Isnin, 13 April 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 21 - *** KULA CAKES by Lila Wadi ***


hiasan di bahagian luar yang berseni
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Baiklah ini adalah sambungan dari entry sebelum ini iaitu Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 20 ** DE RHU ORIENTAL KUANTAN***


Maafkan saya hanya meringkaskan sahaja entry ini.Jika anda inginkan pilihan kek yang sedap dan kurang manis.. datanglah ke kedai kek yang paling popular di Kuantan iaitu Kula Cakes. Berhadapan benteng lama , kedai kek ini memang terkenal dengan rasanya dan hiasan keseniaan yang mempersonakan. 


pandangan hadapan kedai kek ini

Harga  kek dan minuman di kedai ini hanya kurang dari RM10 begitu juga dengan minuman yang terdapat disini. Anda boleh memilih untuk menikmati hidangan bertemankan penghawa dingin didalam kedai kek ini atau menikmatinya sambil menikmati kesenian dengan memilih kawasan diluar bertemankan cahaya matahari atau angin  dibahagian luar kedai kek ini.





saya dan kawan saya memilih makan disini


Dibawah ini pula gambar yang sempat saya ambil dan antara gambar kek yang sempat saya abadikan. Untuk pengetahuan anda, bukan semua kek dipamerkan disini. Cheese cake kebanyakannya diletakkan didalam peti sejuk. Dan kek paling popular disini ialah manggo cheese cake. Tetapi bagi saya semua kek disini memang sedap dan saya amat mengemarinya.


pemandangan didalam kedai

antara kek yang dijual disini

sila beli

ketika saya datang. .today's special antaranya ialah carrot cake, saya juga membeli carrot cake ii dan memang rasanya sedap sekali



pemandangan didalam kedai kek ini



saya memilih pavlova, carrot cake dan moist choc cake. Ketiga-tiga kek ini memang amat sedap sekali dan memenuhi citarasa saya.

gred A untuk kebersihan lagi



Di bawah ini pula adalah gambar bahagian luar kedai kek ini yang memaparkan kesenian. Saya memang suka kesenian.

sungguh berseni hiasan diluar ini

Kula Cakes by Lila wadi



sungguh artistik

masa untuk menikmati kek yang di pilih - semua sedap






fuh.. memang sedap sekali, kurang manis dan cukup rasa

pavlova ini kurang manis dan memang sedap

choc cake moist ini cukup rasa dan terasa coklatnya yang kurang manis

antara carrot cake yang sedap di Malaysia

jangan lupa cuba menu ini
Hiasan disini menggunakan basikal tua yang digantung sekaligus mengambit zaman-zaman 1990an dulu. Saya amat menyukai keunikan pemandangan dan hiasan disini.

basikal tua yang digantung juga lukisan menambah kesenian disini

tunggu apa lagi sila datang ke Kula Cakes ini segera dengan insan tersayang anda

Jika anda berada di Kuantan. Sila pastikan anda wajib datang kesini. Terutama jika anda peminat kek. Anda pasti berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan disini. Pekerja kaunter kedai kek ini juga peramah orangnya.

Baiklah , sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...