wah.. jika sidia sehensem ini??? gambar dari sumber http://georgenick.co.uk/Spring%202009.htm |
Bilakah DIA akan ajak SAYA keluar?
Assalammualaikum
wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini
saya ingin berkongsi dengan anda artikel berkaitan cinta dan perhubungan yang
saya perolehi dari majalah cosmopolitan. Artikel ini amat sesuai bagi mereka
yang masih tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu sidia yang anda menyimpan
perasaan didalam diam untuk memulakan langkah pertama. Walaupun anda dan si dia telah lama saling memandang, saling senyum sesame sendiri
bila terserempak, sering keluar bersama dalam satu kumpulan. Tetapi sidia
masih tidak memulakan tindakan mengajak anda keluar walau berjuta kali anda
memberi ‘hint’ dan sidia juga jelas menunjukkan tindakbalas turut
menyukai anda. Masalahnya mengapa sidia masih tidak mengajak anda keluar berdua
atau proper date?
Antara sebab mengapa sidia belum memulakan langkah mengajak kamu keluar adalah kerana :-
1. Perkara biasa, sidia yang
menunggu kamu dahulu mengajaknya keluar. Setiap kali berjumpa, dia yang berharap
dan berdoa, kamu sendiri yang bertanya walau secara bergurau “bila u nak ajak I
keluar?”. Ini adalah kerana sesetengah lelaki atau wanita memang inginkan sidia
yang melakukan “first move”.
2. Dia tengah tunggu untuk pastikan
yang kamu seratus peratus atau 200% akan keluar dengan kamu. Dia sengaja ‘buang
masa’ untuk tengok dan lihat semua petanda yang kamu tunjukkan, hinggalah dia
benar-benar yakin kamu akan kata “yes
please” bila
dia ajak kamu keluar berdua. Dan perkara begini bagi sesetengah lelaki, mungkin
makan bulan atau tahun. Apa kata kamu sajalah yang ajak? Tak salah pun.
3. Dia mungkin rasa, kalau dia ajak
kamu keluar dan rupa-rupanya kalian tak serasi untuk jadi pasangan, maka
musnahlah persahabatan yang dah terjalin elok selama ini.
4. Dia mungkin serik dengan
perhubungan lamanya, apatah lagi dia baru patah hati secara agak
tragis dengan bekas kekasihnya. Jadi dia tak berani nak terus mulakan
sesuatu yang menjurus ke arah lebih serius dengan kamu. Pendek kata, dia belum
bersedia. Berikan dia masa untuk pulih dahulu.
5. Kemungkinan terdapat orang lain
dalam kumpulan kalian ada menyimpan hati dengan kamu dan sidia tahu
mengenainya. Atas semangat setiakawan, tidak mungkin dia akan cuba rebut
peluang kawannya walaupun dia dah mula ada hati dengan kamu.
6. Kemungkinan bekas kekasih kamu
adalah salah seorang daripada kawannya. Dan disebabkan kamu pun baru putus
hubungan, dia masih menunggu untuk masa yang sesuai untuk mengajak kamu keluar.
Sidia mungkin juga tidak mahu dituduh menjadi punca cinta kalian tidak menjadi,
atau menjadi ‘orang ketiga.’ Ya, lelaki pun tak suka drama.
7. Atau dia memang jenis lurus. Dia
dah tunjuk petanda sukakan kamu, dan kamu pun dah tak larat nak bagi hint cakap
kamu berperasaan sama. Cuma dia tak terlintas dalam kepala yang dia perlu
lakukan sesuatu tentangnya. Biasalah ramai jenis manusia slow bab perasaan dan tindakan lanjut dalam bab ini. Jadi kamu
sendiri kena melakukan sesuatu dahulu.
8. Dan sebab terakhir, yang mungkin
mengecewakan hatimu, tetapi wajib diberitahu agar kamu boleh move on. Ya, seperti dijangkakan dalam hati
kecilmu itu, dia sebenarnya tidak berminat untuk ke arah perhubungan yang
serius seperti diharapkan olehmu. Dia baik dengan kamu sebab dia baik dengan
semua orang. Daripada terus menaruh harapan dan kelihatan desperate, sila move on dan cari insan lain yang lebih baik dan sesuai untuk anda.
Semoga sebab-sebab diatas boleh membantu
dan memberikan anda sedikit ilmu untuk anda melakukan tindakan seterusnya dalam
perhubungan dan perasaan anda sendiri. Sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima
kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan