Khamis, 2 April 2015

My Paleo diet – QK Diet


imej dari google




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis entry mengenai my diet didalam blog catatan suka duka pengalaman saya ini…

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang paleo diet… APA ITU PALEO DIET?..  Paleo diet sebenarnya adalah diet mengikut zaman batu atau nenek moyang kita dahulu…  Jika anda mengoogle apa itu paleo diet.. .anda akan berjumpa dengan article bagaimana seorang pemuda yang amat mengemari daging mentah yang belum dimasak kerana mengikuti diet zaman purba.. (pemuda ini sentiasa ada daging merah mentah ditangannya untuk dimakan mentah)

Walau bagaimanapun terdapat ramai pengamal paleo diet tidaklah sampai peringkat memakan daging mentah.. mereka hanya mengikut asas Paleo Diet itu sendiri iaitu kembali kepada diet nenek moyang masing-masing.. dari segi pemakanan dan pengubatan menggunakan bahan alami disekeliling mereka.. kerana nenek moyang dan manusia zaman dahulu hanya menggunakan bahan alami sekeliling mereka sebagai ubat dan makanan yang berdekatan atau berhampiran mereka untuk dinikmati. .samada ditanam sendiri atau melalui pertukaran system barter.

Melalu segala pembacaan saya melalui segala blog-blog yang saya kunjungi yang ditulis bukan sebarangan orang dari doctor,dietian, herbalist dan sebagainya.. saya mengetahui bahawa bahan dan pemakanan terbaik adalah  yang dihasilkan dan ditanam ditempat anda sendiri… Anda mestilah makan makanan yang sesuai dengan tubuh anda sesuai gen anda sendiri kerana setiap bangsa dan suku kaum didunia ini adalah berbeza dari segi warna kulit, jenis darah, jenis rangka, jenis kulit, jenis gen dan sebagainya malah dari segi iklim dan cuaca serta bentuk muka bumi jua berbeza.. oleh kerana itulah yang menjadi punca kenapa petua orang melayu tidak sama dengan “petua mat salleh”… cara orang melayu belum tentu sesuai dengan cara “Mat Salleh”..

Berbekal kepada perkara asas dan pokok ini saya secara perlahan-lahan mendalami dan mula mengamalkan paleo diet ini…perkara pertama yang anda dapati dari menikmati hasil dari kawasan dan tempat anda adalah kandungan “histamine” yang rendah atau hampir tiada lansung… keradangan @inflammation yang terkawal… suhu badan yang stabil dan system perkumuhan yang lebih baik… sekaligus sebenarnya jauh membantu mengurangkan berat badan anda kerana mengikut system yang telah lama nenek moyang anda amalkan sebelum kelahiran anda.

Diantara makanan pilihan terbaik untuk versi Malay Paleo Diet sudah semestinya beras (segala jenis beras), kelapa  (air kelapa, minyak, santan, gula, tepung), jagung, ubi kayu, ubi keledek, tapai ubi, tempe daun pisang, bubur santan, putu piring yang kebanyakannya berasaskan kelapa dan beras serta ubi-ubian.

Dan sudah semestinya mengikut paleo diet malay version ini.. minyak kelapa dan minyak kelapa sawit jauh lebih baik dari minyak jagung kerana minyak jagung amat mudah menjadi toksid. Malah dikatakan Jagung adalah antara makanan paling tinggi GMO diAmerika dan kebanyakan minyak jagung adalah diimport dari Amerika.

Bukan itu sahaja melalui Paleo Diet versi Malay ini juga digalakkan untuk anda menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat berhampiran anda dan yang telah dinikmati oleh nenek moyang anda seperti buah jambu batu, mempelam, nenas, rambutan , durian, asam jawa dan sebagainya. Jambu batu amat kaya dengan kandungan vitamin C , begitu juga asam jawa yang amat terkenal dengan khasiat buahnya untuk menguruskan badan melalui jus asam jawa juga sebagai ubat demam dan panas badan.

Sayur-sayuran dan ulam-ulaman terutama pucuk pegaga dan pucuk petik juga tidak harus dilupakan.. baru-baru ini kajian menunjukkan meminum jus betik mampu mengurangkan penyakit denggi.. ini tidak mustahil kerana pucuk betik telah lama dijadikan amalan ulam wajib oleh nenek moyang kita dizaman tiada ubat nyamuk dan semburan RIDSECT satu masa dahulu…

Ikan-ikan dari lautan tempat anda sendiri yang ditangkap segar.. adalah digalakkan untuk dinikmati berbanding ikan luar Negara yang anda sendiri tahu tidak pernah dinikmati oleh nenek moyang anda.. segala bahan makanan dari luar Negara diketahui tinggi kandungan histamine yang membawa kemudaratan kepada tubuh.

Selain itu sila jangan lupakan makanan peraman nenek moyang anda yang tidak mempunyai peti ais agar makanan tahan lama untuk disimpan seperti tempoyak, budu, tempe, lada jeruk, timun jeruk , tapai ubi dan sebagainya kerana telah terbukti makanan peraman ini mengandungi jutaan bakteria baik yang membantu menjaga usus anda dan sekaligus menguatkan antibody badan anda.

Paleo diet juga menolak 100% makanan proses seperti nugget, sosej, burger dan sebagainya.. ia lebih menggalakkan makanan yang bebas racun serangga atau organic… malah dari segi ubat-ubatan serta barangan penjagaan diri juga digalakkan dari barangan alami.. seperti yang telah digunakan oleh nenek moyang anda satu ketika dahulu…dimana jika anak anda demam adalah digalakkan membasahkan kepala dengan air asam jawa, mengisi lidah buaya dan pelbagai petua lain lagi…


Baiklah ini sahaja yang boleh saya kongsikan dengan anda untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini... saya akan bercerita lagi dengan anda untuk entry berikutnya… salam sayang dari saya. .love, huge & kiss…




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...