Jumaat, 9 Oktober 2015

19 REMEDI DAN PETUA MENGUBATI BATUK UNTUK ANDA SEKELUARGA

Di musim jerebu ini, sering terjadi sakit tekak dan kes batuk yang makin meningkat baik di kalangan kanak-kanak, dewasa mahu pun golongan tua.

Walau pelbagai cara di lakukan bagi mengurangkan kesan jerebu seperti memakai topeng muka, mengurangkan aktiviti di luar dan sebagainya, bagi sesetengah individu yang alah dengan habuk, batuk dan sakit tekak sering menganggu aktiviti harian dan mengakibatkan kesihatan semakin merosot.

Di bawah ini saya kongsikan antara remedi dan petua batuk yang saya kompilasikan dari perkongsian saya dan rakan-rakan di group telegram dan whatapps kesihatan.

1. Minyak Kelapa Dara Organik (VCO) yang di campur madu dan juga jus perahan lemon.

2. Jus lemon dan madu (tanpa air), juga boleh di campur air- kedua-dua cara boleh digunakan.

3. Anak di bawah satu tahun, sesudu kecil Minyak Kelapa Dara dan Setitik Olivenol (Ekstrak Zaitun) yang boleh di beli di farmasi-farmasi terkemuka.

4.  Jus Daun Bangun-bangun atau karpuvalli

5. Rebusan air barli job's tears. untuk imej barli jobs tears di link ini TEKAK KERING? BATUK? AMAL BARLI JOB'S TEARS

6. Buat jus nenas sendiri.

7. Campuran jus lobak merah, nenas, halia dan bawang putih turut membantu. Sila cuba.

8. Sapu minyak bawang putih. Juga boleh buat minyak bawang putih sendiri. Hanya campurkan bawang putih yang telah dibakar dengan kulitnya (seulas sahaja, guna sahaja api dapur), buang kulit bawang putih bakar tadi, hancurkan bawang putih tersebut dan campur dengan 2 sudu besar minyak zaitun asli atau minyak kelapa dara pilihan anda.

9. Anda juga boleh mandi mandian lemon di rumah dengan membuatnya sendiri,

10. Mandian Epsom salt juga membantu.

11. Anda juga boleh membuat jus buah pear dan halia  . Ada dua pilihan sama ada buat menggunakan slow juicer (buah pear dan halia segar) atau pilihan kedua, kukus buah pear dan halia , dah empuk boleh blend sahaja dan minum.

12. Anda juga boleh membuat teh halia panas campur lemon juga madu.

13. Teknik tepukan percussion (tepuk perlahan-lahan, pastikan selepas sejam anak menyusu, takut muntah atau masalah lain) amat digalakkan untuk mengurangkan simpton batuk dan mengeluarkan kahak.

14. Minyak habbatus sauda juga boleh diamal. Minum sesudu besar untuk dewasa. Satu sudu teh untuk kanak-kanak.

15. Minyak kelapa dara sesudu pagi dan malam, untuk memperkuatkan imun sistem

16. Buat bone broth atau sup tulang.

17. Sup petola juga digalakkan dengan campuran tulang atau sup tulang yang dicampur dengan petola. Untuk anak bawah 1 tahun, tolong pastikan anda tidak mengisi garam dalam ramuan.

18. Anda juga boleh melakukan  rawatan MEGADOSE VITAMIN C. Sila lihat jadual maksima sukatan vitamin C seharian dan sukatan untuk wanita mengandung, menyusu dan sebagainya.

19. Air kelapa muda juga boleh dijadikan remedi sesuai untuk masalah batuk atau tekak kering. Sila cuba jika ia sesuai dengan anda.

Seboleh-bolehnya sila elakkan perkara-perkara ini :-

A. Elakkan makanan atau masakan tinggi gula atau air bergula serta makanan berasaskan tepung gandum , produk tenusu dan minuman kotak.

B. Ais krim, puding-puding dan susu juga boleh menyebabkan batuk.

C. Buah-buah berikut juga dikatakan boleh menyebabkan batuk, tengok pada tubuh antaranya buah oren, rambutan, mata kucing, longan, limau, tembikai dan kacang. Jika anda atau anak anda tidak alergik , anda boleh menikmatinya.

D. Suhu bilik yang panas juga boleh menyebabkan batuk. Sila periksa dan rasa suhu bilik anda.

Ini sahaja perkongsian untuk kali ini.  Harap ia akan membantu anda dalam merawat dan mengubati masalah batuk ini.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...