Khamis, 30 April 2015

KHASIAT BUAH BETIK YANG MENAKJUBKAN



buah betik yang ditanam sendiri dirumah saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Selamat Menyambut Hari Pekerja untuk 1 Mei 2015 ini. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua khasiat buah betik yang digemari ramai ini.

Dibawah ini adalah antara khasiat buah betik yang enak ini.

1) Sebagai Makanan @  Supplement Penambah Tenaga

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.


2) Penawar Bagi Sembelit dan Pengidap Buasir

Jika anda mengalami sembelit betik insyaallah boleh membantu. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.


3) Sebagai Pencegahan terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing .


4) Mennyembuhkan sakit-sakit otot 

Daun betik yang dilayur di atas api dapat menyembuhkan sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.


5) Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat dan kedutan

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. Dengan memakan buah betik serta bijinya juga , ia turut membantu mengurangkan masalah ini kerana khasiat yang terkandung didalamnya.


6) Menghilangkan masalah tumit pecah

Betik juga boleh digunakan untuk merawat masalah tumit pecah, yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.


7) Amat sesuai dijadikan Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam dan rasanya amat sedap terutama jika dicicah tempoyak atau sambal belacan. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Terbaru kajian menunjukkan jus daun betik adalah antara ubat atau ramuan mengubati demam denggi.


8) Tinggi kandungan vitamin c

Buah betik yang ranum kaya tinggi kandungan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.


9) Amat kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Vitamin A amat bagus untuk kulit dan penglihatan. Nutrien -nutrien penting termasuk vitamin A yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

10) Biji Buah Betik membantu membunuh Parasit dan masalah kecacingan

Biji buah betik adalah antara ubat atau ramuan untuk membunuh parasite dan masalah kecacingan didalam usus. Dengan memakan biji buah betik segar setiap hari , insyaalah ia akan membantu membunuh parasite atau cacing didalam usus. Sekaligus akan membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan yang lain. (Pengidap eczema atau yang sedang mengharungi Topical Steroid Withdraw (TSW) digalakkan memakan biji betik mentah yang segar sebagai supplement tambahan)

Terdapat banyak petua menggunakan Daun betik antaranya Jus Daun betik untuk mengubati demam denggi jika dikisar dan diminum segar. Malah pucuk betik juga jika dicampur dengan ibu kunyit dan dikisar bersama air akan membantu mengurangkan masalah eczema @ alahan kulit jika rajin diamalkan (mereka yang sedang mengharungi Topical Steroid Withdraw (TSW) boleh mencuba ramuan ini). Bagi ibu yang menyusukan bayi, anda juga boleh menggunakan petua tersebut, kerana apa sahaja khasiat yang dimakan oleh ibu akan disalurkan dari susu ibu kepada bayinya.

Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini . Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...