdraw.. .kafein antara benda yang perlu saya elakkan… termasuklah green tea atau teh hijau kerana teh hijau juga mengandungi kafein , selain teh hijau, black tea atau teh hitam pun termasuk dalam kalangan teh yang mengandungi kafein.

Baiklah saya ringkaskan sahaja entry ini… hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang salah satu teh dalam koleksi saya , yang saya amalkan sekarang adalah the bunga raya dan rosehip.. ia adalah 100% organic dan USDA Organik lagi… bagi saya harganya berpatutan, hanya RM11.90 sahaja dan terdapat 20 tea bag yang berbungkus cantik didalamnya.. rasanya masam-masam bunga raya dan rosehip dan saya pasti anda akan mengemarinya.. so, sila cuba…



rasa sedap dan sedikit masam sikit

3 fungsi utama teh bunga raya adalah digunakan untuk mengurangkan tahap kolesterol & tekanan darah tinggi, serta membantu menurunkan berat badan.
Selain itu khasiat Teh Bunga Raya ini juga ialah:-
  • Mengandungi enzim organik yg mampu menghalang pengeluaran 'amylase'. Amylase memecahkan gula & kanji tepu di dalam badan & mengurangkan penyerapan karbohidrat, sekaligus bertindak menurunkan berat badan.
  • Kandungan vitamin-C yg tinggi membantu menangani masalah selesema & sebarang jangkitan virus dengan menguatkan sistem imunisasi badan.
  • Teh bunga raya dikenalpasti dapat menurunkan tekanan darah tinggi, di samping memperbaiki perjalanan darah serta mampu mengurangkan masalah tekanan & kemurungan.
  • Mengandungi agen anti-oksida yg diperlukan oleh badan, seperti asid sitrik & ascorbik, utk membantu mempertahan sel-sel badan dari kerosakan akibat aktiviti radikal bebas & memperlahankan proses penuaan.
  • Melindungi badan dari serangan bakteria & meningkatkan mekanasi pertahanan terhadap jangkitan. Secara semulajadi, teh bunga raya memiliki sifat anti-mikrobial & anti-carcinogenik (mengurangkan risiko keberulangan semula penyakit-penyakit barah).
  • Teh bunga raya memberi manfaat kepada pesakit jantung & mereka yg mengalami masalah peredaran darah.
  • Pengambilan teh bunga raya secara berterusan akan mengelak dari berlakunya masalah sembelit, buasir & jangkitan pada pundi kencing.
  • Mengandungi musilaj polisakarid, pectin asid organic, glikosid sianidin (bahan anti-estrogen) & mucin & memberikan rasa nyaman pada kerongkong & rongga paru-paru.
  • Melawaskan sistem pembuangan. Sekaligus membantu mencantikkan kulit
  • Menurunkan paras kolesterol.
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Dengan menikmati secawan teh bunga raya mampu melegakan perasaan & memberi rasa nyaman pada tubuh. Ia adalah resepi anti-kemurungan semulajadi…
Kebiasaannya saya menikmati teh ini diwaktu pagi terutama jika saya menikmati sarapan berat… Jika anda juga ingin mencubanya terdapat banyak pasaraya dan kedai organik yang menjualnya.

Baiklah sekian sahaja entry saya untuk kali ini, saya akan bercerita tentang khasiat teh rosehip pula dientry akan datang.. insyaallah..Salam Sayang dari saya, love, huge & kiss... 

*** terima kasih kepada google atas info diatas.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...