Jumaat, 17 April 2015

KHASIAT BUAH NAGA




buah naga merah yang berkhasiat

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Salam Jumaat yang berkah. Sekarang jika diperhatikan, banyak gerai buah dan pasaraya yang menjual buah naga, samaada buah naga merah ataupun naga putih. Buah naga kini amat mudah didapati dan digemari ramai kerana rasanya yang manis dan lemak. Kebetulan kerana kini musim buah naga, jadi ia antara buah yang sering dibeli oleh saya (kerana harganya yang murah  , sebiji kecil kurang pada RM2, pada musimnya  sekarang). Jika bukan musim buah naga, sebiji harga buah naga boleh mencecah RM7. Dan sudah tentu saya kurang membeli kerana harganya yang mahal.

Diringkaskan entry ini. Berikut adalah antara khasiat buah naga yang patut anda amalkan terutama ia jgua dikategorikan buah tempatan pada ketika ini:-

Antara Khasiat  Buah Naga ialah :-


1) Membantu menurunkan kadar gula di dalam darah dan Mencegah Diabetes
Buah naga merah mengandungi gula yang sederhana dan sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah.


2) Melancarkan sistem Pencernaan dan menyihatkan jantung
Buah naga merah mengandung serat yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan mereka yang berdiet untuk mengamalkan  buah naga merah. Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dan vitamin A dalam buah naga merah menjadikan kulit lebih awet muda dan memperbaiki penglihatan.


3) Meningkatkan nafsu makan
Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan . Vitamin B1 dan B2 sering digunakan dalam industry perubatan sebagai penambah nafsu makan terutama bagi mereka yang sedang sakit.

4) Meningkatkan Imunisasi Tubuh
Buah naga merah juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan oleh tubuh. Fungsi Vitamin C adalah untuk meningkatkan kekebalan tubuh dan melawan jangkitan virus terutama demam dan selsema. Dengan cuaca yang tidak memenentu ketika ini (sekejap musim panas atau musim hujan) ,akan menyebabkan kekebalan tubuh terganggu. Buah naga merah adalah amat baik diamalkan untuk penganti vitamin C didalam tubuh selain buah jambu batu atau oren.

5) Membantu memperkuatkan tulang dan Gigi
Kandungan fosforus dan kalsim pada buah naga turut membantu memperkuatkan tulang dan gigi. Tulang dan gigi memerlukan fosforus dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi lebih sihat.

6) Merawat pelbagai masalah kulit
Selain merawat masalah kulit dari dalam, dengan mengamalkan masker isi buah naga( isi buah naga dikisar dan diambil airnya dan disapu kewajah) , kulit akan terhindar dari jerawat dan bekas jerawat.


7) Membantu memperlahankan proses penuaan atau awet muda
Buah naga mengandung antioksidan yang tinggi sekaligus memperlambatkan proses penuanan dan membantu membantu menjadikan pengamalnha awet muda. Dengan kandungan vitamin yang tinggi ia turut membantu mengeluarkan toksin dari tubuh dengan efektif melalui sister perkumuhan.

8) Mengandungi lemak yang baik

Biji-biji yang terdapat dalam buah naga merupakan lemak yang baik untuk kesihatan kerana ia mambantu menurunkan kolestrol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.


9) Membantu Menurunkan Kolesterol Dalam Darah
Kandungan zat dalam buah naga juga berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh . Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah sekaligus memperlancarkan peredaran darah dan jantung.


10) Mengandungi pelbagai zat yang baik untuk tubuh badan

Dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, kandungan gula yang sederhana , vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan.
Baiklah ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...