Isnin, 6 April 2015

Sejuta Kegunaan Baking Soda untuk Kecantikan & Kesihatan

Baking Soda yang digunakan oleh saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tesayang. Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang khasiat dan kegunaan lain baking soda selain untuk memasak ..
1. Pewangi badan @ deodorant asli & mencerahkan ketiak
Jika anda menghadapi masalah ketiak hitam @ berbau.. anda boleh cuba campurkan baking soda dengan sedikit air , ia akan membentuk satu pes lembap. Sapukan di bahagian bawah lengan. Biarkan seketika sehingga kering kemudian bilas... ia bukan sahaja membantu mengurangkan bau badan anda , malas membantu ia lebih cerah..
2. Mencegah Kelemumur 
Jika anda menghadapi masalah kelemumur anda boleh cuba mencampur sedikit baking soda dalam syampu dan gunakan seperti biasa. Kaedah ini jaga akan memberi volume pada rambut... kelemumur juga disebabkan oleh klorin didalam air paip kita.. baking soda dikatakan boleh mengurangkan efek klorin itu kepada rambut dan kulit kepala.
3.  Untuk kulit @ rambut berminyak
Jika rambut anda berminyak anda boleh cuba, taburkan sedikit baking soda pada akar rambut dan ratakan bagi mengurangkan pengeluaran minyak dikepala anda..
4. Jerawat
Ada masalah jerawat?.. cuba camprukan sedikit baking soda dengan madu dan letakkan pada jerawat selama 15 minit, kemudian bilas...
5. Sebagai ubat gigi @ pemutih gigi
Jika anda menghadapi masalah gigi kuning, anda boleh mencuba petua ini... 
i) Campurkan 1 sudu makan baking soda dan 5 titik hydrogen peroxide hingga menjadi satu pes. Tambah beberapa titik air jika perlu. Sapukan campuran ini ke gigi anda dengan rata menggunakan berus gigi dan biarkan selama 5 minit
ii) campurkan sedikit baking soda diatas ubat gigi kegemaran anda
ii)  Campurkan baking soda , strawberry, dan jus lemon . Gunakan campuran ini untuk menggosok gigi.
iii) anda juga boleh menggunakan campuran minyak kelapa dara dan baking soda sebagai ganti ubat gigi anda.
iv) baking soda juga boleh dicampur dengan lemon @ cuka epal untuk petua memutihkan kulit
*** walau bagaimana pun anda kena berhati-hati dengan penggunaan kerap baking soda kerana ia dikatakan boleh menghakis gigi dan gusi.. dan sebolehnya elakkan terkena bahagian gusi.

***Untuk cara dan bahan membuat ubat gigi sendiri dengan baking soda anda boleh membaca artikel ini BUAT UBAT GIGI SENDIRI
6. Pengelupasan kulit
Campurkan sedikit baking soda dengan sedikit air di tapak tangan anda dan gosok pada muka perlahan-lahan  untuk menanggalkan sel kulit mati. Boleh juga dicampur dengan pembersih muka anda.
7. Mengatasi nafas berbau
Masukkan 1 sudu kecil baking soda dalam setengah gelas air dan kumur perlahan-lahan.
8. Membersihkan alat kecantikan
Berus dan alatan kecantikan anda akan sentiasa dikotori oleh kuman.Sikat anda boleh juga dikotori dengan minyak pada rambut. Cuci sikat  dan peralatan kecantikan anda dengan air suam bercampur dengan 3 sudu baking soda. 
9. Untuk mengilatkan kuku dan kecantikan kuku (Manicure Pedicure)
Campurkan baking soda dengan peroxide dan skrub pada kuku. Untuk kaki, campur 2-3 sudu makan  baking soda dengan air untuk merendam kaki . Anda boleh tambah minyak pati (seperti minyak lavender) untuk haruman dan rendam selama 20 minit. Skrub kaki menggunakan pes pekat campuran baking soda dan air.
10 . Membantu Mencerahkan kulit
Campurkan baking soda dengan 1 sudu makan jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Selepas membersihkan muka, Sapukan campuran ini pada muka dan biar selama 10 minit. Bilas.
 ***  walau bagaimanapun sila pastikan anda memilih baking soda tanpa aluminium (aluminium free) dan tanpa bahan kimia berbahaya

Ini sahaja yang dapat dicoretkan untuk kali ini ...terima kasih kerana membaca entry ini. .jumpa lagi di entry akan datang... salam sayang dari saya.. love, huge & kiss,,,



6 ulasan:

cikmudahimawary berkata...

Dasyat juga ni kak baru Nil tahuu...

Deeja berkata...

I pun baru tahu juga sejak belajar guna baking soda ni.. Nilam .. Heheh

Ainul Mustafa berkata...

pernah try tak? banyak jugak kegunaan dia

Deeja berkata...

pernah.. untuk gigi.. dulu pernah baca status kawan dekat fb guna dekat muka.. terus tanggal bintik-bintik dekat muka...

Deeja berkata...

Memang dasyat..huhu

Deeja berkata...

Pernah. Untuk gigi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...