Assalammualaikum wbt dan hai
kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. hari ini saya ingin berkongsi
dengan anda maklumat yang saya dapat dari majalah seterusnya untuk entry label
“Love” didalam blog saya ini…
Diringkaskan sahaja entry ini ,
apa yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya baca dan dapat dari majalan
cosmopolitan Malaysia febuari 2012 dari article bertajuk 35 kebenaran mengenai
jejaka oleh Raihana Hussin….so , I ambil 7 sahaja dari 35 kebenaran ini untuk
dikongsikan dengan anda… jika saya punyai masa… saya akan kongsikan yang
selebihnya dilain waktu…
1. Adakah lelaki akan perasan
berat badan buah hati naik 5 hingga 10 paun?
5 paun tidak, 10 paun ya.
2. Kenapa lelaki selalu Nampak
tidak peduli walau kekasih minat sangat Annuar Zain?
Lelaki rasional – dia tahu
kemungkinan untuk kamu berjumpa tidak wujud.
3.Bila wanita kata “tidak
mengapa, semua ok”. Lelaki betul-betul percayakah?
Mungkin tidak. Kajian menunjukkan
lelaki kurang sensitive membaca emosi wanita, tetapi ayat kamu ini ibarat red
flag.
4. Cara terbaik memohon maaf pada
lelaki ?
Renung dalam matanya dan ucapkan
kemaafan –biasanya ini sudah cukup.
5. Bagaimana nak buat kekasih dan
rakan lelaki saya berkawan rapat?
Ajak mereka tonton bola, pastikan
mereka sokong pasukan yang sama.
6. Bila lelaki anggap sesuatu
hubungan itu sudah ditahap serius?
Bila dia dah tak berminat tengok
wanita lain.
7.Kenapa lelaki terasa bila kamu
merajuk ?
Sebab seakan-akan dia telah
mengecewakanmu.
Oleh kerana mata saya pun makin mengantuk.. hampir terlelap di pukul 3.47am ini, sekian dahulu 7 sebab
ini.. terima kasih kerana membaca entry
ini.. jumpa lagi di entry akan datang, salam
sayang dari saya.. love, huge & kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan