Selasa, 19 Ogos 2014

JUST A Normal Human



berharga rm5.50 sahaja


 Assalammualaikum wbt.....dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... semoga hari anda hari ini lebih baik dari semalam... dan semoga anda juga bertambah baik dari hari ke hari... oh!! pandai sungguh i menulis dan berkata-kata ye.. .kadang-kadang tidak percaya bahawa semua kata-kata yang saya tulis dalam entry blog saya adalah tulisan saya.. hehehehhehehe

Baiklah sebagai manusia biasa, kadang-kadang perasaan 'kanak-kanak' itu datang juga.. kena pula dengan kerja yang meng'tensionkan' dan stress... kadang-kadang tentu ada perasaan boring datang jika kita asyik melakukan kerja yang sama... so, at least menulis blog ini mengurangkan kebosanan dan ketensionan saya kepada sesuatu perkara.. .ialah kerja saya kenalah sentiasa "upgrade" skill bercakap.. produk , telefon dan sebagainya...

So, last week saya beli buku comel ini .. comel tak? cute kan? berwarna pink.. merah jambu yang bagi saya warna yang menceriakan.. murah sahaja harganya.. rm5.50 sahaja.... siap dengan 'mangga kecil dan kunci lagi'.. teringat ketika zaman-zaman remaja saya ketika bersekolah dahulu.. memang buku 'jenis' macam ini lah menjadi nota dan diary saya.. .


simple , cute dah mengimbas zaman study dulu.. hehehehh

Saya membeli buku comel ini.. supaya senang untuk saya merangka.. apa aktiviti blog dan perniagaan saya... my crunchy flakes dan hai-o... untuk Takaful activiti dan planning semua didalam buku biru @ diary yang dihadiahkan oleh syarikat Hong Leong MSIG Takaful untuk saya...



walau ada 'mangga dan kunci' ia sekadar hiasan suka-suka dan tidak digunakan oleh saya.. yang penting bila tgk buku ini.. terus semangat nak menulis

Sebagai seorang manusia biasa kekadang benda yang kecil pun sudah mengembirakan hati dan memberi banyak inspirasi dalam hidup dan bidang yang kita pilh... saya semakin suka menulis dan semakin suka mencuba perkara yang tidak pernah saya cuba.. rasa gembira tetap ada walau sebenarnya banyak rintangan dan halangan yang saya hadapi...


meja kerja saya.. memang ada 2 telefon ye.... senang.. dan mudah..diary biru untuk aktiviti Hong Leong Takaful dan diary pink untuk aktiviti selain itu


Sebagai manusia biasa... tuhan saja yang tahu betapa ada waktunya saya 'down, malas, putus asa' dan sebagainya....kadang-kadang satu hari bekerja rasa amat 'fed-up' jika tidak dapat sesuatu yang bagus untuk kerja dan kerjaya saya.. tetapi itulah hidup... tetapi kadang-kadang,... kebosanan dan keletihan satu hari.. di'cover' oleh satu panggilan telefon yang mengembirakan hati dari client.. itu hebatnya sale... walau 10,20 @30 orang yang menolak, tetapi jika hanya seorang sahaja yang memberi kegembiraan , sudah cukup membuatkan saya bersemangat untuk bekerja dan bekerja... terima kasih kepada client-client saya yang banyak sangat membantu saya dan mengembirakan hari saya.. termasuk pembaca-pembaca blog saya...


minuman KOKO dari Agromas.. serius sedap dan biskut Luxury dari Hwa Tai favourite saya

Kekadang saya sekadar mengbungkus makanan sahaja dirumah atau membeli digerai-gerai waktu pagi untuk lunch saya di office... dan untuk hitea saya sekadar minum minuman koko dan biskut sahaja... minuman koko keluaran Agromas dan biskut luxury selalu menemani saya... saya kena berada dioffice ketika lunch hour @ pukul 4.30 keatas walau tiada appointment kerana waktu terluang itulah saya akan menulis blog.. .dan disimpan didalam 'draft' untuk schedule @ autopublish di kemudian hari...

sila cuba minuman koko keluaran agromas yang sedap ini.. sungguh

Jangan terkejut... ketika anda membaca entry ini.. walau saya baru sahaja publish diblog saya.. saya ketika ini sedang tidur.. atau sedang memandu ke Terengganu.. atau sedang buat apa sahaja kerana realitinya.. .entry-entry saya banyak yang "auto publish".. saya setkan date dan time agar... blog saya ini sentiasa ada entry terbaru... sesungguhnya ada waktu-waktunya saya tiada idea menulis dan tidak sempat meng"check" blog saya... so tolong jangan tertipu dengan masa "entry ditulis" didalam blog... kadang-kadang entry itu dah berminggu ditulis tapi baru di "auto publish" kan.. saya memang seboleh-bolehnya menyediakan berpuluh draft.. supaya setiap hari.. blog saya secara automatik meng"publish"kan entry-entry baru....


Baiklah, sekian sahaja entry saya untuk kali ini.. anda semua jangan lupa mencuba minuman 3 in 1 Koko ini dari Agromas.. actually minuman ini satu peket boleh dibancuh 2 kali.. kerana banyak dan pekat... saya kadang-kadang membancuhnya dua kali supaya tidak mudah muak.....Terima kasih kepada anda semua yang setia mengikuti dan membaca entry di blog saya ini.. salam sayang dari saya.. love , huge & kisss...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...