Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di hari indah ini. Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua khasiat susu lembu segar. Seperti yang anda semua ketahui , susu telah lama dijadikan makanan utama sebagai sumber kalsium. Dibawah ini adalah artikel yang saya salin dari link ini http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/manfaat-minum-susu-segar-bagi-kesehatan.html untuk maklumat anda mengenai khasiat susu. Sila pastikan anda memilih susu segar yang tidak dipasteur atau kurang Pasteur dan lembunya seboleh-bolehnya yang makan rumput segar. Adalah satu kelebihan jika anda mendapatkan susu segar dari lembu yang bebas hormone dan tidak disuntik.
Susu segar Farm Fresh juga 100% dipasteur dan antara susu lembu kegemaran saya |
Kebanyakan orang mungkin tidak
mengetahui jika susu lembu mentah yang makan rumput sudah digunakan sebagai
sebahagian daripada perubatan sejak awal abad ke-20. Susu mentah yang langsung
dari lembu telah disebut sebagai "sel induk" makanan. Hal ini digunakan
sebagai rawatan, dan berkali-kali telah terbukti menyembuhkan beberapa penyakit
serius. Dari zaman Hippocrates sehingga selepas Perang Dunia II, susu lembu
telah dikembangkan dan menyembuhkan berjuta-juta orang diseluruh dunia. Susu
lembu segar mentah yang makan rumput adalah makanan yang benar-benar seimbang,
sehingga bagus untuk meningkatkan kesihatan yang lebih baik.
Mengandungi Protein lengkap Susu
lembu segar mentah menyediakan semua asid amino standard, yang akan disimpan
tubuh kita kemudian ditukar ke dalam bentuk yang boleh digunakan. Sekitar 80%
protein dalam susu adalah kasein (cukup stabil pada panas tapi mudah dicerna).
Yang 20% yang lain adalah jenis protein whey, mudah dicerna tetapi sangat
sensitif panas. Imunoglobulin adalah jenis protein susu yang sangat kompleks yang juga
dikenali sebagai antibodi - yang berguna untuk melindungi badan kita daripada
virus, bakteria, racun bakteria, dan juga boleh membantu mengurangkan keparahan
gejala asma. Kajian telah menunjukkan penurunan kualiti yang ketara dari
portein ini ketika susu dipasteur.
Menyediakan Karbohidrat
Laktosa adalah karbohidrat utama
dalam susu lembu. Hal ini diperbuat daripada satu molekul, yang
masing-masingnya adalah gula sederhana glukosa dan galaktosa. Orang dengan intoleransi
laktosa tubuhnya tidak menghasilkan enzim laktase, sehingga tidak boleh
mencerna gula susu. Susu mentah juga mengandungi bakteria lactobacilli laktosa,
sehingga secara umum banyak orang yang mengelakkan minum susu mentah.
Mengandungi tinggi lemak
Lemak tepu sebenarnya juga
mempunyai pelbagai peranan penting dalam tubuh kita, seperti membina membran
sel dan hormon kunci, menyediakan simpanan tenaga, melapisi organ halus, dan
kenderaan bagi vitamin larut lemak yang sangat penting. Conjugated Linoleic
Acid (CLA) sangat banyak dijumpai dalam susu lembu yang makan rumput, termasuk
lemak tak jenuh ganda omega 6 yang bermanfaat bagi manfaat kesihatan. Beberapa
manfaat CLA yang mungkin adalah menimbulkan tahap metabolisme, membantu
menghilangkan lemak perut, meningkatkan pertumbuhan otot, mengurangkan
rintangan insulin, dan menguatkan sistem kekebalan tubuh, dan menurunkan reaksi
alergi makanan.
Vitamin Asli
Vitamin yang terdapat dalam susu mentah adalah yang larut dalam lemak
dan air, sehingga menjadikan ia sebagai makanan yang lengkap dan tak perlu
diperkayakan lagi. Berbeza dengan Susu lembu yang dipasteur, kerana nutrisi
yang hilang perlu ditambah kembali terutama vitamin D yang larut lemak.
Mengandungi Mineral lengkap dan seimbang
Susu lembu segar mengandungi banyak
mineral mulai dari kalsium hingga fosfor.Susu lembu segar mengandungi banyak
Kalsium, yang bermanfaat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, terutama
kanser usus besar, meningkatkan kepadatan tulang, dan mengurangkan risiko
osteoporosis pada orang dewasa yang lebih tua, menurunkan risiko batu buah
pinggang, pembentukan gigi yang kuat, serta mencegah gigi mudah berlubang. Fakta
yang menarik tentang mineral adalah memerlukan keseimbangan khusus dengan
mineral lain untuk berfungsi dengan baik. Contohnya, kalsium memerlukan
perbandingan yang tepat dengan fosforus dan magnesium agar boleh dimanfaatkan
oleh tubuh kita. Susu lembu segar atau mentah adalah bentuk keseimbangan
pemakanan yang sempurna.
Fungsi Enzim
Susu segar mengandungi 60
fungsional enzim yang melakukan pelbagai macam pekerjaan. Beberapa yang lain
adalah berasal dari bakteria menguntungkan yang hidup dalam susu segar. Enzim
seperti katalase, lisozim dan laktoperoksidase yang terdapat dalam susu
membantu melindungi susu dari bakteria yang tidak diingini, sehingga lebih
selamat untuk kita minum.
Mengandung Kolesterol
Susu lembu mengandungi sekitar 3
mg kolesterol per gram. Tubuh kita menghasilkan sebahagian besar kolesterol
yang kita perlukan, yang jumlahnya boleh naik atau turun sesuai dengan makanan
yang kita makan. Kolesterol adalah zat untuk pembaikan, yang digunakan tubuh
untuk membuat hormon, membina otot, memelihara membran sel, membuat vitamin D,
dan hempedu.
Menyimpan Bakteria baik
Susu segar adalah makanan yang mengandungi bakteria hidup yang baik
(kultur hidup) yang melindungi kita. Kebanyakan makanan yang kita makan boleh
tidak menyihatkan kerana usia, namun susu mentah sebaliknya. Susu mentah
membantu penapaian bakteria, penghadaman enzim, vitamin, dan meningkatkan semua
mineral. Saat ini, permintaan susu mentah yang makan rumput semakin meningkat
di mana-mana. Hal ini kerana banyak yang menyedari akan manfaat kesihatan yang
luar biasa dengan meminum susu segar dan tidak dipasteur.
Baiklah sekian sahaja entry untuk
kali ini. Terima kasih kerana membaca
entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan